Full Width CSS

Anwar Rela Didoggy & Memperdoggy Asal Cita-Cita Jadi PM Terlaksana

Politik menghalalkan cara dan licik yang diamalkan oleh Anwar Ibrahim bukanlah sesuatu yang baru. Depan cakap lain, belakang buat lain sudah menjadi lumrah yang difahami sebilangan besar veteran UMNO. Mengapa Anwar berani berbuat demikian, kerana politik liciknya disulami dengan limpahan wang; politik wang bagi meraih sokongan terhadap dirinya.

Pak Ghaffar, bekas Timbalan Perdana Menteri, adalah salah seorang mangsa yang menjadi korban politik oleh Anwar Ibrahim, seperti mana yang berlaku pada pemilihan UMNO 1993. Dalam menjelang pemilihan berkenaan, Anwar pernah melafazkan untuk tidak bertanding melawan jawatan Timbalan Presiden UMNO yang disandang oleh Pak Ghaffar. Namun, itu hanyalah politik Anwar, yang akhirnya telah menyingkirkan Pak Ghaffar pada pemilihan tersebut.

Mungkin ramai yang masih belum tahu bahawa Wan Azizah telah bertemu dengan Pak Lah bagi tujuan membebaskan Anwar Ibrahim yang pada ketika itu meringkuk di dalam penjara. Ezam Md Nor ketika itu (kini YB Senator) menjadi “mastermind” yang menjayakan misi ini. Dalam pertemuan tersebut, Wan Azizah menggunakan senjata “airmata” bagi merayu agar Anwar dibebaskan.

Difahamkan, Pak Lah, yang lebih dikenali sebagai “Mr. Nice Guy” telah mengeluarkan arahan untuk membebaskan Anwar Ibrahim serta merta. Dan sejak itulah, Anwar Ibrahim telah mengatur langkah terbaru dalam cita-cita politiknya. Ibarat “babi hutan yang terlepas di tengah kota, hampir semua hendak disondolnya”.

Serakah dan sikap tidak tahu berterima kasih Anwar terserlah apabila mengarahkan Ezam Md Nor menggunakan jentera parti untuk “menyerang” Pak Lah, orang yang bertanggungjawab membebaskannya. Begitulah Anwar Ibrahim, individu yang mementingkan dirinya, tanpa sekelumit pun rasa bersalah atas apa yang dilakukannya.


Baca selanjutnya di Selangor Daily

Post a Comment

1 Comments

  1. KElakarnya perkataan tu - didoggy dan memperdoggy.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..