Wednesday, August 1, 2012

Edisi Moreh : Wajib Khatam Kenapa Singapura Keluar Dari Malaysia

Usaha Kuan Yew kini diteruskan Kit Siang dan Guan Eng

Lee Kuan Yew sering mendakwa orang Melayu hanya berjumlah 39 % sementara bukan Melayu 51 % dan melayakkan Lee Kuan Yew menjadi Perdana Menteri Malaysia sebagaimana saranan Ramanathan. Lee Kuan Yew mempersoalkan orang Melayu sebagai penduduk jati Malaysia, mereka sebenarnya adalah juga pendatang sebagaimana Cina dan India. Contoh yang diberikan ialah Syed Jaafar Albar, ahli politik Johor yang mempunyai darah campuran keturunan Arab.

Lee Kuan Yew menyalahkan Tunku dalam kegagalan konsep "Malaysian Malay". Tunku dikatakan telah terpengaruh dengan ketuanan Melayu yang diperjuangkan oleh beberapa pelampau Melayu dari 'ultra Malay' dan 'Young Turk'.

Sebaliknya, Lee Kuan Yew mewar-warkan konsep "Malaysian Malay" dan mendapat sambutan banyak parti di Semenanjung Malaysia, Sabah danSarawak, kecuali MCA. Gagasan Lee Kuan Yew meliputi Singapura, Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak.

Sebelum 1963, PAP hanya bertanding di Singapura sahaja dan Perikatan bertanding di Semenanjung Malaysia sahaja. Tapi pada 1963, Tan Siew Sin mendesak Perikatan bertanding di Singapura, namun UMNO kalah teruk. Tan Siew Sin merupakan Presiden MCA dan Menteri Kewangan Malaysia ketika itu. Pada 1964, Lee Kuan Yew mengarahkan PAP bertanding dalam pilihan raya kebangsaan di Semenanjung Malaysia bagi menentang MCA.

UMNO mahu Perlembagaan Singapura diubah bagi menjamin masa depan orang Melayu. Sedangkan Lee Kuan Yew sebagai pemimpin Singapura yang ada autoriti dalam pentadbiran negeri Singapura enggan berbuat demikian. Sebaliknya Lee Kuan Yew berjanji akan memperbaiki kehidupan orang Melayu melalui peluang pekerjaan, pendidikan dan skim perumahan.

Dalam projek perumahan, perkampungan Melayu di Singapura telah dihapuskan. Akibatnya, beberapa pergaduhan berlaku. Julai 1964, kira-kira 114 persatuan orang Melayu bertemu dengan Othman Wok iaitu Menteri Hal Ehwal Sosial Singapura bagi membincangkan kepincangan orang Melayu Singapura.

Tatkala itu, 12,000 orang Melayu mengadakan perarakan di jalan raya Singapura. Akhirnya tercetus rusuhan kaum antara Melayu dengan Cina di Singapura . Lebih 22 orang terbunuh, 200 cedera dan 1130 ditangkap. Bulan Ogos pula, sekali lagi pergaduhan berlaku. 8 terbunuh dan 60 cedera.

Kejadian ini meyakinkan Tunku bahawa dengan mengekalkan Singapura dalam Malaysia bakal mengundang rusuhan perkauman yang lebih dashyat lagi.

Oleh sebab inilah Tunku memisahkan Singapura & Malaysia kerana pergolakan yang berlaku dan kerana itu jugalah, Lee Kuan Yew Pernah menangis Di hadapan Puteri Elizaberth, atas kebijaksanaan Tunku, Lee Kuan Yew Hampir sedikit lagi akan dapat Malaysia.

Sumber : KL Chronicle

5 comments:

  1. Tapi kesianlah nasib Melayu2 singapura yang tertinggal setelah s'pura diceraikan dari Malaysia.Mereka seolah2 anak ayam ditinggalkan ibu.Menangislah Melayu2 s'pura waktu itu yang masih ada semangat Melayu,yang tak sanggup diperintah cina lari ke Johor dan negeri2 Tanah Melayu yang lain.Yang tinggal terpaksalah pasrah dengan takdir.

    ReplyDelete
  2. sedih bila melihat bangsa melayu di singapura yang telah hilang identiti melayu nya..dan paling sedih bila melayu di sngapura itu kebanyakkannya melayu tapi bukan Islam...

    ReplyDelete
  3. melayu..tetapi bukan islam... :(

    ReplyDelete
  4. Menggambarkan tidak cerdiknya keputusan yang dibuat. Seharusnya Singapura harus dikekalkan (kita semua tahu betapa hebatnya pulau ini dalam memberikan sumbangan ekonomi). Berkenaan dengan cita2 lee kuan yew..seharusnya pemimpin2 tanah melayu waktu itu mencari jalan menangani secara berhemah....Gunakan daya kognitif bukan berasaskan emosi..

    Singapura terlepas selama-lamanya...dan kini menjadi ancaman pula kepada Malaysia....

    ReplyDelete
  5. Mungkin ramai terlepas pandang. Sebelum meyertai Persekutuan Malaysia, Singapura dah merdeka. Perdana Menterinya waktu itu Lee Kuan Yew macam ada agenda politik nak tawan Tanah Melayu dgn parti PAP. Mungkin ada logiknya Tunku pisahkan balik Tanah Melayu dan Singapura. Kalau tidak, entah2 Tanah Melayu sekarang dingap oleh PAP....:-(.

    Baca sini utk detail :
    http://ms.wikipedia.org/wiki/Singapura

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...