Full Width CSS

Puteri UMNO Setiawangsa Belanja Anak Yatim Shopping #bn4wp

Bulan Ramadhan bulan penuh barakah dan keberkatannya tersendiri. Bagi golongan yang memerlukan seperti anak-anak Yatim, ibu tunggal dan asnaf, inilah bulan yang paling dinantikan oleh mereka semua.

Kerana pada bulan mulia ini, banyak pihak bersedia membuat amal jariah kepada golongan yang memerlukan.

Petang tadi bertempat di Aeon, Setiawangsa telah dilangsungkan program membeli baju raya untuk anak-anak Yatim yang dibawakan khas dari seluruh Parlimen Setiawangsa.

Program yang dianjurkan oleh Puteri UMNO Setiawangsa ini berniat ikhlas semata-mata meraikan kemeriahan Ramadhan dan Syawal nanti untuk anak-anak yang kurang bernasib baik ini.

Mungkin jika dilihat sumbangan Puteri UMNO ini tidaklah sebesar mana pun tetapi keikhlasan membantu anak-anak ini sebenarnya jauh lebih besar manfaatnya.

Turut sama dalam program ini ialah wakil rakyat Parlimen Setiawangsa, Dato Seri Zulhasnan Rafique berserta Datin Sri Nooriah Ana Razak yang meluangkan masa meraikan anak-anak ini.

Tahniah Puteri UMNO Setiawangsa, semoga keikhlasan ini dibalas dengan kebaikan suatu hari nanti. Diharapkan usaha-usaha sebegini berterusan sampai bila-bila.

UMNO Hebat, BN Bagus

Sent via My BlackBerry® Smartphone Powered By Barisan Nasional

Post a Comment

0 Comments