Tuesday, August 21, 2012

Report Polis @PDRMsia Berhubung FB Palsu Pemuda UMNO


Setiausaha kerja Pemuda BN Ibdilillah Ishak telah membuat laporan polis hari ini berhubung satu posting yang didakwa berunsur 'hasutan' di laman Facebook palsu Pemuda Umno.

Menurutnya, ia bukan laman rasmi milik pergerakan itu, sambil menambah, di Facebook ramai orang boleh membuka akaun dan menjadi sesiapa sahaja yang mereka mahu.

"Jadi ia bukan (laman Facebook) rasmi Pemuda Umno, dan mereka menggunakan nama Pemuda Umno tanpa pengetahuan kami," kata Ibdilillah.

Beliau membuat laporan itu pada kira-kira jam 4 petang di balai polis Tun HS Lee bagi pihak Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

Posting pertama muncul pada hari Sabtu di satu laman peminat yang dipanggil 'Pemuda Umno Malaysia' yang kemudiannya tersebar di internet sebelum diturunkan.

Ketika ditemui pemberita di luar balai polis, Ibdilillah berkata beliau berpendapat posting itu berunsur hasutan kerana ia meminta pembaca mempertimbangkan sama ada agama Kristian sebagai agama rasmi.

Di samping menggesa pihak polis menyiasat perkara itu, Ibdilillah, yang juga ketua Pemuda Umno Taman Tun Dr Ismail berkata, laporan itu membuat untuk menunjukkan Pemuda Umno tidak mahu membiarkan perbuatan yang didakwanya menghasut itu.

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...