Wednesday, August 8, 2012

Satu Lagi Produk Kecantikan Politik Cyber Akan Dilancarkan @KhairyKj #BNCT @BNYCyberTeam

Pengerusi Pergerakan Pemuda Barisan Nasional, YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar akan melancarkan satu lagi produk terbaru Pemuda BN, iaitu Pasukan Siber Pemuda BN atau BN Youth CyberTeam.

Ini merupakan inisatif Pergerakan Pemuda BN untuk menyediakan platform parti bagi menyelaraskan dan mengkoordinasikan gerakan siber Barisan Nasional bagi menghadapi PRU13.

Sebelum ini tidak ada platform rasmi bagi mengkoordinasikan semua inisiatif jentera siber Pergerakan Pemuda BN. Walaupun begitu kerjasama di antara Pergerakan Pemuda UMNO, dengan parti komponen melalui jentera sibernya Unit Media Baru (UMB) telah berlaku secara tidak formal sejak sebelum Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor lagi atas inisiatif UMB dan Ketua Penerangan MIC ketika P. Kamalanathan. 

Selepas itu terdapat sejumlah program yang dilaksanakan secara bersama oleh UMB dan jentera siber parti komponen, termasuk mengkoordinasikan gerakan perang siber bersama-sama parti-parti  komponen BN di Sarawak dan Pergerakan Puteri UMNO sebagai langkah untuk persiapan Pilihan Raya Negeri Sarawak bermula sejak Jun 2010 lagi sehinggalah sepanjang tempoh berkempen dan hari pengundian pada bulan April 2011. 

Seperti yang kita semua ketahui, Unit Media Baru (UMB) Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (PPUM) merupakan unit yang telah ditubuhkan pada tahun 2009 dan diberi tanggungjawab oleh PPUM untuk meningkatkan kesedaran di kalangan jentera UMNO mengenai pengunaan media baru / sosial agar penyampaian maklumat dan pendampingan (engagement) dengan golongan muda yang terdedah dengan media ini dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Peranan Unit Media Baru (UMB) PPUM sejak penubuhannya adalah :-

i. Terlibat mengendalikan perang siber bagi pihak parti UMNO dan BN di setiap Pilihan Raya Kecil (PRK) sejak PRK Manek Urai sehingga Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

ii. Menganjurkan program-program kesedaran dan penggunaan media siber serta latihan perang siber untuk jentera siber, ahli dan penyokong UMNO.

iii. Menganjurkan program-program berbentuk engagement dengan golongan muda dan masyarakat.

iv. Terlibat membantu penyebaran maklumat dalam operasi-operasi khas seperti Bersih, 901, Lynas, Persidangan Meja Bulat PTPTN, Himpunan Jutaan Belia 2012, 1M4U dan sejumlah lagi operasi khas.

v. Terlibat dalam wacana, forum, dialog, wawancara berkaitan media sosial dan penggunaannya, termasuk juga di saluran media seperti di ASTRO Awani, RTM, Radio BFM, Radio Bernama dan Antara Pos.

Sepanjang penubuhannya sejak tahun 2009, UMB telah terlibat dalam 117 program di seluruh negara. Selain itu, UMB juga telah terlibat dalam 9 Pilihan Raya Kecil dan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak serta mengendalikan 29 program latihan, 25 program 'engagement' dengan golongan muda, 12 operasi khas dan 27 program bual bicara di media arus perdana dan online.

Pasukan Siber Pemuda BN atau BN Youth CyberTeam mempunyai peranan yang sedikit berbeza dengan UMB. YB Khairy akan memaklumkannya pada hari ini ketika majlis pelancarannya.

Pada waktu yang sama, UMB Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan terus melaksanakan tugasnya untuk menyampaikan maklumat dan menangkis fitnah Pakatan Pembangkang demi memartabatkan perjuangan Agama, Bangsa dan Negara sehingga ia dibubarkan nanti apabila tamat kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia penggal ini.

Update via BlackBerry® Smartphone Powered By UMNO

1 comment:

  1. Bagus nih...insya Allah skuad Teman akan bantu di lapangan nanti.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

BAJU SEA GAMES 2017

BAJU SEA GAMES 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...