Full Width CSS

Sketsa Ramadhan Al Mubarak

David dan Wilson telah sesat di padang pasir dan mereka hampir kebuluran kerana sudah lama tidak menjamah makanan mahupun minuman sepanjang perjalanan.

Tiba-tiba mereka pun sampai disatu kawasan penempatan oasis dan ada sebuah masjid disitu.

Kata David kepada Wilson:

"Tengok! disana ada masjid, mari kita menyamar sebagai seorang muslim supaya kita boleh meminta sedikit makanan dan minuman, saya akan menyamar sebagai 'Ahmad'."

Willson bagaimanapun tidak mahu menukar nama dan membalas :
"Nama saya Wilson dan saya tidak mahu menyamar sebagai orang lain, saya adalah diri saya sendiri".

Sampai di masjid Imam pun keluar dan menyambut mereka berdua lalu bertanya nama mereka : "Boleh saya tahu nama awak berdua?"

David menjawab :
Nama saya Ahmad

Wilson pula menambah:
Nama saya Wilson.

Imam kemudian memberitahu kepada pembantunya :
"Ambil sedikit makanan dan beri kepada orang yang bernama Wilson ini sahaja.

Kemudian Imam menuju kearah David(Ahmad) dan berkata :

"Salam Ramadhan Mubarak Saudaraku Ahmad!"

Post a Comment

0 Comments