Full Width CSS

Tahniah #PocketRocketMan & Rakyat Malaysia

Mungkin kekalahan pelumba pecut negara The Pocket Rocket Man, Azizulhasni Awang sudah boleh dijangka namun harapan kemenangan tetap diletakkan kepada beliau.

Pemenang #1 Keirin Dunia ini telah tewas ke tangan pelumba-pelumba 'orang putih' yang fizikal nya jauh lebih besar dan mungkin mempunyai tenaga yang lebih berbanding anak Melayu ini.

Namun saingan dan tentangan yang diberikan Azizul pastinya sedikit sebanyak telah menggugat kelima-lima pelumba untuk mengawasi pergerakan Azizul.

Apakan daya, nasib tidak menyebelahi Malaysia kali ini namun sesuatu yang membanggakan adalah beliau merupakan satu-satunya pelumba muda dan sulung daripada Asia menduduki tangga ke- 6 dunia. China ada? Singapore ada? Indonesia ada? Jepun ada?

Inilah kehebatan anak muda dari Dungun, Terengganu. Walaupun mempunyai fizikal kecil namun semangatnya jauh lebih besar dan hebat berbanding atlet lumba yang lain.
Kegigihan Azizul untuk terus memberi saingan sengit telah membuatkan hati rakyat Malaysia menjadi satu dan erat tanpa ada perasaan membenci dan mempersendakan kekalahan The Pocket Rocket Man ini.

Kelmarin dan hari ni, rakyat Malaysia bersatu hati demi perjuangan sukan yang satu. Namun adakah hari esok, perasaan ini masih ada ataupun ia akan mudah dilupakan begitu saja.

Tepuk dada tanya hati.

Update via BlackBerry® Smartphone Powered By UMNO

Post a Comment

1 Comments

  1. Setuju dgn pendapat admin..Pelumba Negara China kalah dgn beliau. Iran,Arab,Turki (endorgan) dll gagal menempatkan wakil setanding dengan anak Melayu ini. Syabas AWANG. Seluruh rakyat Malaysia bangga dengan pencapaian mu. Harap Kerajaan/Sultan beri pingat DATUK kepada beliau. Harap2 juga janganlah ada YB2 yang nak kutuk2 beliau.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..