Full Width CSS

Al-Fatihah - Dato' Dr Mahadzir Mohd Khir Meninggal Dunia



DaripadaNya kita datang dan kepadaNya juga kita kembali.

Dato' Dr Mahadzir Mohd Khir telah kembali ke rahmatullah lewat petang tadi sekitar jam 4.20 petang ini.

Allahyarham sebelum ini pernah menjawat jawatan selaku ahli parlimen P015 Sungai Petani, Kedah. Menang setelah bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia pada 2004 atas tiket parti Barisan Nasional (BN). Pernah juga menjawat jawatan sebagai Timbalan Menteri Pendidikan.

Sewaktu memegang jawatan sebagai timbalan menteri pelajaran, beliau memberi penekanan utama kepada para pelajar sekolah rendah terhadap pendidikan berasaskan teknologi maklumat terutama komputer

Mempunyai minat membaca, beliau telah memperluaskan kewujudan Pusat Bacaan Rakyat (PUBARA) yang terdapat dibanyak daerah dalam Negeri Kedah

Beliau meninggal dunia akibat stroke petang semalam dan menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)

Perginya seorang lagi pejuang UMNO

Al Fatihah

Post a Comment

0 Comments