Monday, September 10, 2012

Anwar Tak Mampu Nak Back Up Bodyguardnya

Kesian kepada bodyguard Anwar Ibrahim kerana terpaksa ditahan dan disiasat berhubung isu mengacukan pistol kepada orang awam di Melaka kelmarin. Anwar menyerahkan bulat-bulat kes ini kepada Polis untuk menyiasat.

Namun malang bagi nasib bodyguard tersebut apabila Anwar tidak langsung membela dirinya semasa ditahan. Anwar seakan-akan cuba melepas tangan dan tidak bertanggungjawab ke atas nasib bodyguardnya tersebut.

Mungkin semasa dalam tahanan, bodyguard Anwar akan mengenal erti PENYESALAN. Baca laporan berita di bawah.


Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan isu pengawal peribadinya yang didakwa mengeluarkan sepucuk senjata api dalam satu insiden di Jasin, Melaka semalam untuk siasatan polis.

Bercakap kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini, Anwar berkata pengawal peribadinya itu memberitahunya bahawa lelaki berkenaan bertindak demikian kerana diancam individu yang menggangu dan menyekat bas PKR dalam insiden tersebut.

Anwar berkata, pengawal peribadinya itu berpendirian bahawa tindakan itu mengikut garis panduan dan beliau menerima ancaman.

"Saya serahkan kepada polis,” katanya yang menambah, isunya adalah untuk memastikan bahawa pengawal peribadinya itu bertindak untuk mempertahankan diri dan mengikut garis panduan.


Dalam pagi ini. Laporan edisi bahasa Mandarin NTV7 semalam menyebut, dua polis berpakaian preman bertindak ke atas pengawal peribadi Anwar itu dan memaksa senjata api tersebut dimasukkan semula ke sarungnya.

Pengawal peribadi itu kemudiannya ditahan.Anwar menegaskan bahawa senjata api yang digunakan pengawal peribadinya itu berlesen.

Kejadian itu berlaku apabila bas yang digunakan PKR untuk kempen Jelajah Merdeka Rakyat disekat oleh kira-kira 20 orang berhampiran kawasan Kampung Rim.Bas tersebut juga disimbah dengan cat merah.

2 comments:

  1. pengecut boleh lah tunjuk pistol kt orang kg.bacul nye bodyguard.try tunjuk kt abg kawasan.ko yg mampus kena tembak

    ReplyDelete
  2. d simbah cat merah konon!!!PHUIiiiiiiiiiiiiiiiiiii............pukimakla anwar!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

BAJU SEA GAMES 2017

BAJU SEA GAMES 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...