Full Width CSS

#Bajet2013 : Celah Dunia Mana Nak Cari Kerajaan Sebaik Begini?

Pembentangan bajet kali ini benar benar menyusahkan pelbagai lapisan masyarakat. Bolehkah kita terima bajet yang bertemakan ''Memakmurkan Negara, Mensejahterakan Rakyat : Sebuah Janji Ditepati' ?

Cuba korang bayangkan pelbagai lapisan masyarakat desa, petani, buruh, nelayan, guru, pekebun kecil, pensyarah, karyawan, penjawat awam dan golongan profesional serta usahawan turut terkena tempias dek kerana pemimpin seperti Najib berbelanja begitu boros menghabiskan wang untuk mereka ini.

Paling tak sedap apabila dalam ucapan Najib katanya ''Kerajaan akan memastikan rakyat mendapat perkhidmatan terbaik serta manfaat maksimum hasil daripada pelaksanaan program dan projek pembangunan," korang boleh terima kah ayat macam tu?

Sebenarnya ayat diatas terbuku didalam otak kacang kalangan haprak pakatan yang menolak bajet yang diumumkan oleh Najib ,Yang pasti mereka dah tak mampu untuk berbohong kepada diri sendiri bahawa Bajet 2013 kali ini benar benar menyentuh denyut nadi rakyat.




Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membentangkan Bajet 2013 melibatkan peruntukan berjumlah RM251.6 bilion iaitu meliputi RM201.9 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM49.7 bilion bagi perbelanjaan pembangunan.

Tahun lalu, sebanyak RM232.8 bilion diperuntukkan iaitu RM181.6 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM51.2 bilion bilion bagi perbelanjaan pembangunan.

Bertemakan''Memakmurkan Negara, Mensejahterakan Rakyat : Sebuah Janji Ditepati' Bajet 2013 bakal memberi keselesaan kepada pelbagai lapisan masyarakat desa, petani, buruh, nelayan, guru, pekebun kecil, pensyarah, karyawan, penjawat awam dan golongan profesional serta usahawan.
Najib yang juga Menteri Kewangan memulakan ucapannya pada pukul 4.05 petang, menggariskan lima fokus utama iaitu merangsang aktiviti pelaburan; memperkasa pendidikan dan latihan; membudaya inovasi, meningkatkan produktiviti; konsolidasi fiskal dan mempercekap penyampaian perkhidmatan awam dan mensejahterakan rakyat.

Menurut Perdana Menteri, Bajet 2013 yang merupakan bajet terakhir sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 digubal dengan fokus untuk meningkatkan taraf hidup rakyat, memastikan pertumbuhan ekonomi mapan, perbelanjaan berhemah dan mengurangkan defisit fiskal negara dengan matlamat keseluruhan mengutamakan kesejahteraan rakyat.

''Kerajaan akan memastikan rakyat mendapat perkhidmatan terbaik serta manfaat maksimum hasil daripada pelaksanaan program dan projek pembangunan," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Bajet 2013 ternyata menggembirakan golongan penjawat awam apabila Perdana Menteri mengumumkan pemberian bonus sebanyak satu setengah bulan gaji bagi mengurangkan beban para penjawat awam.

Najib turut mendapat sorakan dan tepukan gemuruh apabila mengumumkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) gelombang kedua kepada ketua isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah dan sebagai tambahan, kali ini BR1M 2.0 diperluaskan kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas, berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, dengan bayaran sebanyak RM250.
Bajet kali ini dilihat menyeluruh dan komprehensif apabila menyentuh secara langsung semua golongan masyarakat termasuk petani dan nelayan dengan memperkenalkan Skim Perlindungan Takaful Padi yang memberi kemudahan perlindungan kepada pengusaha sawah di bawah 10 hektar dan dijangka dapat memanfaatkan 172,000 pesawah.

Najib turut mengumumkan tambahan RM1 bilion bagi Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah, khusus untuk membaik pulih sekolah, penyelenggaraan, pembelian peralatan dan pembinaan blok tambahan.

Kerajaan juga tidak melupakan golongan pesara apabila mengumumkan akan menyelaraskan semula pencen pesara kerajaan yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun dengan menaikkan pencen minimum daripada RM720 kepada RM820. Pelarasan ini mengambil kira bayaran bermula 1 Januari 2012 dengan melibatkan 50,371 pesara.

Bagi memastikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempunyai modal insan berpengetahuan dan berkemahiran tinggi, kerajaan bersetuju menambah baik skim ATM, meningkatkan peluang kenaikan pangkat melalui kaedah kenaikan secara time-based dan insentif khas dengan kadar RM200 sebulan kepada semua pegawai dan anggota ATM seramai 125,708 orang.

Sementara itu, bagi memberi akses kepada golongan belia kepada lebuh raya maklumat, Pakej Komunikasi Belia diperkenalkan dengan rebat RM200 akan diberi secara sekali bayar bagi pembelian satu unit telefon mudah alih pintar 3G dan ia terbuka kepada belia berumur 21 hingga 30 tahun, berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah.

Kerajaan juga komited memastikan setiap rakyat berpeluang memiliki rumah sendiri dengan memperuntukkan RM1.9 bilion bagi membina 123,000 unit rumah dengan harga berpatutan yang akan dilaksanakan oleh PR1MA, Syarikat Perumahan Nasional Berhad dan Jabatan Perumahan Negara.

Di samping itu, Perdana Menteri turut menyatakan komitmen kerajaan untuk meneruskan program Baucar Buku 1Malaysia kepada setiap pelajar IPT dan prauniversiti dengan nilainya ditingkatkan daripada RM200 kepada RM250 untuk manfaat seramai 1.3 juta pelajar di seluruh negara-utusan.

Post a Comment

0 Comments