Sunday, September 23, 2012

Kantoi : SPR Dedah Penipuan PKR


Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dalam sidang media di pejabatnya di Putrajaya pagi Jumaat berkata wujud unsur penipuan yang berlaku dalam audit daftar pemilih yang dilakukan oleh PKR di negeri Selangor.

Penipuan tersebut dikesan oleh SPR selepas Abdul Aziz dan Saifuddin dijemput dalam sebuah program radio Bernama baru-baru ini.

"Dalam program tersebut Saifuddin menunjukkan kepada wartawan gambar sebuah pondok yang dikatakan terdapat 18 orang pengundi berdaftar di Kampung Sungai Pusu, Gombak.

"Saya minta dia tunjukkan gambar tersebut, gambar tersebut kami ambil untuk buat kajian.

"Saya mengarahkan beberapa pegawai saya untuk memeriksa kawasan tersebut dan sebenarnya kawasan itu luas dan dikelilingi rumah apabila SPR turun dilapangan, rupa-rupanya, pondok itu adalah tempat letak motosikal dan sebenarnya terdapat 32 buah keluarga tinggal kampung tersebut, gambar tersebut sebenarnya di crop.

"Ini salah satu bukti penipuan dalam audit yang dilakukan oleh PKR," katanya

"Pondok itu hanya digunakan oleh penduduk di kawasan itu untuk meletakkan motosikal dan terdapat kedai kopi di sana yang menggunakan alamat surat-menyurat itu.

"Peti surat disitu digunakan sebagai address point para penduduk kawasan itu…,"

"Rumah-rumah tersebut terletak di bukit sekitarnya dan dilindungi pokok. Sebab mengapa mereka menggunakan alamat sama adalah kerana ia terletak di atas tanah rata dan memudahkan posmen untuk menghantar surat.

"Ini tidak unik…terdapat banyak kes di mana orang ramai menggunakan alamat sama atas sebab-sebab serupa. Ia tidak bermaksud pengundi-pengundi ini tinggal di pondok tersebut," katanya.

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...