Friday, September 21, 2012

@NajibRazak Persoal Keikhlasan @Ngehkooham Mohon Maaf #respect

Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak berkata, Majlis Tertinggi (MT) UMNO mengutuk kenyataan tidak bertanggungjawab Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dalam laman sosial Twitter nya yang mempertikaikan tindakan umat Islam membantah dan menentang filem Innocence of Muslims.


Najib berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin DAP itu jelas memperlekehkan umat Islam dan tidak menjaga sensitiviti agama negara ini.

"Kenyataan pemimpin ini jelas memperlekehkan umat Islam dan menunjukkan DAP tidak peka kepada isu-isu yang berkaitan dengan umat Islam," katanya.

Najib turut mempersoalkan keikhlasan Khoo Ham yang memohon maaf atas keterlanjurannya melalui Twitter, hari ini.

"Dalam isu agama kita tidak boleh cakap sebegitu dan bila timbulkan kemarahan, kita begitu senang memohon maaf," katanya.

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...