Full Width CSS

Pelajar Melecur Buat Persiapan Aidilfitri

Kadang-kadang saya terfikir agaknya orang kita ni memang betol-betol meraikan satu bulan Syawal. Sebulan berpuasa, maka sebulan lah beraya tanpa mengira waktu dan tempat.

Disebabkan sedikit faktor tersebut, kegembiraan 20 pelajar yang sedang membuat persiapan untuk jamuan Aidilfitri di sebuah sekolah di Taman Mulia, Bandar Tun Razak di sini, bertukar tragedi apabila alat berbeku meletup menyebabkan mereka melecur.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.45 pagi semalam, tiga pelajar melecur teruk.

Kejadian berlaku apabila 20 pelajar lelaki sekolah itu yang berusia 16 dan 17 tahun, dikatakan sedang sibuk menyediakan makanan untuk jamuan Aidilfitri di sekolah mereka sebelum alat barbeku yang digunakan meletup.

Salah seorang mangsa, Mohd Hidayat Mohd Yazid, 16, berkata, dia dan rakannya sedang menghidupkan api sebelum didatangai seorang guru lelaki sekolah mereka yang mencadangkan agar api dihidupkan menggunakan 'thinner' bagi mempercepatkan api dinyalakan.

"Saya lihat kali pertama 'thinner' dicurahkan ia menyambar dengan kuat dan kami amat terkejut sebelum guru kami mencurahkan untuk kali kedua dan berlaku satu letupan kuat.

"Letupan kuat itu menyebabkan tiga pelajar termasuk saya melecur teruk. Guru terbabit juga melecur," katanya ketika ditemui di rumahnya di Bandar Tun Razak di sini.

Tiga pelajar yang melecur teruk itu telah dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di sini oleh guru-guru di sekolah berkenaan.

Mohd Hidayat melecur teruk di kaki serta tangan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar di hospital berkenaan bersama-sama dengan guru terbabit, manakala tiga rakannya di masukkan ke hospital tersebut.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras Supt Abd Rahim Hamzah mengesahkan menerima laporan itu dan siasatan kes itu sedang dijalankan.

Pada pandangan saya, pihak sekolah perlu bertanggungjawab sepenuhnya kerana ini adalah soal KESELAMATAN pelajar tidak dititikberatkan. Pihak sekolah, seharusnya peka akan hal begini. Pelajar tidak dibenarkan melakukan perkara sebegini kecuali jika ia bersangkut paut dengan mata pelajaran dan dengan PENGAWASAN guru.

* Kan lebih baik cikgu sekolah tersebut ajar pelajar mereka bermain meriam buluh.

Post a Comment

1 Comments

  1. Sempat juga penulis blog ini sindir cikgu tu ye.

    Pada pendapat aku, cikgu itu tiada pengalaman dalam penyediaan bahan bakar bagi membakar BBQ. Mungkin selama ini guru tersebut hanya tahu menggunakan dapur gas, mikrowave atau oven sahaja.

    Aku percaya, cikgu itu tiada niat untuk saje-saje buat gempak nak buat letupan. Cikgu tu ingat cecait tiner tu macam minyak gas (minyak tanah) yang biasa mak-mak kita hidupkan dapur kayu atau dapur arang pada era 70-an dahulu.

    Yang aku sedih, ibu bapa pelajar terlibat hendak merancang saman sekolah. Mereka dakwa sekolah lambat bagitau mereka. Adakah mereka sedar, dalam keadaan kalut seperti itu, pihak sekolah mungkin terlupa atau takut untuk memberi tahu ibu bapa pelajar?

    Sebagai ibu bapa, sewajarnya mereka berhubung dengan pengerusi PIBG dan bersama-sama bertemu pihak sekolah untuk meminta penjelasan.

    Tindakan ibu bapa yang suka menyaman pihak sekolah jika terjadi sesuatu yang malang kepada anak mereka menyebabkan guru-guru sekarang kurang berminat membawa pelajar menyertai aktiviti luar.

    Sedar atau tidak aktiviti koko di
    sekolah tidak lagi mencabar. Hal ini merupakan langkah berjaga-jaga guru mengelakkan kemalangan.

    Guru lebih suka mengadakan perkhemahan di padang sekolah bukan di hutan lipur atau di tepi pantai.

    Sudahlah berkhemah, tetapi masak secara berpusat dan tukang masaknya ialah guru-guru. Ketika waktu makan, pelajar cuma bawa pinggan dan cawan. Pelajar dahulu kena masak sendiri guna kayu api.

    Guru lebih suka membuat rombongan ke bandar-bandar daripada aktiviti mendaki gunung atau berjalan dalam hutan.

    Jika perlu bermalam, pelajar tidur di asrama atau hotel atau homestay. Bayangkan dalam hutan, guru berdepan saman jika pelajar mengidap asma kerana kesejukan, disengat lipan, kala jengking atau terseliuh ketika mendaki atau menuruni lurah.

    Sebagai ibu bapa, kadang-kadang aku terfikir. Aku akan saman guru atau pihak sekolah RM50 ribu jika anak aku ditimpa malang di sekolah. Adakah aku akan memberi guru atau pihak sekolah RM50 ribu jika anak aku mendapat 10A dalam SPM?

    Bagi aku, terima kasih cikgu kerana mengajar aku menjadi orang yang lasak.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..