Full Width CSS

#PRKampus : Bukti Mahasiswa Tolak Politik Tidak Matang Mahasewel @Aspirasiswa


Kumpulan pro-establishment, Aspirasi Mahasiswa mencatatkan kemenangan besar dalam pilihan raya kampus di 17 daripada 20 buah universiti awam apabila memenangi 543 kerusi daripada 620 kerusi yang dipertandingkan.

Pro-Aspirasi menumpaskan lawan tradisi mereka Pro-Mahasiswa (Pro-M) yang dilihat sebagai pro pembangkang.

Keputusan itu berdasarkan pengiraan undi rasmi bagi pemilihan majlis perwakilan pelajar (MPPP) institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi sesi 2012/2013.


Universiti dimenangi Pro Aspirasi :

1. Universiti Teknologi MARA (UiTM); Jumlah kerusi – 50; Pro-Aspirasi menang – 50.

2. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP); Jumlah kerusi – 31; Pro-Aspirasi menang – 31.

3. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM); Jumlah kerusi – 27; Pro-Aspirasi menang – 25; Pro-M – 2.

4. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA); Jumlah kerusi – 24; Pro-Aspirasi menang – 24.

5. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM); Jumlah kerusi – 28; Pro Aspirasi menang – 28.

6. Universiti Putra Malaysia (UPM): Jumlah kerusi- 47; Pro-Aspirasi menang – 39; Pro-M menang 8.

7. Universiti Utara Malaysia (UUM); Jumlah kerusi – 36; Pro-Aspirasi menang – 34; Pro-M menang – 1; Bebas – 1.

8. Universiti Malaysia Sarawak (Unimas); Jumlah kerusi – 13; Pro-Aspirasi menang – 13.

9. Universiti Sains Malaysia (USM); Jumlah kerusi – 45; Pro-Aspirasi menang – 39; Pro-M – 3; Bebas – 1.

10. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM); Jumlah kerusi – 24; Pro-Aspirasi menang – 24.

 

11. Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI); Jumlah kerusi – 29; Pro-Aspirasi menang – 24; Pro-M – 4; Bebas – 1.

12. Universiti Malaysia Pahang (UMP); Jumlah kerusi – 24; Pro-Aspirasi menang – 22; Pro-M – 2.

13. Universiti Malaysia Terengganu (UMT); Jumlah kerusi – 20; Pro-Aspirasi menang – 18; Bebas – 2.

14. Universiti Malaysia Sabah (UMS); Jumlah kerusi; 38; Pro-Aspirasi menang – 36; Pro-M – 2.

15. Universiti Malaysia Kelantan (UMK); Jumlah kerusi – 14; Pro-Aspirasi menang – 10; Pro-M – 1; Bebas – 3.

16. Universiti Teknologi Malaysia (UTM): Jumlah kerusi – 54; Pro Aspirasi menang – 48; Pro-M – 6.

17. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM); Jumlah kerusi – 14; Pro-Aspirasi menang – 14.
Mahasiswa semakin bijak menilai politik buruk yang cuba dibawa masuk ke dalam kampus. Segala perancangan provokasi yang telah dilakukan oleh sekumpulan mahasewel Pro M telah menyebabkan keyakinan pelajar terhadap mereka terus terhakis sedikit demi sedikit.

Post a Comment

0 Comments