Full Width CSS

#PRKampus : Kempen Aspirasi Mahasiswa Di UM Meriah

Jika sebelum ini, kempen pilihanraya di Universiti Malaya kelihatan suram dan seperti tiada apa-apa yang bakal berlangsung. Cuma ada terdengar sedikit-sedikit hi lite daripada stesen tv mengenai calon-calon yang bakal bertanding.



Tiba-tiba hari ini, suasana suram tersebut dimeriahkan dengan konvoi kenderaan-kenderaan milik pelajar yang dihias menarik untuk tujuan kempen Pro Aspirasi Mahasiswa.



Kreatif betol budak-budak ni semua berkempen. Nampak macam lebih harmoni suasanannya berbanding pilihanraya sebelum ini yang diselangi dengan perbuatan tak bertamadun puak pembangkang yang membuat provokasi buruk terhadap Pro Aspirasi.
   



Kalo dilihat daripada persediaan mereka menjalankan konvoi ini amatlah menarik perhatian. Cukup hebat dengan kain rentang, poster calon, risalah dan belon-belon warna kuning dan hitam kelihatan seperti warna Harimau Malaya.



Saya salute kepada kumpulan Aspirasi Mahasiswa yang bersungguh-sungguh memenangi pilihanraya kampus kali ini. Apa yang bagusnya, Pro Aspirasi Mahasiswa tidak melayan provokasi pihak lawan.


Apa yang penting bagi Aspirasi Mahasiswa ialah manifesto untuk pelajar dapat disampaikan dengan baik dan penilaian daripada pengundi menjadi kayu pengukur kepada keikhlasan kempen mereka.



Ada potensi menang Aspirasi Mahasiswa kali ini andai puak Pro M tak letak kepala babi dalam surau dan calon menculik diri sendiri hehehe.

Post a Comment

0 Comments