Full Width CSS

PRKAMPUS : Penularan Gerakan Menipu Atas Nama UMNO

Baik! Ini cerita blogger pakatan yang semakin terdesak dengan menyebarkan fitnah untuk memastikan bahawa Pilihan Raya Kampus di seluruh Universiti dimenangi oleh calon yang dilatih oleh puak mereka.

Dakwaan terbaru yang agak terdesak dengan menuduh PM campur tangan dalam urusan pentadbiran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia bersabit perlantikkan orang yang pro kepada kerajaan adalah tuduhan tidak masuk akal. Dengan menyabitkan PM dengan gerakkan bagi memenagi calon Pro-aspirasi dengan membenamkan calon pro- mahasiswa (PRO PAKATAN HARAM) berupa tindakan untuk mendapatkan undi pelajar UIAM sahaja yang akan melalui kempen PRKampus.

Yang mengherankan lagi, agenda ini disabitkan pembabitan individu seperti dakwaan blogger kurang pandai dan lagi maha bingai ini.

Katanya:

Projek yang sungguh menjijikkan ini diketuai timbalan menteri belia dan sukan, Razali Ibrahim yang juga pengerusi biro IPT Umno pernah didedah menghadiri satu mesyuarat Think Tank OPS 2020 bersama-sama dengan Tun Faisal Ismail Aziz yang bertindak selaku bos Unit Media Baru Umno.

Yang pasti dakwaan Blogger canangan pihak pakatan haram ini,tiada bukti yang membabitkan penglibatan individu yang dikaitkan malah tuduhan seumpama ini pernah dilemparkan akhirnya beberapa pemimpin mereka sedar bahawa tiada usaha pihak umno dalam campurtangan universiti.

Surat yang dikeluarkan oleh blogger :http://greenboc.blogspot.com/2012/09/bongkar-campurtangan-najib-umno-di.html KONONYA PM MENGELUARKAN SURAT dan mendapatkan persetujuan Majlis Tertinggi UMNO adalah palsu.



Sehingga kini pengenali blog ini hanya tahu membuat provokasi murahan demi mendapatkan sedikit bayaran dan perhatian pemain laman maya untuk mempercayai maklumat yang dikeluarkan dari blognya.

Blog ini mencabar, agar pengendali blog tersebut membawa surat itu sebagai bukti sah di mahkamah dan biar rakyat tahu muslihat Pakatan, dan membuktikan merekalah sebenarnya menjalankan gerakkan berbahaya di Universiti. Tujuannya mudah, menutup cepat-cepat gerakkan mereka di UIAM dengan merekrut pelampau dikalangan mahasiswa untuk kepentingan mereka.

Sumber : KMPM

Post a Comment

0 Comments