Full Width CSS

#PRKampus #UM Penggerak #AspirasiMahasiswa Menang Secara Tak Rasmi


Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaya berlangsung sengit apabila kumpulan Penggerak dan promahasiswa masing-masing mendakwa memenangi pilihan raya kampus universiti itu, di sini hari ini.

Kumpulan promahasiswa mendakwa mereka memenangi 22 kerusi berbanding 19 kerusi yang dimenangi kumpulan proaspirasi daripada 43 kerusi keseluruhan yang dipertandingkan.

 

Bagaimanapun ia dinafikan oleh Penggerak yang mendakwa kumpulan itu hanya memenangi 20 kerusi kerana dua lagi kerusi dari Fakulti Undang-undang merupakan calon Bebas sementara dua lagi kerusi iaitu bagi Fakulti Pendidikan serta Fakulti Sains Komputer dan Teknologi berkeputusan seri dan akan dipertandingkan semula.


Keputusan di UM menyaksikan kumpulan Penggerak memenangi 19 kerusi, promahasiswa (20), bebas (2) dan dua lagi kerusi seri.

Pemilihan kali ini menyaksikan 9,643 pelajar atau 42.12 peratus daripada keseluruhan 22,883 pelajar yang layak, keluar mengundi.


Post a Comment

0 Comments