Full Width CSS

#PRKampus : Video Pendedahan Eksklusif Penipuan #ProMenipu - Isu Calon Tua #PRKUM #AspirasiMahasiswa


Pengerusi Penggerak Mahasiswa UM, Saudara Marwan Kahar Baharuddin telah membuat pendedahan mengenai isu calon tua Penggerak Mahasiswa yang dibangkitkan oleh kumpulan Pro-M termasuk pembohongan mereka mengenai kenyataan Dr David Asirvatham, Pengarah Teknologi Maklumat UM.

Dalam sesi meja bulat perbincangan melalui telefon bersama Dr David, kumpulan Pro-M telah dinyatakan mengenai calon yang masih berbaki 2 semester pengajian, termasuk semester ini layak untuk bertanding. Namun mereka telah mengedarkan flyers/pamplet yang bercanggahan dengan kenyataan Dr David.

Marwan turut mencabar pelajar Pro-M, Tan Tze Ming yang mempunyai rakaman asal perbualan telefon bersama Dr David supaya menyiarkan rakaman asal yang lebih jelas untuk membuktikan mereka tidak berbohong.

Kumpulan Pro-M terdesak untuk mengekalkan kemenangan mereka di UM dengan merekayasa isu 'calon tua' kerana kebangkitan kumpulan Penggerak Mahasiswa yang menampilkan calon-calon yang lebih mampan dan berkarisma.



Post a Comment

0 Comments