Full Width CSS

@RajaNongChik Sedia Berdepan Dengan @n_izzah #bn4wp


Raja Nong Chick dalam satu kenyataan medianya telah menyatakan hasrat untuk bertanding kerusi Parlimen Lembah Pantai yang kini di sandang oleh Nurul Izzah.

Hasratnya untuk bertanding di kerusi Parlimen Lembah Patai pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) akan datang telah pun dimaklumkan dan kini hanya menunggu jawapan balas daripada Perdana Menteri.

Untuk rekod, kerusi Perlimen Lembah Pantai telah disandang oleh Nurul Izzah dari PKR dengan mengalahkan Shahrizat Jalil pada pilihan raya umum ke-12 tahun 2008.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar itu juga turut menjelaskan mengapa kawasan Parlimen Lembah Pantai menjadi pilihanya untuk bertanding disebabkan oleh beberapa faktor.

Selain dari faktor anak tempatan yang sudah menetap lebih 25 tahun di kawasan perlimen Lembah Pantai, pengalaman beliau yang banyak dalam menyelesaikan pelbagai masalah dan isu-isu berkaitan masyarakat setempat, menjadi faktor pendorong utama untuk dirinya bertanding dalam pilihan raya umum kali ini.

Jelasnya lagi, pada PRU13 kali ini, merupakan masa yang sesuai buat dirinya untuk menjadi wakil rakyat sebenar yang akan membuat kerja untuk seluruh warga Lembah Pantai sekiranya dipilih untuk menjadi calon untuk kerusi Parlimen Lembah Pantai.

Kesediaan Raja Nong Chik bertanding di kawasan Parlimen Lembah Pantai, sudah tentu sedikit sebanyak akan memberi kesan terhadap corak pengundian di kawasan terebut, dan peluang untuk BN menang kali ini mungkin cerah.

Dengan berbekalkan pengalaman yang dimiliki beliau dan track rekod yang baik, pastinya akan memberikan saingan yang sengit kepada Nurul Izzah, sekiranya anak sulong Anwar Ibrahim ini menyatakan hasrat untuk terus mempertahankan gelaran 'Yang Berhormat' yang disandangnya sekarang

Sumber : Jeringdaily

Post a Comment

0 Comments