Full Width CSS

SUARAM Halang @PDRMsia Jalankan Tugas

Pejabat Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) di sini hari ini didatangi oleh enam orang pegawai pendaftar pertubuhan (ROS) dan polis.


Menurut peguam yang berada di pejabat SUARAM, Fadiah Nadwa Fikri, polis dan pegawai ROS itu datang ke pejabat SUARAM pada sekitar 11:50 pagi tadi.

"Mereka cuba untuk masuk ke pejabat untuk melakukan siasatan, tetapi kami tidak benarkan.

"Setakat ini mereka hanya berada di luar pejabat, dan kami masih tidak membenarkan mereka masuk, keadaan masih lagi dalam keadaan terkawal," kata Fadiah lagi.

Serbuan ini dikaitkan dengan dakwaan SUARAM menerima dana asing dan pertubuhan ini dikatakan mempunyai "akaun yang meragukan".

Badan hak asasi manusia itu dikatakan menerima serangan kerana terus terlibat dalam siasatan dari Perancis berkenaan penyelewengan wang bernilai berbillion ringgit untuk membeli dua buah kapal selam Scorpene.

Baca lagi di KL Chronicle

Post a Comment

0 Comments