Full Width CSS

Tindakan Tegas Perlu Diambil Sebagai Pengajaran ! @rizalmanmokhtar #bn4wp


Tindakan kurang ajar oleh sebilangan individu pada malam ambang Merdeka yang lepas amatlah memalukan dan kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) harus bertindak lebih tegas.

Pengajaran perlu diberikan kepada mereka yang terlibat agar perkara sebegini tidak lagi berulang pada masa akan datang. Dibimbangi jika kejadian sebegini berulang kembali, ia mungkin akan menyebabkan rakyat terasa himpunan jalanan dan segala bentuk provokasi yang dicipta dianggap sebagai HALAL untuk dilakukan kerana tiadanya tindakan ataupun peruntukan khas undang² untuk perkara tersebut.


Adalah menjadi kebimbangan kita sebagai rakyat yang tidak mahu melihat negara terus diperlekehkan dengan tindakan sebilangan mangkuk² jamban yang tidak beradab dan melakukan perkara yang menjengkelkan di kala malam kemerdekaan negara yang ke 55 tahun.

Kita merasa marah apabila negara jiran memperlekehkan, mencabar dan mempersoalkan kewibawaan Malaysia. Namun kejadian di malam Merdeka yang dicipta oleh rakyat Malaysia sendiri sungguh MEMALUKAN.


Contoh provokasi yang dijana oleh warga Indonesia yang membenci Malaysia. Kita menjadi amarah apabila Jalur Gemilang dibakar secara terang²an. Namun kejadian tersebut boleh diibaratkan sama seperti yang berlaku di tanah air kita.


Rakyat Malaysia sendiri melakukan provokasi menukar Jalur Gemilang kepada bendera yang seakan sama dengan negara Republik seperti Indonesia dan Singapura. Apakah Pembangkang cuba membawa ideologi Republik di dalam permainan politik mereka?

Rujuk sini apa yang dimaksudkan negara Republik.

Adakah benar juga dakwaan pemimpin DAP ini mengenai hasratnya tersebut?


Walaupun Manoharan sudah membuat permohonan maaf namun sebagai rakyat, kita sendiri mengetahui apakah maksud disebalik permohonan maaf tersebut. Ia dilakukan dalam keadaan terpaksa. Maka tidak hairanlah apabila kejadian tukar bendera dibawakan bersama ke gelanggang rakyat di Dataran Merdeka.


Rakyat terutamanya yang terlibat pada kejadian tersebut seharusnya merasa malu apabila terdapat juga kumpulan pelancong dari luar negara turut sama terperangkap di dalam longgokan manusia yang tidak bertamadun di sana malam tersebut. Tindakan penganjur ini bukannya dapat memBERSIHkan imej negara sebaliknya menambahkan lagi daki² dan kekotoran pada imej negara yang sudah terhakis selepas Bersih 3.0 yang lepas.

Sebagai rakyat Malaysia, saya menyedari akan keburukan yang terdapat dalam maksud 'hijrah' yang disemai dalam Pakatan Pembangkang. Hijrah yang dimaksudkan bukannya bertujuan baik dan ikhlas untuk rakyat sebaliknya ia bertujuan untuk mengaut kekayaan negara seperti yang telah terjadi di negeri² ditakluki mereka.


Tak perlu dihuraikan satu persatu, rakyat sudah boleh nampak akan hal tersebut hari ini. Inilah tema yang sesuai untuk Pakatan Pembangkang hari ini.

Janji dicabuli, Rakyat dibuli, Raja diketepi.


BN Bagus

Post a Comment

0 Comments