Full Width CSS

Apa Itu Tabung Warisan Mara? @tbgwarisanmara

Saya tertarik dengan pembentangan berkenaan Tabung Warisan MARA oleh Pengerusi MARA, YBhg Dato Seri Idris Jusoh tempoh hari. Beliau menerangkan serba serbi mengenai pentingnya Tabung Warisan Mara ini diwujudkan dan apakah agenda disebaliknya.


Tabung Warisan Mara ini diwujudkan khusus untuk mengumpul dan mentadbir dana yang akan diwaqafkan khusus bagi keperluan pendidikan anak bangsa. Tabung Warisan Mara ini bukanlah disuntik oleh kerajaan tetapi ia 'disuntik' melalui sumbangan ikhlas daripada ahli korporat, usahawan dan mereka yang pernah memperoleh kemudahan daripada Mara.

Dalam bahasa mudah dan senangnya ialah membalas balik jasa MARA dengan cara berwaqaf dengan nilai berapa-berapa yang dirasakan mampu.

Melihatkan keadaan ekonomi negara yang semakin stabil dan keperluan syarikat korporat juga orang awam yang kini gemar untuk menginfaq dan mewaqafkan harta mereka, maka MARA mengambil pendekatan untuk menjadi sebagai badan dalam menguruskan proses waqaf ini.

Selain berperanan dalam membantu pelajar Bumiputera dan Islam yang cemerlang dalam pendidikan melanjutkan pelajaran, Tabung ini turut ditubuhkan atas kesedaran bahawa keperluan sektor korporat untuk menjana ekonomi ummah melalui pembangunan pelbagai sektor yang dapat menjana pendapatan berpanjangan.

 

Katanya sebanyak 50 peratus daripada kutipan tabung itu akan diwakafkan manakala 50 peratus lagi akan digunakan untuk keperluan pendidikan anak-anak Melayu.

"Kita sasar sejumlah RM1 bilion dana tetapi untuk digunakan bagi tujuan pendidikan hanya RM500 juta dan bakinya akan dilaburkan supaya keuntungannya boleh digunakan bagi tujuan pendidikan,"ujarnya.

Dana tersebut akan ditadbir Yayasan Pelajaran Mara (YPM) dengan diperingkat awal hasil sumbangan dari bekas pelajar MRSM, bekas penuntut UiTM, bekas guru-guru Mara, warga Mara, persatuan pesara Mara, usahawan Bumiputera dan orang ramai.

''Saya percaya semua pihak yang pernah terlibat dengan Mara tidak akan lokek untuk menyumbang, sekurang-kurangnya RM1 seorang bagi tujuan ini. Sekurang-kurangnya dengan sumbangan itu besar ertinya apabila ia digunakan semula bagi membolehkan lebih ramai pelajar pintar bumiputera mendapat manfaat daripada tabung tersebut," kata beliau.



Beliau berkata penubuhan Tabung Warisan Mara selaras dengan objektif untuk membudayakan semangat menabung secara kolektif dalam kalangan orang Melayu, memberi kesedaran kepada orang Melayu dalam mengangkat martabat bangsa dan menyediakan dana yang berterusan dan berkekalan dalam membantu generasi akan datang.

1. Diwujudkan untuk mengumpul dan mentadbir dana yang akan diwaqafkansebanyak 50% dan 50% lagi digunakan untuk keperluan pendidikan anak-anak melayu generasi akan datang

2. Membudayakan semangat menabung ke hadapan (pay forward) dikalangan orang melayu secara kolektif dan berterusan demi kepentingan masa depan bangsa melayu melalui pendidikan.

3. Memberikan kesedaran kepada komuniti Melayu untuk bersama-samabertanggungjawab mengangkat martabat bangsa Melayu melalui sumbangan pendidikan.

4. Menyediakan dana yang berterusan dan berkekalan untuk memastikan pewaris Melayu generasi akan datang mempunyai dana yang mencukupi untuk keperluan pendidikan mereka.

5. Mengutip dana untuk pembangunan Bumiputera dan pemberian bantuan kepada pelajar-pelajar bagi memastikan kelangsungan kecemerlangan pelajar Bumiputera.

6. Membentuk platform hubungan kerja strategik bersama bekas pelajar dan usahawan yang berjaya dan telah menerima perkhidmatan MARA agar kepakaran mereka dapat dikongsi untuk menambah baik program-program yang dilaksanakan di masa akan datang.

Secara peribadi, saya berpendapat penubuhan Tabung Warisan Mara ini secara tidak langsung membantu merangsangkan ekonomi negara dan dalam masa yang sama anak-anak Melayu terus terpelihara.

Target untuk mengumpul sumbangan waqaf sebanyak RM1 billion sangat tidak mustahil. Saya membayangkan jika hari ini, seramai 10,000 orang membuat sumbangan / waqaf sebanyak RM10 sebulan dan total bulanan yang bakal diperolehi mencecah RM100,000. Jika ditambah dengan tempoh 3 bulan lagi, ia akan menjadikan jumlah keseluruhan RM300,000. 

Mungkin ini adalah kira-kira mudah membayangkan keberhasilan daripada pengumpulan sumbangan ini. Untuk nilai sebanyak itu, ia telah membantu anak-anak Melayu melanjutkan pelajaran dan beberapa perkara lain lagi.


Untuk maklumat lanjut, boleh ke pautan di bawah ini.

Portal Rasmi Tabung Warisan MARA: http://tabungwarisanmara.ypm.org.my/
Facebook : http://www.facebook.com/tbgwarisanmara
Twitter : http://twitter.com/tbgwarisanmara

Post a Comment

0 Comments