Monday, October 8, 2012

Blogger Prihatin : Insyallah Kita Bersama Bantu Kamal Affendi


Jika anda merupakan seorang yang mengikuti perkembangan semasa dan jenayah negara pada ketika kegiatan meragut, merompak secara berhadapan kian memuncak, nama Kamal Affendi Hashim tidak asing lagi yang dikenali sebagai seorang Penganalisis Jenayah Asia yang pertama.

Dalam bahasa mudahnya, saya namakan beliau sebagai seorang yang paling banyak berjasa kepada masyarakat.

Beliau banyak memberi tunjuk ajar serta nasihat berguna kepada rakyat Malaysia terutamanya kaum Wanita dalam menjaga keselamatan diri sendiri baik di luar ataupun di dalam persekitaran yang selamat. Bekas lulusan pengajian Pengkhususan Jenayah di United Kingdom ini pernah berkecimpung dalam dunia kewartawanan sebagai jurugambar dan kemudian berkhidmat dalam pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) selama 7 tahun sebelum melanjutkan pelajaran.

Hari ini, beliau masih lagi terus menerus menyumbangkan kepakarannya dalam membantu kerajaan dan pihak berkuasa mengurangkan kadar jenayah dalam negara. Siapa sangka, ahli British & American Society of Criminology ini menyimpan satu rahsia yang besar dalam hidupnya dan rahsia itu tidak mampu dipendamkan lagi.

Ikuti artikel daripada blog Mazidul Akmal di bawah ini. 

"Kalau incase kepala saya meletup, halalkan semua saudara ku," ujarnya dalam gurau.

"Bro, boleh jangan cakap macam itu. Bro akan selamat, bro tahukan saya memang pakar dalam gerak hati. Jadi saya kata, InsyaAllah tidak akan berlaku kejadian buruk," balas saya.

Saya kemudian mengajukan soalan berikut ...

"AVM itu apa?"

"Arteriovenous malformation. Ringkasnya, ada urat ekstra dalam kepala saya dan urat itu mengganggu fungi koordinasi otak. Urat itu ada dalam kepala sejak lahir tetapi tidak disedari. Sekarang ini sesekali saya tidak mampu mengawal pergerakan tangan kanan, selalu berasa sakit kepala," jelasnya.

Klik di sini, jika ingin mengetahui maklumat terperinci berhubung AVM.

Setakat ini dia masih pertah berkata-kata dan tidak lekang dengan lawak jenaka biarpun antara kesan AVM, jika tidak dirawat secepat bakal menganggu sistem komunikasinya. Untuk rekod, sebelum ini, dia sentiasa sibuk menjelajah negara, dijemput memberikan ceramah berhubung pencegahan jenayah kepada masyarakat tanpa mengira tempat, bangsa dan agama.

Pagi tadi saya terbaca status di Facebook anak kepada anggota Polis itu.

"Dear friends, I have AVM on my left brain. My treatment plan with CyberKnife which will cost RM41,820 were to start on Monday and the surgery on Wednesday but I would have to postpone it as my insurance is not a panel of Beacon Hospital. To make matter more upsetting, my insurance doesn't cover my ilness at all.


Hence, I would like to offer my service of conducting talks to pool additional fund for the surgery to be held as soon as possible"

Yes! My friend doesn't beg.

Dia cuma ingin menawarkan khidmat untuk terus bercakap dan berkongsi ilmu bersama masyarakat selagi dia termampu melakukannya.

Secara peribadi, tentunya saya ingin melihat sahabat saya itu terus sihat dan menyumbang jasa kepada kita semua. Esok, jam 9 pagi, Kamal Affandi Hashim akan bersama CakapDotCom dalam sesi pertama di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Kepada pembaca tidak mengenali Kamal, klik di sini.

Sesungguhnya cabaran hebat didepani oleh insan hebat. Allah hanya menurunkan cabaran kepada manusia mampu untuk mendepaninya kerana Allah itu adil.

Saya yakin kita semua mampu membantu penganalisis jenayah berpengalaman itu untuk terus berpeluang bercakap sehingga ke akhir hayatnya. Jangan biarkan bakat, ilmu dan semangatnya terkubur hanya kerana AVM.

Kepada rakan, sahabat, kenalan dan pembaca blog berhasrat membantu mengumpulkan wang lebih RM40,000 itu, sila klik di sini untuk nombor akaun Kamal.

Sumbangan kita, banyak atau sedikit, InsyaAllah bakal meringankan beban ditanggungnya.

Kamal Affendi Hashim
4007 85 2927 - Public Bank


Tolong hebahkan entri ini di Facebook

Sumber : Mazidul Akmal

1 comment:

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

BAJU SEA GAMES 2017

BAJU SEA GAMES 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...