Full Width CSS

Inisiatif Bantuan Lesen 1Malaysia, Tahniah SHEB #BL1M


Kejadian kemalangan jalan raya yang sering saja terpapar di dada akhbar hari ini kian membimbangkan terutamanya sekali kepada penunggang² motosikal. Kebanyakan mangsa terdiri daripada penunggang² yang tidak mempunyai lesen memandu. Acap kali juga sekatan jalan raya yang dijalankan oleh pihak berkuasa Polis DiRaja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendapati kalangan mereka yang ditahan sebenarnya merupakan pesalah berulang, yakni mereka yang sudah dua tiga kali ditahan pihak berkuasa.

Alasan yang kerap didengari oleh pesalah jalan raya ini adalah masalah mendapatkan lesen seperti nama yang telah disenarai hitam, mempunyai rekod di Mahkamah dan tidak mampu membiayai kos perbelanjaan mengambil ujian memandu ditambah pula tidak semua mereka ini mempunyai tahap kemahiran komputer yang baik.


Menyedari akan pentingnya kesedaran pengetahuan undang² jalan raya, Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) telah memperkenalkan sebuah program perintis Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) dengan tujuan untuk meningkatkan pengetahuan undang² jalan raya dan etika pemanduan dalam kalangan golongan sasaran. Bertepatan dengan itu, SHEB bersama Kelab Anak Wawasan Pekan Pahang (KAWAN) telah memulakan program ini pada awal Mei yang lepas di sekitar Pekan, Pahang.

SHEB dan KAWAN mendapat lebih 800 permohonan daripada golongan sasaran di kawasan tersebut dan hanya 234 peserta sahaja berjaya mendapatkan lesen kelas B2 ini kerana mempunyai kelayakan seperti yang dikehendaki. Apa yang menariknya, kos pembiayaan mengambil ujian memandu ini dibiayai secara percuma.


Perdana Menteri, YAB Dato Seri Najib Tun Razak ketika berucap, beliau berkata;

"Ini merupakan salah satu daripada bantuan yang dapat kita berikan kepada golongan belia".

Semoga program yang mengambil kira kepentingan golongan sasaran ini dapat diperluaskan secara menyeluruh. Secara tidak langsung, program sebegini dapat membantu agensi² kerajaan serta penguatkuasaan dan dalam masa yang sama dapat mengurangkan kadar kemalangan dan pematuhan undang².


Post a Comment

9 Comments

  1. Salam perjuangan kpd saudara,sy telah pautkan blog saudara kdlm blog sy.. dan mohon juga dipautkan blog sy ini aktiviskepayangjr.blogspot.com kdlm blog saudara tq.

    ReplyDelete
  2. mcm mana nak dapatkan BL1M nie ??

    ReplyDelete
  3. salam , ingin bertanya tentang bantuan lesen 1 malaysia . . bagaimana mahu mendapatkannya ?

    ReplyDelete
  4. Idup najib..
    Bodek la rakyat untuk dapatkan kerusi anda :P

    ReplyDelete
  5. salam kat kedah blun ada lg ke BL1M NIE? bagamana nk mohon?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang ni dah boleh mohon secara online. boleh bukak website www.bl1m.my

      Delete
  6. dkt trnggnu BL1M dh ade blum

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..