Alasan yang kerap didengari oleh pesalah jalan raya ini adalah masalah mendapatkan lesen seperti nama yang telah disenarai hitam, mempunyai rekod di Mahkamah dan tidak mampu membiayai kos perbelanjaan mengambil ujian memandu ditambah pula tidak semua mereka ini mempunyai tahap kemahiran komputer yang baik.
Menyedari akan pentingnya kesedaran pengetahuan undang² jalan raya, Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) telah memperkenalkan sebuah program perintis Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) dengan tujuan untuk meningkatkan pengetahuan undang² jalan raya dan etika pemanduan dalam kalangan golongan sasaran. Bertepatan dengan itu, SHEB bersama Kelab Anak Wawasan Pekan Pahang (KAWAN) telah memulakan program ini pada awal Mei yang lepas di sekitar Pekan, Pahang.
SHEB dan KAWAN mendapat lebih 800 permohonan daripada golongan sasaran di kawasan tersebut dan hanya 234 peserta sahaja berjaya mendapatkan lesen kelas B2 ini kerana mempunyai kelayakan seperti yang dikehendaki. Apa yang menariknya, kos pembiayaan mengambil ujian memandu ini dibiayai secara percuma.
Perdana Menteri, YAB Dato Seri Najib Tun Razak ketika berucap, beliau berkata;
"Ini merupakan salah satu daripada bantuan yang dapat kita berikan kepada golongan belia".
Semoga program yang mengambil kira kepentingan golongan sasaran ini dapat diperluaskan secara menyeluruh. Secara tidak langsung, program sebegini dapat membantu agensi² kerajaan serta penguatkuasaan dan dalam masa yang sama dapat mengurangkan kadar kemalangan dan pematuhan undang².
9 Comments
Salam perjuangan kpd saudara,sy telah pautkan blog saudara kdlm blog sy.. dan mohon juga dipautkan blog sy ini aktiviskepayangjr.blogspot.com kdlm blog saudara tq.
ReplyDeleteSalam bro,
Deletesudah lama dipautkan. tQ
Tahniah SHEB
ReplyDeletemcm mana nak dapatkan BL1M nie ??
ReplyDeletesalam , ingin bertanya tentang bantuan lesen 1 malaysia . . bagaimana mahu mendapatkannya ?
ReplyDeleteIdup najib..
ReplyDeleteBodek la rakyat untuk dapatkan kerusi anda :P
salam kat kedah blun ada lg ke BL1M NIE? bagamana nk mohon?
ReplyDeletesekarang ni dah boleh mohon secara online. boleh bukak website www.bl1m.my
Deletedkt trnggnu BL1M dh ade blum
ReplyDeletekomen² anda akan dipublish setelah disahkan..
terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..