Full Width CSS

@Khalid_Ibrahim Ditawarkan Atau Dikorbankan Di Bandar Tun Razak


Kenyataan yang dikeluarkan oleh Anwar Ibrahim semasa memberikan ucapan di Pekan Sungai Besi kelmarin sangat suprise bagi saya kerana ura² yang didengari sebelum ini, ada muka baru yang akan bertanding di Parlimen Bandar Tun Razak menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim namun jangkaan tersebut meleset sama sekali.

Sama ada meleset ataupun tidak jangkaan tersebut, mungkin kena tunggu tarikh penamaan calon kelak. Namun apa yang saya bakal coretkan di sini bukanlah mahu menunjukkan rasa bangga dengan Khalid Ibrahim sebagai wakil rakyat Bandar Tun Razak.


Wakil Rakyat Pemalas

Kawasan Parlimen ini mempunyai kira² 90,000 orang penduduk yang berbagai kaum. Khalid Ibrahim memenangi Pilihanraya Umum - 12 pada 2008 dengan majoriti sebanyak 2,515 mengalahkan calon MCA, Datuk Tan Chai Ho.


Kemenangan tersebut telah memberikan isyarat kepada Khalid Ibrahim bahawa beliau diperlukan di kawasan ini dan jasa serta sumbangan beliau amat² diharapkan bagi kesejahteraan penduduk sekitar P 124, Bandar Tun Razak.

Namun setelah berjaya menyandang kerusi Parlimen di sini, lain pula jadinya apabila Khalid Ibrahim sangat jarang untuk turun padang melihat permasalahan yang dihadapi rakyat. Sehinggakan ada kalangan penduduk di sini pergi menjengah ke Pejabat Ahli Parlimen Bandar Tun Razak yang terletak di Bandar Sri Permaisuri, sering dikecewakan apabila tiada pekerja yang melayan mereka dan paling mengecewakan apabila dihubungi, tiada siapa yang menjawab panggilan tersebut.

Saya tidak nafikan, ada beberapa kali beliau turun ke sini tetapi semuanya atas dasar kepentingan parti dan mengambil kredit sahaja. Contohnya, Khalid Ibrahim turun di bilik gerakan PKR, Taman Mewah dan mengadakan majlis minum petang bersama kira² 50 orang penyokongnya sendiri.

Sebelumnya itu, Khalid Ibrahim membuat majlis perkahwinan &  resepsi anak beliau di Taman Tasik Permaisuri dilihat seakan² cuba mengambil hati penduduk di sini. Kesinambungan daripada itu, apa yang rakyat dapat?


Menarik Parlimen 124

Mengapa parlimen ini yang menjadi rebutan dan sebutan PR. Mungkin di bawah ini jawapannya.




Pembangunan Bandar Tun Razak

Sehingga ke hari ini, tiada apa pun sumbangan yang secara jelas kelihatan di sekitar kawasan Bandar Tun Razak. Jika ada pembangunan yang kelihatan pun, ia nya merupakan hasil usaha Barisan Nasional (BN) sebelum kekalahan pada PRU 2008.


Sebagai contoh di Bandar Sri Permaisuri berhampiran Apartment Sri Penara terdapat deretan restoran Melayu yang didirikan sebelum PRU 2008 dan para peniaga telah diberitahu, kerajaan akan membangunkan kawasan tersebut untuk dijadikan food court yang lebih tersusun. Namun malangnya apabila notis diberikan, Khalid Ibrahim memenangi PRU - 12, beliau telah membantu dan membantah cubaan DBKL memindahkan para peniaga tersebut sementara waktu.


Projek tersebut tertangguh sehingga akhir tahun 2011, barulah ia disambung setelah mendapat persetujuan pihak² terbabit untuk dianjakkan sedikit ke belakang dari kawasan restoran² sedia ada.

Selain daripada itu, tiada langsung pembangunan yang dibawa oleh Khalid Ibrahim selain daripada meneropong Bandar Tun Razak dari negeri Selangor.


Retorik Anwar Ibrahim

Barangkali statement daripada Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim memang melucukan ataupun mungkin mempunyai maksud tersirat yang mana Khalid Ibrahim sendiri bengong memikirkannya.

Persoalannya, mengapa daftar pemilih Khalid Ibrahim diletakkan di DUN - Bukit Melawati dan Parlimen Kuala Selangor? Lihat di bawah,


Pelik bukan?
Nama didaftarkan di DUN & Parlimen yang sama di Selangor tapi bertanding di Kuala Lumpur.

Apa yang cuba Anwar Ibrahim sampaikan, adakah untuk mengaut 'sokongan' rakyat Selangor atau memberi jaminan dan janji 'kosong' kepada penduduk Bandar Tun Razak?

Baca sini mengenai kebarangkalian Khalid Ibrahim bertanding di Kuala Selangor.


Sabotaj Khalid Ibrahim

Kemungkinan Anwar Ibrahim mempunyai percaturan dan game plan nya tersendiri. Bagi Khalid, beliau merasakan ia satu penghormatan kepada dirinya untuk terus menerajui Parlimen yang mempunyai hampir 55% penduduk berbangsa Melayu.

Tetapi dalam 'keihklasan' Anwar menawarkan Khalid untuk terus menerajui Bandar Tun Razak, sebenarnya Anwar tidak mengkaji sikap penduduk di sini yang bakal melakukan transformasi undi. Mungkin tahun 2008, terjadi tsunami politik di mana rakyat memberontak secara senyap namun kali ini rakyat tempatan mulai yakin dengan usaha UMNO dan BN Bandar Tun Razak.


Jika Khalid Ibrahim terus bertanding di sini, maka kesudahan kisah Khalid Ibrahim mungkin akan menjadi korban 'kasih' Anwar Ibrahim di Bandar Tun Razak. Bahkan jika Khalid Ibrahim diletakkan sebagai calon di Ijok sekali pun, beliau akan tetap menjadi korban di sana kerana rekod beliau sudah terlalu busuk untuk kedua² tempat seperti yang saya sebutkan.


Madu Ku Beri, Tuba Kau Balas

Kasihan kepada Khalid Ibrahim.

Telah banyak yang telah beliau korbankan untuk Anwar Ibrahim dan PKR. Beliau sanggup melompat terjun ke dalam parti jahanam dan mengorbankan sejumlah wang untuk membeli menyewa sebuah bas untuk siri Jelajah Merdeka Rakyat.


Namun Anwar tetap meletakkan beliau di kawasan yang sukar untuk menang pada PRU akan datang. Baca di sini, artikel mengenai status milik bas tersebut.


Tahniah Azmin Ali

Meletakkan Khalid Ibrahim di kawasan yang sememangnya bakal kalah umpama memberikan isyarat kepada rakyat bahawasanya Menteri Besar Selangor selepas PRU 13 akan datang akan bertukar kepada orang lain.

Desas desus konflik antara Azmin Ali dan Khalid Ibrahim yang bakal mengambil alih tampuk kepimpinan negeri semakin jelas dan kebenaran mengenai semakin ketara kelihatan.

Maka tidak hairanlah mengapa Anwar melebihkan Azmin Ali berbanding Khalid Ibrahim sekarang ini hehe. Ada kesah dulu² kala Anwar & Azmin hehe.

Apa² pun tahniah kepada Khalid Ibrahim kerana berjaya dicalonkan sekali lagi di Parlimen 'maut' hehe.

Post a Comment

3 Comments

  1. Selamat tinggal PR BandarTun Razak.

    ReplyDelete
  2. cite boleh lah bos....p124 semua orang dah tahu...dari segi politik kotor..itu pasal orang bandar tun razak pangkah pkr....dorang bukan suke pun pkr...tp sbb marah dgn b.n dorang buat keputusan mcm tu.....knape dulu2 mca yg pgang...sbb oran...
    g umno sndri yg bg,smate2 nak dpt senator...klau x orang melayu yg jd leader kita.....nak bg nasihat skit je bos.....sy ni bkn pndai sgt...jgn nak senang kan kroni je bos....yg bwh2 tengok2 skit..jgn nak dekat pemilihan je bru nak nmpk muka.pesan skit dkat ketua pumda btr @ ketua pemuda wilayah....

    ReplyDelete
  3. Betul. BN patut bagi P124 - Parlimen Bandar Tun Razak kepada UMNO. Majoriti kan Melayu. Kita juga perlukan ketua yang prihatin di kalangan Melayu, yg selalu turun padang (tengok & selesaikan masalah rakyat setempat).

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..