Friday, October 12, 2012

Pegawai Kerajaan Mohon Cuti Kepada Ketua Setiausaha Negara


Semua pegawai awam yang hendak ke luar negara atas urusan persendirian mesti mendapat kelulusan Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan Ketua Setiausaha (KSU) kementerian masing-masing, berkuat kuasa 1 Oktober.

Perkara itu dinyatakan menerusi Surat Pekeliling Am bilangan 3 Tahun 2012 yang dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri pada 1 Oktober, selaras dengan usaha menambah baik kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan.

Surat itu yang ditandatangani Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa (gambar) bagi menggantikan Surat Pekeliling Am bertarikh 1 Mac 1984 dan 11 Jun 1986. Menurut pekeliling terkini itu, pegawai terbabit perlu membuat perakuan mematuhi arahan keupayaan kewangan yang mencukupi untuk ke negara yang dilawati.

Selain itu, mereka juga perlu memastikan lawatan tidak dibiayai individu atau syarikat swasta yang boleh menimbulkan syak munasabah bahawa pegawai telah mengutamakan kepentingan peribadinya berbanding tugas awam pegawai atau membiarkan kepentingan peribadinya bercanggah dengan tugas rasmi pegawai.

Bagi pegawai yang sering berulang-alik ke luar negara jiran yang bersempadan dengan Malaysia, permohonan juga perlu dibuat melalui Borang Permohonan Perjalanan Pegawai Awam Ke Luar Negara Atas Urusan Persendirian.

Manakala pegawai yang sedang mengambil Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) di dalam atau luar negara hanya perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada penyelia akademik di pusat pengajian dan memaklumkan kepada Ketua Jabatan dan Ketua Perkhidmatan pegawai awam untuk direkodkan. Mereka juga tidak dibenar mengunjungi mana-mana negara yang dilarang kecuali dengan kelulusan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan.

3 comments:

  1. Amalan yang dilaksanakan sekarang ialah perlu mendapat kelulusan ketua jabatan. Kebiasaannya permohonan akan mengambil masa selama 1 bulan untuk kelulusan.

    Saya melihat peraturan baru ini amat membebankan kakitangan kerajaan. Dalam kes saya misalnya, saya sering ke Singapura dan Indonesia memandangkan 2 anak saya belajar di sana. Sering saya ke sana melawat mereka untuk tempoh singkat selama 2 atau 3 hari setiap bulan atau beberapa bulan sekali. Dan sekarang untuk pergi dari Johor ke Singapura bagi tempoh 2 hari, apakah saya perlu mendapat kelulusan KSU Negara & KSU Kementerian juga? Maka jika saya melawat anak perempuan saya sebulan atau dua bulan sekali, bermakna saya harus memohon setiap bulan atau setiap 2 bulan sekali? Dan jika ini terpaksa saya lakukan, apakah pula jaminan KSU Negara & KSU Kementerian untuk memproses permohonan saya? Jika Ketua Jabatan mengambil masa 1 bulan, berapa bulan pula oleh KSU Negara & KSU Kementerian? Apakah ada jaminan mereka untuk memproses dalam tempoh masa tertentu? Dan jika ada berapa lamakah masa untuk KSU Negara dan KSU Kementerian memproses permohonan untuk ke Singapura selama 2 hari 1 malam?

    Kenapa nak minta cuti pun kena mohon kat KSU Negara untuk uruskan? Dia dah tak de kerja lain ke? Apa dia dah tak percaya lagi dengan semua ketua jabatan ke?

    Peraturan ini sangat tidak praktikal, mengarut, menyusahkan, penuh dengan kerenah birokrasi dan merugikan masa, terutama sekali masa KSU Negara & KSU Kementerian untuk meneliti & memproses surat2 penjawat awam yang berjumlah beribu-ribu.

    Tempohari sudahlah Ketua Pengarah JPA dan kuncu2nya dlm kes skim gaji baru kakitangan awam memalukan PM...yang ni lagi sorang.Baru naik dah nak tunjuk kuasa diktator. Bagus2 kebanyakan pegawai kerajaan mula suka dgn PM...sebab si bahlol KSU Negara yang mcm 'firaun kecil' & 'diktator hitler' ni, kakitangan kerajaan mungkin rasa kecewa...dah tu plak masa dah nak pilihanraya umum ke 13 ni si Malaun ni nak sabotaj Dato Seri Najib...huh

    ReplyDelete
  2. "Tempohari sudahlah Ketua Pengarah JPA dan kuncu2nya dlm kes skim gaji baru kakitangan awam memalukan PM...yang ni lagi sorang.Baru naik dah nak tunjuk kuasa diktator. Bagus2 kebanyakan pegawai kerajaan mula suka dgn PM...sebab si bahlol KSU Negara yang mcm 'firaun kecil' & 'diktator hitler' ni, kakitangan kerajaan mungkin rasa kecewa...dah tu plak masa dah nak pilihanraya umum ke 13 ni si Malaun ni nak sabotaj Dato Seri Najib...huh"

    Aku pelik nih. Yang kau marahkan malaun ni kenapa? Dia dilantik bukannya naik sendiri. Kau marah siapa ni? Kerajaan buat benda tu, tentu ada baiknya. Kalau malaun tu yang ada-adakan, tentu dah ditarik balik. Apa kau ingat PM tak berkuasa kah?

    ReplyDelete
  3. pekeliling ini terguna pakai kepada semua kakitangan kerajaan termasuk guru. nak tanya KSN, apakah kepentingan seorang guru hinggakan ada pihak yang sanggup taja seorang guru untuk keluar negara, atau adakah peluang bagi seorang guru untuk menerima rasuah? yuran sekolah pun perlu diserahkan pada hari yang sama tarikh dengan resit yang dikeluarkan.lainlah kalau mereka yang berpangkat besar seperti tuan KSN.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...