Monday, October 8, 2012

PR Punca Segala Persengketaan Perpaduan Rakyat


Semenjak Pilihanraya Umum 2008, politik negara menjadi semakin tegang antara parti² kerajaan dan pembangkang.

Bermula dari detik itulah juga, rakyat semakin tertekan dengan jenaka politik yang dibawa dan yang pernah dijaja PR sebelum meraih bonus undi yang memeranjatkan. Banyak janji ditabur dan banyak janji tidak ditepati.

Sedar ataupun tidak pakatan haprak sebenarnya menjadi duri dalam daging kepada kerosakan perpaduan rakyat yang telah dikecapi selama lebih 50 tahun Malaysia mengecapi kemerdekaan di bawah pemerintahan kerajaan Persekutuan, Barisan Nasional (BN).

Dengan adanya PAS, agama Islam dipolitikkan dan dengan mudah maruah agama dicampak merata. Adanya PKR pula, perpaduan rakyat Malaysia semakin terhakis dan dengan adanya DAP, rakyat Malaysia semakin biadap dan sesuka hati mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman.

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...