Saturday, October 13, 2012

Seminar PAS Kerjasama Dengan Syiah?


Lihat sendiri bagaimana 'Guru Syiah' Hasan Askari dijemput bersama dalam forum anjuran PAS. Jangan nak kata dia bukan syiah ya! Bagi yang yang nak kenal siapa Hasan Askari boleh tengok video di bawah. 



Latar Belakang Kelahiran Syiah Imamiyyah

Perkataan Syiah dari sudut bahasa bermaksud satu kumpulan atau kelompok manusia (firqah wa jama`ah). Perkataan Syiah apabila disandarkan kepada seseorang, ia akan membawa maksud pengikut dan pembantunya (atba`uh wa ansaruh). Sebagai contoh; “Syiah Ali” bermaksud “pengikut dan penyokong Ali”.

Dari sudut istilah, kata Syiah merupakan satu frasa yang digunakan bagi merujuk kepada salah satu daripada dua mazhab terpenting dalam Islam yang menolak tiga orang Khalifah al-Rasyidin yang awal dan menganggap Sayyidina Ali sebagai

pengganti Nabi Muhammad S.A.W. yang sah. Ia juga merujuk kepada suatu kelompok yang besar dalam kalangan umat Islam yang bersepakat pada mencintai dan mengasihi Sayyidina Ali dan ahli keluarganya dan berpendapat bahawa mereka adalah orang yang paling berhak mewarisi kepimpinan (al-imamah)

Menurut Muhammad Abu Zuhrah, Syiah merupakan sebuah mazhab politik yang paling lama wujud di dalam Islam (aqdam al-madhahib al-siyasiyyah alislamiyyah). Mereka muncul di hujung era pemerintahan Sayyidina Uthman bin Affan dan berkembang pada era pemerintahan Sayyidina Ali bin Abi Talib. Dalam mendefinisikan istilah Syiah, Ibn Hazm telah berpendapat bahawa perkataan Syiah adalah merujuk kepada mereka yang bersepakat dengan golongan Syiah dalam mengatakan bahawa Sayyidina Ali merupakan orang yang paling afdal selepas Rasulullah S.A.W. dan individu yang paling berhak dalam memimpin umat Islam.

Menurut beliau lagi, sesiapa yang tidak sealiran dalam dakwaan tersebut, maka orang tersebut bukanlah daripada kalangan Syiah. Secara umumnya, selain mendakwa bahawa Sayyidina Ali bahawa merupakan seorang sahabat yang paling afdal dalam kalangan para sahabat yang lain, mereka juga turut bersepakat bahawa Sayyidina `Ali adalah merupakan pengganti yang telah dipilih (al-khalifah al-mukhtar) oleh Nabi Muhammad S.A.W. secara nas. Maka, oleh sebab itu, al-Tusi dan alMufid (dua tokoh besar Syiah) telah mengeluarkan sebahagian daripada golongan Syiah al-Zaidiyyah daripada kelompok Syiah kerana mereka tidak mengakui khilafah Ali secara nas.

Ibn Abi al-Hadid, seorang tokoh Syiah yang moderate berpendapat bahawa, terdapat beberapa orang sahabat yang telah bersependapat dengan golongan Syiah dalam melebihkan Sayyidina Ali daripada para sahabat yang lain. Mereka yang dimaksudkan adalah; `Ammar b. Yasir, al-Miqdad b. al-Aswad, Abu Dhar al-Ghiffari, Salman al-Farisi, Jabir b. `Abdullah, Ubay b. Ka`ab, Hudhaifah, Buraidah, Abu Ayyub al-Ansari, Sahl b. Hunaif, `Uthman b. Hunaif, Abu al-Haitham b. al-Tihan, Abu al-Tufail `Amir b. Wailah, al-`Abbas b. `Abd al-Muttalib dan seluruh Bani Hasyim. Menurut Abu Hanifah, asas akidah yang dianuti oleh golongan Syiah secara umum adalah menyesatkan para sahabat radiyallahu `anhum ajma`ien.

Manakala menurut al-Haytami, Syiah al-Rafidah telah mengkafirkan para sahabat disebabkan mereka telah menolak nas pengangkatan Sayyidina Ali sebagai imam. Berpandukan sejarah yang melatari kelahiran golongan ini, sebahagian cendekiawan Barat telah berpendapat bahawa golongan ini lahir disebabkan pengaruh Parsi yang telah menyerap masuk ke dalam Islam menerusi pengislaman orang-orang Parsi pada ketika itu. Ini kerana, orang Parsi berpegang dengan Ibid.

Al-Asy`ari pula telah berpendapat bahawa gelaran “Syi`ah” ini digunakan bagi merujuk kepada kelompok Syi`ah adalah disebabkan mereka mengikut Sayyidina `Ali (اٌعل عواٌشا) dan mengutamakan beliau dalam kalangan para sahabat Rasulullah S.A.W., bahkan mereka turut beriktikad bahawa Sayyidina `Ali telah dilantik menjadi khalifah beradasrkan nas daripada Rasulullah sendiri.

Pegangan bahawa pemerintah adalah berdasarkan salasilah beraja dan kerusi pemerintahan tersebut adalah diwarisi kerana mereka tiada pengetahuan tentang sistem pemilihan khalifah. Maka, berdasarkan pegangan ini, apabila wafatnya Rasulullah S.A.W., maka peribadi yang paling layak menurut mereka untuk menggantikan Rasulullah S.A.W. dalam menguruskan ummah adalah Sayyidina Ali b. Abi Talib disebabkan Rasulullah S.A.W. tidak mempunyai anak lelaki. Sesiapa yang mengambil jawatan tersebut, seperti Sayyidina Abu Bakr, Umar dan Uthman, maka individu tersebut menurut mereka telah merampas jawatan tersebut yang menjadi miliknya. Bagi mereka juga, ketaatan terhadap Imam adalah kewajipan yang terawal. Ini adalah kerana, taat kepada imam turut bermaksud taat kepada Allah

Namun, terdapat juga para ulama‟ yang berpendapat bahawa golongan ini lahir hasil daripada perancangan Yahudi disebabkan usaha yang telah dilakukan oleh `Abdullah b. Saba‟ yang cuba melebihkan Sayyidina Ali daripada sahabat-sahabat yang lain dan mengagung-agungkannya sehingga ke peringkat mempertuhankan Sayyidina Ali.

Abu Zuhrah berpendapat bahawa, golongan Syiah ini telah timbul pada akhir pemerintahan Sayyidina Uthman dan ia semakin berkembang ketika zaman pemerintahan Sayyidina Ali. Hal ini disebabkan, ketika Sayyidina Ali bercampur dengan umat Islam dalam melaksanakan tugas khalifah, kebanyakan para sahabat telah berasa ta`ajjub terhadap kehebatan kepimpinannya dan kelebihan yang Allah kurniakan kepadanya. Maka oleh sebab itu, mereka menyebarkan pemikiran mereka yang ada kalanya melampau dan adakalanya bersifat mu`tadil

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...