Sunday, October 7, 2012

Shamsul Iskandar Cuba Coverline Isu Pemilikan Bas Jelajah Merdeka, Rakyat Dikelentong @Khalid_Ibrahim

Tindakan Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaaan rasuah penganjuran kenduri anak lelaki Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam, minggu lepas.


Pada majlis perkahwinan antara Mohd Ridhwan, 26, dan pasangannya Nur Azieha Mohd Ali, 26, di Dewan Tun Ali Bukit Katil Ahad lalu dikatakan dihadiri oleh kira-kira 130,000 orang. Menurut pegawai Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) SPRM yang membuka kertas siasatan tidak sampai 24 jam laporan dibuat itu,

"Kami sedang menyiasat... berapa banyak wang dibelanjakan dan siapa yang membayarnya. Kami akan teliti satu per satu," 

Sebagai pemerhati, saya merasakan bahawa Shamsul Iskandar sedang cuba mengaburi mata banyak pihak terutamanya rakyat yang sedang menunggu reaksi balas daripada pemimpin-pemimpin PR yang sedang bergelumang dengan skandal rasuah sana sini.

Mengapa bila tercetusnya isu seperti NFC yang dimiliki oleh suami Dato Seri Shahrizat Abd Jalil, begitu lantang sekali PR terpekik setiap masa sehinggakan ada di kalangan orang UMNO sendiri juga terikut-ikut budaya menjatuhkan pemimpin sendiri. Tapi apabila timbulnya isu seperti yang saya akan ceritakan di bawah ini, tiada langsung pemimpin PR berani membuat kenyataan menggesa pemimpin PR itu sendiri memberikan kenyataan telus dan jujur berhubung dakwaan rakyat.

Antaranya isu di negeri Selangor sendiri, Menteri Besar nya masih gagal menjawab persoalan yang diutarakan oleh bloggers berhubung isu pemilikan bas jelajah merdeka rakyat yang tertera muka Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

Menurut Khalid Ibrahim, bas tersebut disewa khas selama 6 bulan menggunakan duit koceknya sendiri dan beberapa hari selepas itu, Khalid mengeluarkan statement lain kononnya bas tersebut disewa beli menggunakan namanya.
Pulak dah..

Meh sini tengok semula apa yang tertera pada lidah rasmi kerajaan negeri Selangor,


Di atas ni kenyataan yang keluar dari mulut Khalid apabila ditanya status pemilikan bas tersebut namun di bawah ini, saya ingin kongsikan apa yang tersirat dan tidak pernah diberitahu oleh Khalid Ibrahim kepada umum.


Seperti dalam artikel saya sebelum ini, saya ingin suarakan perkara yang sama terhadap Khalid Ibrahim ataupun sesiapa saja kuncu-kuncunya yang boleh menjawab persoalan ini.

Mengapa keterangan dalam akhbar tidak sama seperti yang terdapat pada geran bas tersebut?

Saya mengandaikan jika seseorang ingin menyewa sesuatu kenderaan, sudah tentu namanya tidak akan ditukar pada geran kenderaan tersebut kerana ia sudah menyerupai seperti memiliki kenderaan itu atau dalam bahasa sekolahnya, membeli / memiliki kenderaan tersebut secara mutlak.

So seperti yang ditegaskan oleh Ketua Pemuda UMNO Selangor, beliau menggesa Menteri Besarnya supaya kelihatan lebih telus dan rakyat yakin dengan kerajaan Selangor.


Rakyat semakin sedar dan bijak dengan segala kemungkaran dan penipuan yang dilakukan PR sehingga ke hari ini. Mandat yang diberikan rakyat tidak dihargai langsung. Sehari demi sehari, penipuan dan penyelewengan pemimpin PR dibongkarkan.

Namun daripada semua pembongkaran yang dilakukan, tiada satu isu pun yang berjaya dicounter dengan baik oleh PR. Inikah pemimpin yang rakyat mahukan? Perlukah mereka diberikan mandat untuk menyambung 'kontrak' sebagai PEROMPAK hasil negeri?


No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...