Full Width CSS

476 Usul Bakal Dibahaskan Pada #PAU12


Sebanyak 476 usul daripada 191 bahagian UMNO dipersetujui untuk dibahaskan pada Perhimpunan Agung UMNO 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula 27 Nov hingga 1 Dis ini.

Naib Presiden UMNO yang juga Pengerusi Jawatankuasa Usul perhimpunan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pihaknya menerima 521 usul dan 45 daripadanya diterima tanpa bahas manakala tiada usul ditolak.

"Usul-usul yang akan dibentangkan kali ini dipecahkan kepada beberapa bahagian iaitu usul ekonomi yang akan diselaras Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Datuk Dr Awang Adek Hussin, usul agama oleh Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan usul pendidikan serta sosial dikendali oleh Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Post a Comment

0 Comments