Thursday, November 22, 2012

@n_izzah Ditampar Oleh PakCik Jual Ikan


Sudah jatuh ditimpa tangga, itulah yang MyMassa dapat ungkapkan kepada Puan Nurul Izzah, Ahli Parlimen Lembah Pantai, merangkap Naib Presiden PKR. Setelah mengeluarkan kenyataan,



Sudah berkali-kali beliau di'tampar' oleh pelbagai orang dari alim ulamak, bloggers, mak cik beli ikan, sehinggalah pak cik di kedai kopi. Terang dan nyata sokongan yang dibuat oleh Nurul Izzah yang jelas sekali mengalu-alukan orang Melayu untuk bebas memilih agama, dan menyokong agar umat Islam bebas untuk Murtad dan memilih agama lain...

MyMassa rasa ini sudah jelas terbukti bahawa Izzah tegar menyokong pluralisme dan liberalisme di Malaysia, sama seperti bapanya yang menyokong hubungan sejenis dan menyokong kebebasan Lina Joy untuk murtad. Tapi yang amat menghairankan MyMassa kemanakah pergi tokoh-tokoh PAS seperti Hadi Awang, Nik Aziz, yang lantang bersuara akan UMNO itu Murtad, tetapi senyap sepi tidak berani mengatakan atau menegur Nurul Izzah sekeras-kerasnya.

Yang dapat MyMassa lihat yang paling baru semasa persidangan Muktammar PAS ke-58
‘Timbalan Ketua Muslimat’ PAS, Dr. Siti Mariah Mahmud, mengeluarkan kenyataan: 

“Adalah satu tuduhan yang tak masuk akal menuduh seorang muslimah mukminah, yang solat, yang puasa, yang tutup aurat mengajak orang Melayu meninggalkan Islam dan menyokong orang Melayu Murtad."

Mereka jelas mempertahankan bahawa Nurul Izzah tidak bersalah, tidak menyokong ke'murtad'an dan tidak menggalakkan orang Melayu beragama Islam Murtad, kerana pada mereka orang yang bertudung, menutup aurat, beserban, pasti tidak akan mengajak orang melakukan kejahatan, mereka ini tidak akan melakukan dosa, mereka ini pada tanggapan PAS itu sempurna tanpa ragu-ragu lagi.

Tidakkah mereka tahu golongan ini ada antaranya hanya hipokrit, munafik, berlakon dengan tudung dan hijab, memesongkan serta menyesatkan umat Islam yang lain.

Prof Dr Siti Musdah Mulia

Siti Musdah disamping Bapa Islam Liberal Malaysia

Individu diatas berhijab dan menutup aurat, dan seringkali tampil didalam forum serta pentas antarabangsa mengenai isu yang berkaitan dengan Islam. Individu tersebut bernama Dr Siti Musdah.
Didalam satu artikel yang bertajuk "Ada Apa dengan Kebebasan Agama?", Dr Siti Musdah menyebut

“hak kebebasan beragama bersifat mutlak, berada di dalam forum internum yang merupakan wujud dari inner freedom (freedom to be), dan itu termasuk hak non-derogable (tak bisa ditangguhkan pemenuhannya oleh negara dalam keadaan apa pun)”

Walaupun Dr Siti Musdah menutup aurat dan memakai Hijab. Beliau merupakan penyokong kuat pergerakan Islam Liberal. Prof Dr. Siti Musdah Mulia menerima anugerah Wanita AntarabangsaAnugerah Keberanian pada tahun 2007 atas usaha beliau untuk menyokong hak asasi manusiadan liberalisme, mendakwa bahawa Islam menerima kebebasan dalam agama. Artikel terpesong dan menyesatkan ini telah diutarakan di The Jakarta Post bertajuk 'Siti Musdah Mulia: ACourageous Woman'

Wanita yang bertudung menutup aurat ini jugalah yang menyokong LGBT, Lesbian, Gay dan Seksual
lihat sahaja gambar di bawah


Adakah fahaman yang cuba dibawa Nurul Izzah sedikit sebanyak menyerupai pemikiran liberal dan plural Dr Musdah. Dan sedarlah wahai rakyat Malaysia beragama Islam, tidak semestinya mereka yang bertudung, menutup aurat, sopan santun, dan lemah lembut (Nurul Izzah tak lemah lembut ye) ini sentiasa membawa ajaran yang benar. Mereka inilah yang selalu menyesatkan dan cuba memesongkan seperti Nurul Izzah cuba memesongkan akidah orang Melayu beragama Islam dengan mengeluarkan kenyataannya melalui forum itu.

2 comments:

  1. patut laa.. 2x5

    sama2 songsang... semakin parah dah puak2 ni

    ReplyDelete
  2. Tak lama lg bila PR berkuasa...Malaysia akan jd mcm Indonesia..dalam satu keluarga Melayu ada bermacam2 agama..dan boleh hidup campur gaul secara terang-terangan...Negara Bebas yg rakyatnya boleh buat apa sahaja termasuk LGBT

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

BAJU SEA GAMES 2017

BAJU SEA GAMES 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...