Full Width CSS

@RapidKuantan Bakal Menggegarkan 2 Program Berprestij Di Pahang @ShahrilMokhtar @phgkutwtup @NajibRazak

Pada pembentangan Bajet 2013 di Dewan Rakyat, Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak berkata sistem pengangkutan RapidKuantan akan dilancarkan bagi menyediakan perkhidmatan bas yang berkualiti di Kuantan.

Ini sebagai lanjutan dari kejayaan RapidKL dan RapidPenang sebelum ini.

"Perkhidmatan pengangkutan awam yang efisien adalah nadi kepada pembangunan sesebuah komuniti. Syarikat Prasarana Negara Berhad juga dalam proses untuk memperluaskan perkhidmatan ini di bandar lain seperti Ipoh, Seremban, Kuching dan Kota Kinabalu," - Dato Seri Najib Tun Razak


Bertepatan dengan saranan Bajet 2013 tersebut, pelbagai persiapan dilakukan oleh pihak Prasarana agar usaha ini dapat direalisasikan khas untuk warga Kuantan. hari ini telah melancarkan Majlis Pelepasan Bas RapidKuantan di depoh RapidKL, Sentul

Mungkin majlis ini diadakan terlalu awal untuk tempoh rasmi penggunaannya pada 1 Disember 2012 tetapi pada hujung minggu ini RapidKuantan akan membuat kemunculan pertama dengan membawa penumpang & penonton secara percuma ke Konsert Siti Nurhaliza Live In Kuatan, Bukit Gambang Resort dari kawasan sekitar pada hari Jumaat ini.


Selaku penaja utama pengangkutan awam ini, Prasarana berbesar hati membuat kemunculan awal dan pengenalan kepada seluruh penduduk Kuantan terutamanya. Diharapkan dengan langkah ini dapat mempromosikan lagi penggunaan pengangkutan awam sebagai pengangkutan utama penduduk di Kuantan kelak.


Semasa melancarkan Pelepasan Bas RapidKuantan, Pengurus Besar Divisyen Bas Prasarana Zohari Sulaiman berkata, RapidKuantan berbangga menyediakan perkhidmatan bas berkualiti untuk warga Kuantan.

"Kami berbangga menyediakan perkhidmatan bas RapidKuantan kepada penduduk Kuantan dan juga kerjasama dengan dua buah program berprestij di sini" - Zohari Sulaiman.


Ketibaan RapidKuantan di sana juga bakal memeriahkan lagi Pelancaran Program Mampu Milik Jalur Lebar oleh portal berita Pahangku TV News dan Tweet-up Pahang yang bakal berlangsung di Telok Chempedak pada hari Sabtu.

Jangan lepaskan peluang bersama-sama di Kuantan hujung minggu ini.

Post a Comment

0 Comments