Friday, November 9, 2012

#RapidKuantan Pengangkutan Rasmi Konsert @CTNurhaliza11 Di Kuantan


Menyokong penuh anak Pahang dan selebriti tersohor tanahair Dato’ Siti Nurhaliza Taruddin, RapidKuantan, yang secara rasmi hanya memulakan operasi bermula 1 Disember depan, memberikan perkhidmatan lebih awal kepada wargabandar Kuantan dengan menjadi Pengangkutan Rasmi untuk Konsert Dato’ Siti Nurhaliza Live in Kuantan.

Sebagai Pengangkutan Rasmi untuk konsert berkenaan, RapidKuantan akan menyediakan perkhidmatan bas pengantara percuma untuk para penonton konsert, yang akan diadakan di Bukit Gambang Resort City pada 9 November ini.

“Kami akan menyediakan tujuh bas untuk membawa para penonton daripada Stadium Darul Makmur ke Bukit Gambang Resort City dan juga pengangkutan balik ke stadium selepas konsert berkenaan.

“Bas pertama untuk konsert akan berlepas pada 5 petang pada hari berkenaan dan kekerapan bas adalah selama 30 minit. Bas terakhir adalah pada pukul 7 malam,” kata Encik Zohari Sulaiman, Pengarah Kumpulan Divisyen Bas, Syarikat Prasarana Negara Berhad (PRASARANA).

Perkhidmatan bas itu, bagaimanapun, adalah eksklusif untuk para pemegang tiket Dato’ Siti Nurhaliza Live in Kuantan 2012. Kerana itu, orang ramai perlu menunjukkan tiket konsert sebelum dibenarkan masuk dalam bas.


Diterbitkan oleh Siti Nurhaliza Productions dan dianjurkan oleh Creative Stars serta dipersembahkan oleh X-Pax Celcom, konsert berkenaan, yang dijangka dihadiri oleh kira-kira 4,000 peminat Siti Nurhaliza, dijadualkan bermula pada 8 malam dan akan berlangsung selama dua jam.

“Kami di RapidKuantan amat berbangga untuk memberikan perkhidmatan ini dan memberi sokongan kepada pembangunan industri seni tanahair. Prasarana sebenarnya giat dalam usaha menyokong industri tanahair,” tambah Zohari.

Sebelum ini, RapidKL pernah menjadi Pengangkutan Rasmi untuk program TV Pilih Kasih – sebuah program realiti yang disiarkan oleh RTM untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang lakonan.

Diumumkan oleh Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak dalam ucapan Bajet 2013, RapidKuantan akan memulakan operasi daripada depot sementara di Kawasan Perindustrian Semambu dengan kekuatan 32 buah bas.

Selain RapidKuantan, Konsert Siti Nurhaliza Live in Kuantan 2012 turut disokong oleh THR_Gegar (Radio Rasmi); Revive (Isotonik Rasmi); La Bon Fashion (Pakaian Rasmi); Kuantan Parade (Mall Rasmi), Pendragon Auto dan Good World.


No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...