Wednesday, November 14, 2012

Rumah Terbuka PPP Meriah, Pelbagai Kaum Meraikannya @NajibRazak @m_kayveas @chandrakumanan


Seorang OKU menerima Angpau Depavali dari Najib dan diperhatikan oleh Chandrakumanan dan Kayveas

Selepas menghadiri Rumah Terbuka MIC di Batu, Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak sempat singgah di SRJC Peng Ming, Sentul Pasar, Jalan Sentul, Kuala Lumpur.

Najib singgah di sini bukan untuk berteduh kerana hujan lebat tapi singgah untuk menghadiri Rumah Terbuka Deepavali Parti Progresif Penduduk Malaysia (PPP) Wilayah Persekutuan.

Turut mengiringi Perdana Menteri ialah Menteri Wilayah & Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik, Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil, Setiausaha Agung UMNO, YB Tengku Adnan merangkap Setiausaha Agung Barisan Nasional.

Barisan pemimpin yang bersatu

Menurut Pengerusi PPP Datuk Seri Kayveas memberitahu bahawa ini merupakan kali pertama PPP menganjurkan Rumah Terbuka perayaan Deepavali.

"Ulung kali. Biasanya saya (PPP) tidak menganjurkan Deepavali dan perayaan² lain kerana tidak mahu clash dengan parti² lain tapi sokongan daripada rakyat nampak, kita akan buat untuk masa akan datang". - Kayveas

Walaupun dalam hujan lebat, kelihatan orang ramai yang terdiri dari segenap golongan hadir untuk meraikan rumah terbuka tersebut. Najib meluangkan masa kira² sejam untuk majlis tersebut sebelum beredar pada jam 1.30 petang. Sebelum beredar, Najib sempat memberi angpau Deepavali kepada kanak kanak yang hadir dan memotong kek simbolik persefahaman kaum sempena Deepavali.
Dengar cerita, 10,000 orang hadir ke majlis rumah terbuka ini??


Terbaik PPP
Barisan Nasional Bertambah Hebat

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...