Sunday, November 25, 2012

UMNO Bertindak Drastik Demi Kesejahteraan Parti @NajibRazak #BNBagus

Pemecatan dua anggota UMNO Bahagian Semporna, Sabah kerana bersalah mensabotaj parti, melihatkan UMNO begitu komited dah serius untuk memenangi Pilihanraya Umum akan datang dan meneruskan tradisi membela rakyat. 


Barisan Nasional (BN) tidak memerlukan anggota parti yang mensabotaj parti untuk tujuan yang tidak baik dan berkemungkinan boleh menyebabkan BN tersungkur di satu² kawasan tertentu.

Ketua Pemuda UMNO YB Khairy Jamaluddin berkata, beliau melihat ianya isyarat jelas kepada semua anggota bahawa pucuk pimpinan parti sama sekali tidak akan bertolak-ansur dengan perbuatan itu.

Katanya tiada ruang untuk mana-mana anggota yang tidak setia untuk mensabotaj Parti dan itu adalah isyarat kepada anggota parti menjelang pilihan raya umum akan datang.

“Jika didapati bahawa ahli kita terbukti mensabotaj parti atau telah menyokong parti pembangkang dan tidak menyokong calon UMNO atau tidak menyokong dasar UMNO dan BN atau menentang kita kami tidak akan teragak-agak untuk melucutkan keahlian mereka,” katanya

Khairy diminta mengulas pemecatan Haji Ab. Habi Haji Mustapha dan Abdul Majid Haji Palah serta Haji Nisfu Haji Palah yang digantung keahliannya selama tiga tahun mulai 6 Sept 2012 atau satu Penggal Pemilihan.

Mereka didapati bersalah melanggar peruntukan Fasal 20.8 Perlembagaan Umno dibaca dengan Perkara 3 Tataetika Ahli UMNO.

Khairy yang juga Anggota Parlimen Rembau berkata mana-mana anggota yang mensabotaj parti kerana kepentingan tertentu juga perlu diberi pengajaran sewajarnya kerana ia boleh merosakkan parti.

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...