Monday, December 10, 2012

9,000 Sahaja Yang Dikesan Kerajaan, Lagi 291,000 Akan Dibawa Masuk Oleh PR Ker? #1Malaysia #TolakFitnah #MIC66


Dakwaan pembangkang bahawa terdapat 300,000 orang India di negara ini tidak memiliki taraf kewarganegaraan adalah satu pembohongan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Perdana Menteri, menerusi program pendaftaran kewarganegaraan kaum India yang dilaksanakan kerajaan, sekurang-kurangnya 9,000 orang telah dikesan.

"Daripada 9,000 ini, 4,500 kita sudah selesai bagi taraf kerakyatan (menerusi pemberian sijil kelahiran dan MyKad), 2,000 lagi dalam proses.

"Kita buka pendaftaran ini, sesiapa ada masalah boleh tampil ke hadapan dan saya bagi jaminan bahawa sesiapa yang layak mendapat kerakyatan, kita akan proses dan bagi kelulusan tetapi tidak sampai 300,000 orang, dia tipu," katanya ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung MIC Ke-66 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Menurut Najib, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga merendah-rendahkan kebijaksanaan kaum India apabila berjanji bahawa jumlah 300,000 orang tanpa kewarganegaraan itu akan dapat diselesaikan dalam tempoh sebulan selepas pakatan pembangkang mendapat kuasa.

"Dalam masa sebulan hendak selesai bererti bahawa satu hari 10,000 kes dia kena selesaikan, maknanya, dia kena cari 10,000 orang, dia akan proses borang 10,000 orang dan dia kena terima dan beri kelulusan 10,0000 orang, ini jelas merendahkan kebijaksanaan kaum India," katanya.

Menurut Najib, janji pakatan pembangkang adalah janji kosong dan menyifatkannya 'Janji Kampung Buah Pala'.

"Sebelum pilihan raya 2008, masa kempen, dia (Anwar) kata, kalau pakatan menang, dalam masa dua minggu selesai masalah Kampung Buah Pala dan penduduk boleh tinggal di situ selama-lamanya, akhirnya, itu tipu belaka," katanya yang memberitahu masalah itu akhirnya terpaksa juga diselesaikan Barisan Nasional (BN).

Kata beliau, pembangkang juga tidak menitikberatkan kepentingan kaum India kerana dalam tempoh empat tahun ini, sebanyak tujuh buah kuil telah dirobohkan oleh kerajaan pakatan pembangkang termasuk sebuah kuil persendirian di sebuah rumah di Sepang, Selangor.

Najib yang juga Pengerusi BN memberi peringatan bahawa setiap undi kepada pembangkang bermakna menyumbang kepada masa depan negara yang tidak menentu.

"Satu undi pembangkang juga bererti orang India dan masyarakat kita tertipu, janji Kampung Buah Pala akan berlaku lagi, malah pembangkang tiada agenda perubahan besar untuk negara," katanya

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...