Sunday, December 30, 2012

Awas Gelombang Fitnah #1Malaysia #TolakFitnah #TolakPR Malam Ini !! @NajibRazak


Fitnah dan Pembangkang sememangnya tidak boleh dipisahkan lagi. Tambahan pula dengan pergolakan politik semasa tanah air yang mana rakyat dapat melihat bagaimana Pembangkang begitu terdesak menduduki kerusi empuk Putrajaya.

Fitnah sudah menjadi makan dan minum Pembangkang terutama sekali semenjak Pilihanraya Umum 2008.

Sasaran utama fitnah Pembangkang adalah UMNO iaitu parti yang kuat menerajui kerajaan hari ini.

Malam ini, Ustaz Fathul Bari yang merupakan Ulama Muda UMNO (ILMU) akan merungkai persoalan mengenai politik dan fitnah.

Ucapan beliau pada Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini mengenai FITNAH juga telah memberi impak yang terbaik buat UMNO untuk hari ini dan masa akan datang. Pembangkang juga kini merasa tempias kebimbangan akan fitnah yang direka oleh mereka.

Kepada rakyat yang mempunyai kelapangan malam ini terutama dari sekitar Bandar Tun Razak, jom turun beramai-ramai di Jalan Jujur, Taman Mewah untuk mengikuti ceramah umum 'Awas!! Gelombang Fitnah' pada jam 9malam ini.

Jom hebahkan.

Update via My BlackBerry® Smartphone Powered By Barisan Nasional

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...