Thursday, December 20, 2012

CAPEX : @Khalid_Ibrahim Mu Dah Checkmate ! #TolakPR

Kini Khalid tengah menggelabah dan mencari ‘drama’ lain bagi menyalahkan SYABAS ataupun pihak lain diatas kegagalannya dalam membendung isu Air Selangor yang semakin meruncing. Melihat atas dasar sudah terbongkar agenda jahat Pakatan, kini Khalid dalam keadaan mahu mendiamkan diri.

Kerapkali Khalid memberitahu rakyat dan media bahawa pengurangan kadar pengeluaran air tidak terhasil atau ‘Non Revenue Water’ (NRW) adalah tanggungjawab SYABAS dan memberi perspektif seolah-olah SYABAS gagal dalam menjalankan tugas.

Namun begitu, yang hak tetap akan berdiri mengatasi yang bathil. Ternyata kegagalan SYABAS menjalankan tugas adalah kerana kos dimana tanpa kelulusan bagi mendapatkan modal (CAPEX) daripada Kerajaan Negeri Selangor, mereka tidak akan mendapat pinjaman tersebut.

Pembongkaran oleh ADUN Permatang, YB Sulaiman Abdul Razak berkenaan perihal pinjaman yang dibekukan membuatkan Khalid berada dalam posisi ‘Check-Mate’. Bayangkan jika semua perbelanjaan modal kecuali kerja-kerja kritikal telah dibekukan sejak 2009, bagaimana SYABAS nak laksanakan tanggungjawab mereka dengan baik?

Seolah disekat dengan satu agenda yang jahat. Tanpa modal yang cukup, SYABAS tidak mampu untuk menjana usaha menaiktaraf infrastruktur air antaranya mengganti paip lama bagi mengurangkan kadar NRW di negeri Selangor.

Bukan Khalid tidak sedar dengan perkara ini namun ada sesuatu yang disembunyikan. Konsisten dalam menipu rakyat membuatkan Khalid bagai terperangkap dalam perangkap yang dipasang oleh dirinya sendiri.

Dengan menggunakan alasan tidak bijak, Khalid ingat dia dah boleh tutup aib yang telah dibuat bagi memberi persepsi negative kepada SYABAS. Namun akhirnya kini ramai sudah tahu sejak 4 tahun yang lalu SYABAS tidak menerima kelulusan bagi CAPEX dengan alasan Kerajaan Negeri Selangor mahu laksanakan penstrukturan semula industri air di Selangor.

Ada surat yang mengatakan bahawa Kerajaan Negeri Selangor dibawah pimpinan Khalid telah bersetuju untuk membekukan semua CAPEX untuk SYABAS. Difahamkan ia bermula dari 2009 sehingga 2011 dan yang terkini bagi pinjaman CAPEX 2012 sehingga 2014 juga telah dibekukan.

Khalid bekukan CAPEX ibarat menganiya rakyat Selangor. Apa tidaknya, Khalid dulu pernah cakap air yang diperolehi dari pengurangan kadar NRW sebanyak 10% akan menyelamatkan 500 juta liter air sehari. Membongkar Rahsia Krisis Air siapa ni Khalid?


Kalau kau tutup ‘pili air’ SYABAS, macam mana mereka nak ‘minum’? Sedar atau tidak kesan yang diterima oleh rakyat Selangor adalah masalah kemarau kelak dimana air akan menjadi polemik buat semua.

Bukannya Khalid tidak tahu bahawa SYABSAS perlu mengganti paip sepanjang lebih kurang 6000KM sekitar Selangor dan Wilayah Persekutuan. Tanpa kelulusan daripada Kerajaan Selangor, pihak SYABAS Cuma mampu membaiki paip sepanjang 800Km sahaja.

Tidak mahu tidak, kini rakyat Selangor sudah mula merasakan keperitan ketiadaan air setelah gangguan ketiadaan air berlaku dengan kerapnya. Namun begitu Keris masih memuji pihak SYABAS yang berjaya mengekalkan kadar NRW biarpun mendapat kekangan oleh Kerajaan Negeri Selangor yang seperti mensabotaj usaha mereka.

Sebelum CAPEX dibeku, pihak SYABAS Berjaya mengurangkan kadar NRW daripada 42.78% pada 2005 kepada 32.31% pada penghujung 2011 yang masih kekal sehingga kini. Jika modal tidak dibekukan Khalid dan tidak disabotaj, rasanya kadar pengurangan itu akan lebih proaktif. Mengapa Khalid bekukan CAPEX bagi SYABAS?

Untuk jadikan Pakatan Hero apabila keadaan memerlukan? Atau mahu menunjukkan kini siapa yang lebih berkuasa? Atau mahu SYABAS ‘serah diri’ kepada Kerajaan Negeri Selangor supaya mereka boleh jana duit melalui konsesi air?

Kini rakyat telah mula menyatakan kebimbangan kepada masalah air yang dilihat akan menjadi kritikal. Keris juga nak nyatakan bahwa Khalid sememangnya tampak sengaja mahu melengahkan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2.

Dah lah beku CAPEX Syabas, macam mana Syabas nak menambah baik infrastruktur air Selangor? Lepas tu cakap Kerajaan Selangor tolak Projek Langat 2 sebab harga air akan naik 100%. Khalid faham tak yang keputusan nak naikkan tarif air itu berada di tangan kerajaan negeri.

Kalau Khalid sebagai Menteri Besar kata tak naik, maka tak naik lah. Macam konsesi Syabas yang patut naik tarif air pada tahun 2009 dulu, Kerajaan negeri tak beri lampu hijau, jadi tarif air kekal hingga sekarang. Apa yang Khalid cerita ni? Tak habis-habis nak kelirukan rakyat.

Khalid lupa agaknya yang Loji Langat 2 tu dibiayai oleh Kerajaan Pusat.

Dengan pembekuan CAPEX bagi SYABAS serta halangan untuk pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 melalui ‘development order’, mampukah rakyat Selangor menghadapi polemik air yang mendatang?

Inilah konsekuensi yang rakyat Selangor terima apabila mahu ‘cuba-cuba’ kerajaan negeri yang baru. Penderitaan rakyat bukan satu kepentingan buat mereka. Hanya ‘perjalanan politik’ dan menyatakan siapa yang ‘berkuasa’ adalah agenda Pakatan.

Sumber : Keris 7 Lok

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

BAJU SEA GAMES 2017

BAJU SEA GAMES 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...