RapidkL

RapidkL

Monday, December 31, 2012

Masuk PAS Untuk Melepaskan Geram Je

BOHONG lah sekiranya artis² yang masuk ke dalam PAS tu mempunyai agenda lain selain daripada niat kembali ke pangkal jalan.

Dua kesilapan yang terlalu bodoh jika difikir²kan semula.

1- Masuk PAS untuk mencari sinar Islam di dalamnya.
2- Masuk PAS kerana mudah untuk melepaskan geram kepada kerajaan.

Mengapa saya berkata demikian?

Adakah orang-orang di dalam PAS berani katakan bahawa PAS adalah parti Islam sebenar-benarnya? PAS bukan Islam sebaliknya hanyalah sebuah parti yang mengambil kesempatan menggunakan nama Islam padanya.

Perbezaan PAS dan parti lain?
Di dalam PAS, orangnya memakai serban, jubah dan bertudung labuh. Itu saja, selebihnya tetap sama seperti parti lain.

Kita lihat perbezaan yang simple antara PAS dan UMNO.
Pentadbiran PAS di Kelantan & Kedah - Tiada satu pun Masjid didirikan kerajaan negeri PAS. Sebaliknya Madrasah pula yang ingin diroboh di Kedah.
Pentadbiran UMNO - Masjid dibangun seimbang dengan peningkatan penduduk dan dipelihara dengan baik. Tiada campur tangan dalam urusan jawatankuasa Masjid namun tetap dipantau oleh Majlis Agama negeri.

Berbalik pada soal artis melompat ke dalam kandang harimau PAS. Saya ingin bertanyakan soalan.
Siapakah di kalangan artis yang melompat ke dalam PAS, langsung tidak pernah berdiri di atas pentas PAS?
Mengapa naik atas pentas?
Mengapa tidak menggunakan platform media yang lain seperti blog, twitter dan facebook untuk menyatakan pendirian politik?

Kesimpulannya mudah, artis² yang berada di dalam PAS sebenarnya teruja ingin popular dan menggunakan PAS sebagai batu loncatan kepada sesuatu yang lebih baik untuk diri mereka. Lihat bagaimana Abby Abadi selepas bertudung, perangainya tidak menunjukkan peribadi sebagai seorang Muslim yang jauh berubah kepada kebaikan.

Banyak teriakannya menyalahkan dan mengecam kerajaan dalam pelbagai perkara. Mungkin Abby hanya nampak keburukan di dalam UMNO sahaja padahal keburukan yang sebenar, jelas kelihatan dalam PAS.


No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...