Full Width CSS

PAS Ke Palestin Mengejar Syahid Atau Bunuh Diri? #SaveGaza #TolakPR


Kecoh sehari dua ni pasal gambar bendera PAS berada di dalam himpunan Hamas di Palestin baru-baru ini. Perghh hebat PAS ni rupanya tapi perlu diingat, bukan hanya bendera PAS saja yang berkibar di sana tetapi Jalur Gemilang dan bendera Arab Saudi juga turut kelihatan dalam himpunan tersebut.

Para pejuang cyber PR begitu ghairah, bermegah dan berbangga diri apabila bendera PAS dijadikan kayu ukuran penglibatan PAS secara langsung di bumi Palestin. UMNO pula tak pasal-pasal dicemuh kerana dianggap tidak berada langsung di Palestin ketika ini.

Saya dan para pemerhati lain beranggapan tiada apa yang dibanggakan oleh PAS sepatutnya. Jihad PAS membantu rakyat Palestin kerana parti ataupun kerana Allah S.W.T? PAS harus merasa malu dengan diri sendiri kerana mengetepikan bendera Jalur Gemilang dek kala berlangsungnya temasya yang gemilang buat penduduk Palestin.

Barangkali Jalur Gemilang sudah tiada lagi dalam jiwa ahli PAS yang bertaraf warganegara Malaysia, yang menggunakan subsidi kerajaan Malaysia, menyekolahkan anak-anak dengan bantuan penuh kerajaan Malaysia dan mendapat RM 500 dalam skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Mungkin PAS ke Palestin atas dasar solidariti sahaja bukannya membantu rakyat Palestin untuk meneruskan kehidupan mereka.

PAS sungguh memalukan !

Apabila artikel-artikel seperti di atas terpapar di setiap blog pro BN, maka puak-puak penyokong LGBT akan menyalak di dalam Facebook seperti di bawah,


Tu dia jawapan yang cuba diutarakan oleh PAS Johor Bahru.

Pemahaman saya pada status tersebut bermaksud, orang PAS yang ke Palestin hari ini bukanlah semangat solidariti yakni menumpang rasa sedih akan nasib yang menimpa rakyat Palestin dan memberi sokongan semangat kepada mereka tetapi sebaliknya PAS ke sana dengan tujuan untuk mengejarkan Syahid.

Alhamdulillah, murni sungguh perjuangan PAS mengejarkan Syahid.

Tetapi sedarkah PAS bahawasanya jika mengejar kematian Syahid itu seakan-akan membunuh diri sahaja? Fahami maksud saya di sini. PAS ke Palestin tanpa membawa apa-apa bantuan dan kelengkapan untuk dihulurkan pada rakyat Palestin dan untuk diri sendiri berjihad. Tetapi PAS ke Palestin hanya untuk berserah diri untuk dibunuh oleh tentera Israel?


Wow cara terbaru untuk mengejar Syahid ker?

Ketika zaman Rasulullah S.A.W, ramai tentera Islam Syahid di medan perang. Ketika itu, para syuhadah gugur Syahid kerana mempertahankan Islam yang diancam musuh. Mungkin ada persamaannya sekarang ini di Palestin tapi seperti saya katakan tadi pemahaman mengenai status Facebook tersebut memperlihatkan bahawa pemergian ahli PAS ke sana semata-mata hanya mengejar Syahid tanpa perlu memikirkan strategi peperangan dan langkah-langkah lain yang sewaktu dengannya.

Itu mungkin pandangan PAS mengenai easy way yang paling mudah mengejar Syahid dengan cara membunuh diri di Palestin. Namun ini sekadar pandangan dari perspektif saya sebagai pemerhati luar sahaja. Ketentuan Syahidnya seseorang itu adalah urusan Allah S.W.T waima bagaimana caranya sekali pun.


#SaveGaza
#PrayForGaza

Post a Comment

1 Comments

  1. hummm kurang cerdik rupanya penulis blog ni....
    perang Badar tentera Islam hanya menggunakan pelepah tamar, lawan tentera quraisy yg lengkap bersenjata, bunuh diri juga ke?

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..