Monday, December 10, 2012

SUK UMNO WP Antara Sukarelawan Road To Gaza @NajibRazak #SaveGaza


Tentera Israel yang berada di Ezata bersebelahan sempadan Gaza di sini melakukan tembakan amaran ke arah Sukarelawan Misi Solidariti Malaysia 2012. Tembakan amaran itu diikuti dengan 2 buah helikopter Israel berlegar-legar diruang udara di sepanjang sempadan Gaza-Ezata. Kejadian itu berlaku ketika kawasan itu dikunjungi Sukarelawan Malaysia.

Mari kita doakan sahabat-sahabat kita yang menyertai Misi Bantuan Kemanusiaan di Palestin ketika ini.

Sumber yang perolehi dari Setiausaha Kerja UMNO, Wilayah Persekutuan, Saudara Kamaruddin Hassan


Keselamatan mereka sepanjang berada di sana masih terkawal. Malah kesemua mereka yang berada dibarisan hadapan semasa melawat dan berhadapan mangsa serangan Zionist dibekalkan dengan baju kalis peluru.

Presiden KP1M. Dato' Abdul Azeez Abdul Rahim yang mengetuai sessi kedua ke Gaza ini sedar kehadiran anggota Misi bantuan Kemanusiaan dari Malaysia ini tentunya tidak disenangi Israel.

"Kita dari masa ke semasa telah mengingatkan anggota sukarelawan supaya lebih sedar tentang risiko dari pihak zionis ini,"katanya.


Beliau mengulas tindakan Israel yang memberi tembakan amaran terhadap sukarelawan Misi Solidariti Malaysia 2012 berdekatan di Jabaliah kirakira 3.5 kilometer dari Gaza.

Misi tersebut dalam perjalanan menyampaikan dana Aman Palestin bagi pembangunan pertanian yang sebelum ini dirosakkan tentera Israel. Menurutnya semua anggota sukarelawan dan media yang berada dibarisan hadapan telah dibekalkan baju kalis peluru.


Tambahnya, bagaimanapun pihaknya sedar misi bantuan untuk rakyat alestin itu amat tidak disenangi oleh Israel. Katanya anggota misi bantuan Kemanusiaan KP1M itu terdiri daripada 58 peserta termasuk media, belia dan doktor serta paramedik.

Katanya, misi itu akan tetap diteruskan sehingga proses pengagihan makanan dan ubat ubatana selesai sehingga 17 Disember ini. Semoga Allah S.W.T memberkati dan melindungi sukarelawan Malaysia di bumi Palestin.

Video ketika pelancaran Road To Gaza

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...