Wednesday, December 19, 2012

Tak Sempat Kencing Rakyat, Blogger BN Dah Tapau PR #1Malaysia #TolakFitnah #TolakPR #BN4WP @NajibRazak @

Artikel dalam MalaysiaKini (18 Disember) semalam mempersoalkan bekas Pegawai Tinggi Polis miliki beberapa rumah flat kos rendah dan PKR meminta penjelasan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkenaan hal ini.

Tak sempat DBKL jawab, meh kami tolong JAWABKAN.

Perumahan swasta berkurun lamanya

Semakin hari semakin meluat bila meilhat pelbagai PENIPUAN yang tak masuk akal oleh puak-puak Pakatan Rakyat. Malas nak layan pun ada puak-puak Pakatan nie tapi GR harus beritahu perkara yang benar pada pembaca yang budiman.

Hari ini kecoh pulak pencacai PKR nie, mengatakan ada seorang bekas pegawai Polis berpangkat tinggi mempunyai aset rumah lebih dari satu. Masalahnya ada ker bukti pembelian pegawai tinggi Polis terbabit terlibat dalam pembelian rumah tersebut. Jika beliau mampu kenapa tak boleh ker? Dan menyewakan pada golongan yang berpendapatan rendah dengan harga yang lebih murah.


Lokasi yang dimaksudkan oleh pencacai PKR adalah di Taman Miharja. GR pun terpanggil untuk menyatakan perkara sebenar. Dalam perkara ini beberapa penipuan yang ingin GR berikan pandangan yang sebenar.

Pertamanya sekali di kawasan Taman Miharja TIADA sebarang pembinaan rumah kos rendah dibina oleh pihak DBKL. Ia merupakan kawasan perumahan swasta. GR sendiri melihat dengan mata kepala sendiri petang tadi di kawasan Taman Miharja, perumahan di situ bukan Flat PPR. Ianya kawasan perumahan yang dibangunkan oleh perumahan swasta sejak dari lebih 30 tahun dulu.

Kedua, jika mengikut carian yang kononnya dicari pada tahun 1999...sumber dalam GR memberitahu kalau berkaitan dengan sewaan rumah PPR, laporan awal menunjukkan tiada sebarang tawaran dibuat kepada pegawai polis berpangkat tinggi tersebut. Kalau benar bagai dikata, mesti ada pemalsuan dokumen yang dibuat oleh puak Pakatan Haprak nie. GR mohon pihak berkuasa siasat perkara ini segera!!

Ketiganya, dalam hal pembelian rumah yang lebih dari 1 aset memang tidak dapat dikawal sekiranya ianya dibuat secara lelong atau subsales. Kita ambil contoh, kalau seseorang itu kita lihat dari latar belakangnya dia seorang yang mampu...dia membuat pembelian sewa beli ini. Rumah tersebut sudah semestinya menjadi hak milik dia. Dan jika suatu hari nanti beliau ingin menjualnya pada sesiapa saja yang berminat itu adalah mengikut keputusannya sendiri. Betul tak??

Memang lawaklah puak-puak Pakatan nie. Bila kita kata mereka nie BODOH, mereka marah. Tapi memang mereka ni BODOH. Sebenarnya mereka sudah kekeringan isu di Kuala Lumpur ini. Isu yang ingin memfitnah Kerajaan dan tanamkan persepsi buruk pada masyarakat. Manusia yang tak guna otak inilah jadinya. Jika kita lihat setiap permasalahan rakyat di Kuala Lumpur ini pihak Kerajaan sentiasa mengambil berat dan akan menyelesaikan dengan TUNAIKAN janji pada rakyat.

Syabaslah GR ucapkan pada Pakatan Haprak kerana cipta isu yang tak gunakan otak. Akal fikiran kita ni Allah S.W.T ciptakan untuk kita berfikir dengan baik dan waras kerana ianya untuk memberikan idea yang berguna pada semua pihak bukannya untuk menghancurkan sesama masyarakat di Malaysia ni.

P/s: Taman Miharja berada dalam Parlimen Cheras. Ahli Parlimennya pula dari parti perkauman DAP. Langsung tak bantu apa² di Cheras. Rakyat hanya mengharapkan bantuan Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Wira Syed Ali AlHabshi saja.

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...