PM

 photo IMG-20140720-WA0036.jpg

Wednesday, February 29, 2012

[Video] Kantoi Ostat Badrolamin

Apa lah nasibnya. Sudahlah kantoi main dengan bini orang. Sekarang ni video dipukul pula dijaja banyak pihak. Kepada Ostat, saya sangat bersimpati dengan nasib yg menimpa diri Ostat.



Semoga si pelaku mendapat balasan yg setimpal dengan perbuatan memukul Ostat yg disayangi oleh puak Pakatan Haram J


Pintu taubat masih lagi terbuka ya Ostat.

Cerita Mahkamah Khalwat Badrolamin


Dakwaan Badrolamin kononnya dia dipukul oleh samseng seramai 20 orang hanyalah satu pembohongan untuk mengelakkan dia daripada didakwa berkhalwat.


Buktinya apabila JAIP mengambil dan memeraiksa CCTV yang dipasang oleh pihak pengurusan hotel Swiss Garden mendapati tidak ada kelibat 20 orang samseng seperti yang didakwa oleh Badrolamin.

Menurut suami Watiwani dia tidak pernah membawa orang untuk memukul Badrolamin sebaliknya dia merayu agar Badrolamin 'memulangkan' isteri dan anaknya yang berumur 3 tahun supaya dapat dibawa pulang dengan selamat. 

Malangnya rayuannya tidak diendahkan oleh Badrolamin yang 'menyimpan' isteri dan anaknya dalam bilik hotel yang disewanya.Lalu beliau menghubungi pihak penguatkuasan JAIP untuk membuat tindakan lanjut.

Menurut suami Wati yang berumur 28 tahun isteri sengaja membawa anaknya yang berumur 3 tahun bersama ke dalam bilik Badrolamin supaya mengelakkan daripada disyaki berkhalwat.

 


Beliau hadir pada kira-kira pukul 3 petang memberi keterangan kepada pihak JAIP kesal dengan dakwaan Badrolamin kononnya dia menyiksa isterinya, oleh itu isterinya datang berjumpa dengan Badrolamin untuk meminta bantuan.


Dakwaan suami Wati lagi, kenapa harus membuat perjalanan yang sejauh 120km untuk meminta bantuan sedangkan di Rompin mempuanyai tempat untuk dia meminta bantuan.

Saya syak isteri saya mempunyai hubungan sulit dengan Badrolamin sejak 6 bulan yang lepas, sebab itu saya mengekorinya ke Kuantan dan seterusnya ke hotel Swiss Garden.



Ulasan :

1- Dakwaan kononnya salah UMNO, adakah Badrolamin mempunyai bukti kukuh?
2- Diperangkap, benarkah dakwaan Badrolamin?

Kepada pembaca sekalian di luar sana, jangan terpedaya dengan orang² alim dlm Pakatan. Mereka juga mempunyai kepentingan dan juga agenda tersendiri.

P/s: orang² Pakatan ni memang suka lenjan bini orang ya?

Tuesday, February 28, 2012

Allah Maha Besar




Allahuakbar..


Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Badrulamin Bahron mendakwa insiden beliau ditangkap khalwat dengan seorang wanita bersuami pada Sabtu lalu merupakan perangkap terancang yang didalangi Umno.

Malah menurut beliau, suami wanita berkenaan yang dikenali sebagai Faizal turut terlibat dalam usaha menganiaya dan menghancurkan karier politiknya.

"Faizal yang merupakan suami kepada wanita berkenaan dipercayai terlibat dalam rancangan untuk memerangkap saya.

"Malah saya diberitahu oleh bapa wanita itu bahawa seorang pemimpin Umno menghubungi dia bagi mendapatkan nombor telefon bimbit Faizal. Jadi saya percaya semua ini ada pertalian dan hubung kait bagi memerangkap saya" - Badrulamin

Pada Ahad Badrulamin tampil menafikan bahawa beliau ditangkap khalwat bersama seorang wanita berstatus isteri orang oleh Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) pada awal pagi Sabtu di sebuah hotel di Balok.

Malah Badrulamin mendakwa kejadian berkenaan merupakan tindakan terancang pihak tertentu untuk memerangkap dan mengaibkan beliau.

Dalam pada itu ditanya kemungkinan perangkap yang dimaksudnya itu didalangi oleh ahli PKR dan penyokong pembangkang sendiri, Badrulamin menolak perkara berkenaan.

"Saya tak fikir rakan-rakan saya terlibat. Saya yakin dalam perjuangan kami bersama, mereka tidak akan khinati saya," katanya.



P/s: What everlah. In the end of da kes, of kos lah UMNO yg dituduhnya. Kau dah sedap lenjan bini orang pastu buat tuduhan kat orang lain. Subhanallah~


Allah Maha Besar




Meh saya jemput para pembaca sekalian, dengarkan lagu dari kumpulan Ungu yang bertajuk Sesungguhnya.


NOW : Forum Politik Baru Di Sunway

Sekarang sedang berlangsung forum Politik Baru : Antara Kebebasan & Tanggungjawab di Sunway Putra Hotel, Selangor.

Ahli panel terdiri daripada Lokman Adam,Tian Chua (PKR) & Dato Rahman Dahalan.

Lanun Somalia Rampas Kapal

Bagaimana lanun Somalia mendapatkan duit dari taukey kapal.










So ada cita² nak jadi lanun? 

Lynas Oh Lynas



Isu ini timbul semula pada Mac 2011 lanjutan daripada kejadian gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun sehingga menyebabkan kebocoran radiasi di Loji Nuklear Fukushima.  Kononnya kebocoran radiasi yang sama boleh juga timbul dari pelepasan sisa radioaktif oleh kilang Lynas Corporation.

Untuk pengetahuan pembaca sekalian, kilang Lynas bukanlah sebuah kilang nuklear seperti yang ditohmahkan Pakatan Rakyat, kilang Lynas juga tidak sama dengan Asian Rare Earth (ARE) di Bukit Merah, Perak.

Semua ini adalah fakta yang tidak mampu dijawab oleh pihak pembangkang dan kumpulan penentang Lynas yang dinaungi mereka.




Ini adalah beberapa fakta yang diselewengkan oleh Pakatan Rakyat dan kumpulan penentang Lynas untuk pengetahuan semua pembaca agar tidak terkeliru dengan putar belit mereka.

1. Lynas menyebabkan hujan radioaktif

Hujan radioaktif hanya akan berlaku jika pelepasan radionuklid  yang berkepekatan tinggi di udara, sedangkan ini tidak akan berlaku dalam Operasi Lynas kerana Penafsiran Impak Radiasi untuk senario terburuk pun menganggarkan pelepasan sebanyak 0.002mSv/tahun iaitu 500 kali ganda lebih kurang daripada Had Dos Maksimum yang dibenarkan kepada orang awam oleh AELB.   Ini dalam scenario terburuk, dalam senario terburuk, dalam keadaan biasa ia jauh lebih rendah dari itu.

2. Lynas menghasilkan asid yang boleh mencemarkan tanah

Semua proses berkaitan dengan asid dilakukan di atas struktur konkrit yang boleh membendung tumpahan asid jauh dari tanah.

3. Tidak ada kajian radiasi dalaman dilakukan oleh Lynas

Fakta ini juga tidak betul kerana Penafsiran Impak Radiasi disediakan mengikut semua keperluan undang-undang Malaysia dan standard IAEA.  Penafsiran Impak Radiasi adalah satu penilaian risiko terhadap kumpulan sasaran (pekerja dan orang awam) yang telah mengambil kira semua kemungkinan tentang cara atau laluan pendedahan..

4. Operasi Lynas menyebabkan kanser dan kecacatan kepada bayi baru lahir

Pada penulis, dalam banyak-banyak pembohongan, yang ini adalah yang paling jahat sekali.  Unjuran Kementerian Kesihatan pada 2007 menunjukkan kes kanser adalah sebanyak 720 kes bagi setiap juta penduduk.  Walaupun tanpa Lynas, anggaran kanser dan radiasi latar belakang tapak Lynas dibina ialah sebanyak 35 kes per juta penduduk.  Manakala apabila kilang Lynas beroperasi, anggaran kanser kepada orang ramai disebabkan operasi Lynas hanyalah 0.1 kes perjuta orang (Penafsiran Impak Radiasi) {daripada 0.002 mSv/year}

5. Radon dan Thoron dari kilang Lynas boleh bertebaran sejauh beribu-ribu batu dan menyebabkan masalah kesihatan

Sekali lagi, satu pembohongan berniat jahat kerana hasil kajian menunjukkan kadar pendedahan di kawasan pagar Lynas  bagi kedua bahan tersebut adalah jauh lebih kurang dari standard yang ditetapkan AELB (rodon = 0.00002 mSv setahun, thoron = 0.002 mSv/setahun).  Lagipun rodon dan thoron punya jangka hayat yang pendek  dan tidak akan bergerak jauh.  Ini bermakna apabila radionuklid terbentuk ia akan segera berubah menjadi pepejal dan tidak akan tersebar jauh dari kilang.

6. Tiada Tahap radioaktif selamat

Dakwaan ini juga salah.  Radiasi ada dimana-mana (waima menonton television dan menggunakan telefon bimbit).  Beberapa kawasan di Malaysia mempunyai purata paras radiasi lebih tinggi daripada purata radiasi dihasilka oleh Lynas tapi tidak menyebabkan sebarang masalah kesihatan kepada penduduk.

7. Lynas tidak membawa sebarang menafaat kepada Malaysia dan Kuantan

Penulis ketawa membaca dakyah palsu yang ini.  Logiknya mana mungkin pelaburan berbilion ringgit tidak membawa menafaat kepada penduduk dan kawasan terlibat?  Untuk pembinaan saja, semua kontraktor yang digunakan adalah kontraktor tempatan dan bila siap, kilang ini bakal memberi peluang pekerjaan kepada ribuan orang penduduk sekitar Kuantan.

8. Sisa Lynas disimpan secara kekal di tapak kilang

Sisa atau residue ini tidak akan disimpan di tapak kilang walaupun kemudahan simpanan sisa (RSF) telah direkabentuk untuk penyimpanan kekal.  Malaysia sudah mempunyai keupayaan untuk melupuskan sisa merbahaya industri ini sejak 1995 lagi melalui sebuah anak syarikat Kumpulan UEM di Negeri Sembilan.

9. Lynas menghasilkan 32,000 tan sisa setahun dengan kadar thorium sebanyak 0.165% setahun.

Fakta ini jelas mengelirukan seolahnya Lynas menghasilkan 50 tan thorium setahun.  Hakikatnya Lynas tidak sama sekali mengekstrak thorium mahupun memekatkannya. Walaupun jumlah residue adalah besar, kepekatan thorium tetap sama kerana Lynas tidak memekatkan bahan tersebut.

10. Standard China digunakan untuk mengisytiharkan sisa sebagai bahan radioaktif

Ini juga satu pembohongan kerana salah satu sebab produk nadir bumi China menghadapi kesukaran menembusi pasaran EU ialah kerana standard yang diguna pakai tidak memenuhi standard antarabangsa.  Kilang Lynas di Malaysia menggunakan standard Malaysia yang jauh lebih ketat daripada standard ditetapkan oleh badan antarabangsa seperti IAEA.

11. Mengikut undang-undang Australia, sisa perlu dikembalikan ke lombong

Undang-undang seperti ini tiada di Australia kerana undang-undang negara tersebut hanya menghendaki sisa disimpan di tempat simpanan selamat  yang dibina mengikut undang-undang Australia, bukan dikembalikan ke lombong seperti mana dakwaan pembangkang di Malaysia.

Isu yang dimainkan jelas tidak layak untuk dibicarakan oleh mereka yang bukan ahli dan inidiakui sendiri oleh pakar nuklear dari PAS, YB Dr. Che Rosli Che Mat (Hulu Langat).



Lynas Selamat, Isteri Orang Belum Selamat





Dijamin selamat oleh Kerajaan Malaysia.

Yang tak selamatnya orang perempuan yg bergelar ISTERI ORANG.




Awasi isteri kita,
Jangan benarkan mereka taksub kepada seseorang, terutama yang menggunakan Islam sebagai umpan

Monday, February 27, 2012

Menariknya Hujung Minggu Di Kuantan

Corat-coret hujung minggu sepanjang saya berada di Kuantan, Pahang.


3.00 Pagi - 25 Feb 2012


Orang sibuk pelan nak buat demontrasi Lynas, si Badrul Amin pun sibuk bedal isteri orang. Huishhh memang dasar Pakatan Haram Jadah, bini orang juga ditibainya.

Ustaz Badrul Amin kata dia dipedajal oleh orang, sedangkan dia tengah membantu Zatiwani. Alasan orang yg tak sempat nak ratah isteri orang kot


9.00 Malam - 25 Feb 2012


Kami budak² UMNO pi pejabat Ahli Parlimen Kuantan, YB Fuziah Lynas. Saja je nak bertemu mesra dan nak habaq yang kami dah selamat sampai di Kuantan. Malangnya pejabat gelap dan berkunci.

Mungkin berada di Pejabat PKR Pahang kot, ada ceramah.


9.30 Malam - 25 Feb 2012


Ceramah 'motivasi' Anwar Ibrahim dan Chegubard banyak berkisar kepada kebencian mereka terhadap UMNO sahaja. Isu Badrul Amin dan isu dahi Anwar dicalet merah tidak pula diperjelaskan pada umum. Rujuk sini utk video Anwar diTamilkan.


Dari mula hingga akhir, Anwar Ibrahim asyik menyebut nama Sheikh² dari negara Arab yang bersyukur sangat² kerana Anwar dilepaskan dari dakwaan fitnah dan zalim kerajaan UMNO (liwat) dan pak Sheikh² ni doakan Anwar bakal ambil alih Malaysia. Ya lah tu, mana pulak pak Sheikh tu kenai UMNO hahaha.

Anwar & Chegubard je ada, pemimpin Pakatan yang lain hmmm tido kat bilik atau mereka semua pergi Nite Zoo kat Taman Teruntum (berhampiran Teluk Chempedak). Hasil pemerhatian, ribuan rakyat kunjungi Nite Zoo tersebut pada waktu yg sama dengan ceramah ni.


8.00 Pagi - 26 Feb 2012

Kematian Pertama



Dia ni 'mati' dari pukul 8 pagi hingga 12 tengahari. Saya tak sure samada dia dibakar atau dikebumikan selepas tu. Tapi apa yang pasti, dia berjaya mendapat duit dari sumbangan orang ramai yg begitu kasihan melihat lakonan tragiknya.

Kacau Trafik



Akibat terlalu bosan mendengar ceramah dari Anwar Ibrahim, supporter beralih di tepi jalan dan terpekik² sehingga mengganggu lalu lintas.


Edar Risalah 


Mengedarkan risalah yang tiada kena mengena dengan program Himpunan Hijau Dosa. Kempen protes MRT projek di Lembah Klang.


 Secara jelasnya melanggar syarat yang disediakan pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) .Rujuk sini kandungan syarat²nya.

Ambil Kesempatan



Ohhh perkenalan bermula semasa Himpunan Hijau Dosa 2.0 telah membibitkan rasa² cinta. Time ni lah ambil kesempatan, orang ramai tengah berhimpun, baik kita beromen.


Tidak salah rasanya jika himpunan tersebut disifatkan sebagai himpunan dosa berganda². Baca lagi di sini tengok.

Anak Muda Rosak


Chegubard dan geng² nya berulang kali keliling padang MPK sambil memekik ABU, ABU, ABU. ABUtohhh pak hang!! Jelas sekali takda kena mengena dengan Lynas. Mereka hanya melampias nafsu kebencian kepada UMNO saja.


Budak² upahan yg ditemui memberitahu, mereka telah diberikan baju dan dibayar sejumlah wang. Bakinya akan diambil selepas tamat perhimpunan. Baca sini dakwaan tersebut.

Anak Kecil



Anak² kecil terus dibawa untuk dijadikan 'perisai' jika berlaku kekecohan. Tak guna punya mak bapak. Baca lagi di sini

Benda Tersembunyi


Tak sangka pula Himpunan Hijau ni betol² diaplikasi sebaiknya oleh peserta demo. Benda apa tu?


Kata blogger Panglima Perang Cyber, mungkin skuad elite Sniper dari Pakatan hehe.


Dia Baring Dah Pulak


Seperti biasa lah kan, setiap perhimpunan mesti ada yg akan baring di atas jalan raya dan rumput sebagai tanda protes. Tapi 2 gambar ni, saya tak sure mereka protes ataupun tertido mendengar ceramah bosan dari Ambiga dan Anwar Ibrahim.

Mungkin mereka tertido mendengar sajak yg dibacakan oleh A Samad Said. Baca sini.


Mato-Mato


Tak disangka² sepanjang kami membuat pemerhatian, liputan dan kajian di Padang MPK, rupa²nya pergerakan kami diperhatikan dan diikut oleh seseorang yg kami tuduh sebagai mato². Mungkin dia nak berkenalan dengan blogger Kritis Online

Sedangkan Tian Chua begitu teruja terjumpa blogger tersebut, inikan pula mato² hehe.


2.30 Petang - 26 Feb 2012


Bertemu mesra dengan blogger² yang mendokong aspirasi kerajaan UMNO dan Barisan Nasional sebelum pulang membawa cerita masing². Sebelum tu, sempatlah juga mengambil tips² dari blogger Kickdefella yg turut ada.



8.30 Malam - 26 Februari 2012


Hehehe.. 


Lynas : Sudahkah Anda Terima Wang Upah?

Melihatkan kepada jumlah kehadiran peserta demo-tourism semalam. Dianggarkan kurang 5,000 yang hadir dan boleh dikatakan 80% terdiri dari kaum Cina, selebihnya bangsa Melayu dan lain². Begitulah hebatnya penangan gerakan Anti-Lynas yang dibawa oleh Ahli Parlimen Kuantan, YB Fauziah. Hebat².

Rupa² nya ada cerita di sebalik demo-tourism ini, peserta²nya telah dibayar upah oleh pihak penganjur untuk sama² berhimpun dan menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap Kerajaan Negeri dan Persekutuan. Perghhh~


Dari sumber sahabat blogger Keris7Lok, beliau memberitahu ada peserta yang mendapat bayaran dari RM200 hingga RM500 seorang, jika membawa lebih ramai kawan untuk datang sama memberi sokongan pada kumpulan yang memberi nama mereka Hijau Hijau ini.

Busuk punya strategi geng Anti-Lynas ni.

Kepada sesiapa yg hadir dan tidak mendapat apa² ganjaran, sila berhubung dengan pihak penganjur untuk mendapatkan elaun anda.

Tiba-tiba teringat gambar kat bawah ni.


Tepuk dada tanya selera

Ada Perhimpunan, Ada Sajak


Sama ada dipergunakan atau sengaja membiarkan diri diperguna pembangkang, itulah dia A Samad Said.
Di mana saja ada perhimpunan, maka di situlah ada kelibatnya. Menariknya lagi, di situ jugalah dia akan menyajikan sajak-sajak kebencian terhadap kerajaan di hadapan orang ramai.

Terbaru di Kuantan, A Samad Said muncul untuk membacakan sajak dengan penuh rasa kebencian terhadap kerajaan, UMNO dan projek Lynas.

Sambil disahut oleh sorakan ramai, A Samad Said terus tegar menghamburkan kata-kata bersifat penghinaan kepada orang UMNO.

Kadang-kadang terfikir juga, adakah UMNO tidak pernah memberi dia peluang untuk berkarya sehingga diberikan anugerah Datuk?


Peliknya lagi, apa pula dosa kerajaan kepada A Samad Said sebenarnya?

Sunday, February 26, 2012

Adnan Yaakob Akhirnya Bersuara Himpunan Hijau

Rentetan dari Himpunan Hijau di Dataran MPK 4 pagi tadi. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Dr. Adnan Yaakob telah mengeluarkan kenyataan sebentar tadi.


Assalamualaikum W.B.T dan Salam 1 Malaysia.

Himpunan Hijau telah selesai. Ada 3 perkara boleh dilihat jelas di sini. Pertama, proses dan amalan demokrasi sihat di negara ini. Sesiapa sahaja boleh bersuara dan berhimpun asal tidak melanggar undang-undang.

Kedua, pihak berkuasa terutama Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) telah bertindak adil dan penuh profesional mempastikan perhimpunan berjalan lancar.

Ketiga, gerakan Anti Lynas yang berselindung di bawah nama Hijau Hijau nyata tidak laku (tak dapat sambutan). Rakyat tidak percaya dengan Pembangkang yang menabur kata-kata bohong pada setiap masa dan setiap tempat.

Kerajaan Negeri mengalu-alukan demontrasi secara aman ini kerana ia menjana kegiatan ekonomi khususnya untuk pengusaha dan peniaga di Kuantan.

Saya namakan ini Demo-Tourism. Demo-Tourism in patut diteruskan untuk kebaikan bersama.

Salam 1 Malaysia.

Yang benar,
Dato seri Adnan Yaakob
Menteri Besar Pahang.

LYNAS Harus Bertanggungjawab

Belom lagi kilang Lynas dinaikkan dan beroperasi, sudah ada 'mangsa' korban akibat dari kesan sisa 'radioactive' Lynas.

'Mangsa' korban yang pertama ini telah mati seawal jam 8 pagi sehingga 12 tengahari tadi.

Di tepi 'mangsa' turut diletakkan karung untuk orang ramai menghulurkan wang sumbangan kepada si 'mangsa' ini. Hmmm gud bisnes actually.

Nyaris-nyaris Anwar Ibrahim datang ziarah dan sembah pada si mati. Ala macam dalam video Anwar tunduk pada Teoh Beng Hock tu.

Nasib HINDRAF 2007 - 2012

Saya sengaja mengajak para pembaca sekalian menonton video² yg melibatkan HINDRAF sepanjang tahun 2007 hingga 2012.

Pertubuhan haram ni dilihat kadang² menyokong kerajaan kadang² menyokong pembangkang hehe layan je la.


Awal² 2007
- P Uthaya Kumar (hero kononnya tapi haprak)





Awal 2008
- Hindraf Beraya Di PWTC





Dulu² 2009
- Kg Buah Pala





Dulu 2010
-Depan rumah Anwar Ibrahim




Semalam 2011
-Depan Batu Caves



Sekarang 2012
-Dewan Jalan Kebun, Klang




Dah jadi kesian saya tengok HINDRAF ni. Ditolak sana sini serba tak kena je hahahahahaha aduhaiii~ Sekejap kene tipu kat sini, sekejap kene tipu kat sana hahahaha tapi yang pasti INI BUKAN SALAH UMNO hehe.


Video Bonus

NOW : Himpunan Green Tolak Lynas, Kuantan

Pemimpin Pakatan masih gagal untuk munculkan diri di sini. Rakyat terus dibiarkan berpeluh di bawah terik panas matahari tanpa ada arah tuju.

Yang kedengaran hanyalah pekikan dan laungan anti-Lynas oleh beberapa kelompok kumpulan.

Cacian Terhadap UMNO Jadi Menu Ceramah Anwar Di Kuantan

Malam ini sebilangan warga Kuantan dijamu dengan penipuan dan propaganda busuk Anwar Ibrahim mencaci kepimpinan kerajaan UMNO / Barisan Nasional.

Anggaran kehadiran kurang 1000 orang dan rata-rata merupakan ahli PAS saja namun orang PKR tak nampak pulak.

Dah la penyokong PKR takda, si Ahli Parlimennya, Pauziah Lynas dan kepimpinan Pakatan yg lain tidak nampak muka di sana.

Dalam ceramah yang dimulakan oleh Chegubard. Si 'org pandai' ini menggesa rakyat Kuantan tidak memberi undi percuma kepada BN kerana rakyat dikatakan terlalu 'menderita' di bawah UMNO. Kerajaan hari ini dikatakan terlalu zalim membiarkan rakyat terus dihimpit oleh pelbagai perkara yang dikatakan menyusahkan rakyat. Kat celah mane rakyat teraniaya pun taktau lah.

Majlis disusuli dengan ceramah 'motivasi' bertaraf dunia disampaikan oleh Anwar Ibrahim. Memulakan ucapannya, Anwar begitu kesal dgn media alat perkakas UMNO seperti TV3 dan Utusan yang tidak memberinya ruang menjawab tuduhan berkenaan isu Israel, hehe kesiannya.

Anwar turut bercerita dengan umum berkenaan perjumpaannya dengan ulamak sheikh sana sheikh sini. Rata-rata ulamak dan pemimpin tersohor yang ditemui Anwar melahirkan kagum dengan Anwar yg kononnya dianiaya selama 3 tahun oleh kerajaan zalim BN dan sekarang didapati tidak bersalah atas tuduhan meliwat. Mungkin hukuman dunia, boleh terlepas. Hukuman akhirat, Allah saja yang tahu.

Di Tunisia, katanya Anwar diberi peluang utk jawab segala tohmahan UMNO di hadapan separuh menteri kabinet dan di hadapan kesemua ahli parlimen negara tersebut.

Seperti biasa, Anwar berkata kesemua pemimpin yang ditemui telah dan akan mendoakan Anwar Ibrahim menerajui negara.

Saturday, February 25, 2012

Giliran Bekas Perajurit Pula Amuk

Dulu Mat Sabu dibenci Persatuan Bekas Perajurit Negara. Hari ni giliran Anwar Ibrahim pula terus diminta untuk dibenci oleh Bekas-bekas Perajurit Negara.

Inilah akibatnya apabila seorang pemimpin pembangkang tanpa segan silu dan dengan berani menyuarakan rasa 'kasih' terhadap Israel.


#LAMBAI - Lagi Anak Muda Benci Anwar Ibrahim

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...