RapidkL

RapidkL

Friday, August 31, 2012

Selangor Sisihkan Sultan Pada Sambutan Merdeka Peringkat Negeri



DUA anggota Angkatan Tentera Malaysia memeriksa peralatan pancaragam ketika keluar dari sebuah hotel selepas menarik diri daripada menyertai istiadat perbarisan sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri Selangor di Shah Alam, semalam.

Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 peringkat negeri Selangor tercemar apabila Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor membelakangkan peranan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Tidak seperti tradisi sebagaimana dilakukan termasuk tahun lalu, pada tahun ini Sultan Selangor langsung tidak dimaklumkan serta dijemput menghadiri majlis sambutan itu yang berlangsung di Dataran Kemerdekaan di sini malam ini.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani yang mengesahkan perkara itu berkata, sehingga petang ini, baginda tidak dimaklumkan secara rasmi oleh kerajaan negeri mengenai sambutan berkenaan yang dihadiri Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta barisan Exconya.

*dah dapat agak yang niat sebenar pakatan adalah untuk membina sebuah negara republik mengikt acuan negara Singapore. Bendera sudah siap direka khas dan calon perdana menteri bukan Melayu juga telah diumumkan kepada pucuk pimpinan DAP. Adakah kita hanya mahu memandang dgn bangga? Fikirkan.

Sumber : Jawa Bernam

#JanjiBersih Bendera Republik? Bertambah Stress Indonesia Terhadap Malaysia Nanti #Merdeka55


Inilah jadinya apabila menjadikan seorang manusia yang mahu menyamaratakan Islam dengan agama lain sebagai idola. Sampaikan pak lebai-pak lebai Pas yang tak pernah turun sambut malam Merdeka pun boleh terkinja-kinja macam beruk.

Kemudian sambut merdeka dengan bawa agenda republik (bughah) dan mempersendakan pemimpin. Bukan nampak macam budak tidak cukup akalkah macam ini?!! Inikah gaya demokrasi yang mahu ditegakkan oleh syaitan kuning Bersih?!!

Cakap banyak pun tak guna. Pembaca nilaikanlah sendiri apakah ini kaedah mensyukuri kebebasan yang diredhai Allah SWT. Tak sabar hendak dengar fatwa N.Ajis n co berhubung sambutan dengan cara menyerupai orang hilang akal ini.

Malaysia Tanah Tumpahnya Darahku #Merdeka55



MALAYSIA telah mencipta sejarah kegemilangannya selama 55 tahun... 
Malam ini 
(31 Ogos 2012) 
kita cuba cipta satu lagi sejarah dalam masa 1 jam 
bermula 
8.15 hingga 9.15 malam. 
catatkan hastag twitter 


---> #Merdeka55 <--- 


sebagai hastag terbanyak dihasilkan dalam masa satu jam! 
bukan saja akan tercatat dalam Malaysia Book Of Records, 
malah mungkin World Book Of Records. 
Jangan lupa malam esok siap sedia untuk tweet 


#Merdeka55



Seperti Biasa #JanjiBersih Sudah Mula Tersasar Dari Matlamat Asal #Merdeka55

Apa ni penganjur #JanjiBersih sudah gagal mengawal crowd yang ramai sekarang ini. Pemerhatian saya mendapati penganjur sudah lari jauh dari matlamat asal iaitu mendengar dendangan puisi A Samad Said.

Mana perginya pula tuntutan yang diwar²kan semasa sidang media tempoh hari.

Penganjur berkata mereka menuntut Kedaulatan Undang-Undang. Diperincikan lagi seperti yang terdapat pada lampiran yang diberikan kepada media iaitu,

a) mendukung hak sivil dan kebebasan bersuara
b) memansuhkan akta zalim
c) kebebasan media

Seterusnya seperti biasa, mereka menuntut pilihanraya yang adil untuk rakyat.

Lihat video di bawah yang diambil oleh blogger YY.

SELAMAT HARI #MERDEKA55 MALAYSIA !!



Jadilah rakyat yang matang dan jangan jadi rakyat yang merosakkan keharmonian bangsa dan keamanan negara.

Hayati 5 prinsip Rukun Negara yang wajib diamalkan oleh setiap warganegara Malaysia.


Thursday, August 30, 2012

Kaum Yang Tidak Mampu Menghayati Semangat Kemerdekaan #Merdeka55 #janjibersih









































Perghhhh ramai gila orang malam ni di Dataran Merdeka berhimpun untuk himpunan #JanjiBersih.

Kebanyakkan malam ni semuanya terdiri dari 1 kaum saja iaitu Cina. Saya pun tak paham apa yang dorang mahukan malam ni. Siap buat persembahan tarian naga di sepanjang jalan menuju ke Dataran Merdeka.

Motifnya tak tau mengapa. Samada mahu menyambut Hari Merdeka ataupun suka berhimpun beramai-ramai pakai baju berwarna kuning.

Anggaran kasar saya mendapati ada sekitar 1000 orang je dari pelbagai lokasi.


Update via My BlackBerry® Smartphone Powered By Barisan Nasional

Budak-Budak Hilang Akal Nak Tukar Jalur Gemilang #Merdeka55 #janjidemokrasi #janjibersih


Apa kejadahnya budak² hamlau ni teruja nak tukar Jalur Gemilang kepada bendera berwarna MERAH, PUTIH dan KUNING saja.

Ke mana hilangnya warna BIRU yang melambangkan PERPADUAN kaum di negara ini. Adakah ini salah satu agenda bangsat yang dibawa oleh DAP. Sengaja membuang warna PERPADUAN tersebut agar maksud perpaduan tidak perlukan bagi negara ini untuk terus berjaya?

DAP bangsat !


Update via My BlackBerry® Smartphone Powered By Barisan Nasional

Blogger Pencacai PR Semakin Terdesak Menyalahkan @PDRMsia Di Dataran #Merdeka55 #JanjiBersih


Media Pakatan haram jadah cuba menipu dan menyalahkan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) kerana menutup laluan berhampiran pentas utama untuk Sambutan Kemerdekaan esok hari.

Artikel ini telah diTweet oleh Pencacai SeMalaysia.


Jelas gambar yang dipaparkan pada artikel di atas sebenarnya gambar yang dirakam pada malam sebelum Bersih 3 yang lepas.

Di sini saya tunjukkan gambar yang sebenar di sekitar Dataran Merdeka.


Hah jawab ! Jawab !!

Blogger Pencacai SeMalaysia jangan main bangsat sebarkan cerita tidak benar !!


Kerajaan Selangor Kerah Penjawat Awam Berdemo Malam Ambang #Merdeka55 #JanjiBersih


Hebat juga kerajaan negeri Selangor yang mengeluarkan surat pekeliling meminta setiap jabatan kerajaan negeri menghantar sekurang-kurangnya 50 orang wakil ke perhimpunan ambang Merdeka di Dataran Shah Alam malam ni.

Untuk info, pengisian program malam ambang Merdeka ini dipenuhi dengan ceramah-ceramah 'motivasi' daripada Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncunya. Ini merupakan program pertama dalam Jelajah Merdeka Rakyat jahanam jadinya.

Itu saja pengisian dan yang Khalid Ibrahim mampu buat untuk rakyat negeri Selangor. Saya terlalu kasihan melihat penjawat awam di Selangor yang tertekan kerana terpaksa mengikut rentak tarian dan nafsu Anwar Ibrahim.


Malam ini juga, Anwar Ibrahim akan membuat show off kali pertama dengan bas dua tingkat serbagunanya.

Hebat bukan?

Lagi bertambah hebat apabila bas tersebut katanya ditaja oleh kerajaan Selangor kepada Anwar Ibrahim yang merupakan Penasihat Kerajaan Negeri Selangor. Wahhhhhh gila mantap ar Anwar boleh dapat macam-macam daripada kerajaan negeri ini walaupun merupakan Ahli Parlimen negeri Pulau Pinang.

Baca lagi di sini berkenaan bas milik Anwar Ibrahim.

Awesome BAS Anwar Ibrahim Ni #Merdeka55


Wow hebat gila tengok gambar yang diterima daripada seorang followers blog saya mengenai bas Jelajah Merdeka Rakyat milik PKR yang baru tiba di hadapan Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang 'takda' duit tu.

Gila ganas PKR sekarang ni. Dalam ceramah² Anwar bercerita tentang rasuah orang itu, orang ini dan juga kebutuhan PKR dan PR marhein tidak mempunyai sumber kewangan yang hebat, dalam diam tiba² muncul sebijik bas Jelajah PKR Merdeka Rakyat milik PKR.


Perghhh hebat !!!

Mengapa hebat lagi saya katakan? 
Kerana tertera sebijik muka Ketua Porno Negara, Anwar Ibrahim di dada bas tersebut. 

Jika ianya sebuah bas untuk PR, sudah pasti muka 3 bendul akan terdapat di dada bas tersebut. Maka ini menunjuk kata PKR sendiri secara jelas mementingkan diri sendiri untuk menjelajah ke serata negara mengaut sokongan rakyat terhadap mereka saja.

DAP dan PAS, naik bas ekspress je la nampaknya nanti.


Anwar Ibrahim menggunakan pendekatan yang sama seperti Erdogan di Turky yang memulakan kempen pilihanraya menggunakan bas untuk menjelajah ke segenap rantau Turky.


PERSOALANNYA : Bagaimana Anwar Ibrahim mendapatkan dana untuk sebuah bas tour ini untuk tujuan politik sedangkan Anwar Ibrahim kerap kali mengutarakan tentang kedaifan parti PKR dan sekutunya akibat  politik kotor BN katanya.

Dana Yahudi ker dana negeri Selangor??

#Merdeka55 Bakal Pecah Rekod Dunia & Berbaloi Menang Cabutan Bertuah Proton Preve @NajibRazak

Para pengguna twitter di Malaysia bakal mencipta rekod dunia melalui Perhimpunan Jelajah Janji Ditepati sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-55 pada 31 Ogos ini.

 

Kempen anjuran Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan yang bertujuan mempromosikan penggunaan twitter di kalangan rakyat Malaysia serta mengumpulkan 10,000 pengguna twitter bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Stadium Nasional Bukit Jalil jumaat ini bakal dicatatkan sebagai 'Perhimpunan Pengguna Twitter Terbesar Dunia' dan 'Tweets Terbanyak Dalam Masa 1 Jam' dalam Malaysia Book of Records.

Artis-artis popular tanahair seperti Fizo Omar, Lisa Surihani, Elfira Loy, Mia Sara Nasuha, Remy Ishak, Iqram Dinzly, Kamal Adli, Intan Ladyana, Adi Putra, Scha Al Yahya, Awal Ashaari, Kenchana Devi, Yana Samsudin, Amber Chia, Shaheizy Sam, Johan Asari dan ramai lagi akan turut serta bersama pengguna twitter untuk menulis tweet sempena hari merdeka.

Para pengguna twitter yang menyertai kempen 'tweet #Merdeka55' ini turut berpeluang memenangi hadiah utama cabutan bertuah iaitu sebuah Proton Preve serta pelbagai hadiah menarik menghantar satu 'tweet' berasaskan patrotik dan kemerdekaan ke akaun twitter milik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (@NajibRazak).

Selain itu, pihak RapidKL turut bersama menjayakan sambutan kemerdekaan dengan memberikan perkhidmatan LRT secara percuma serta dilanjutkan waktu operasi selama dua malam berturut-turut bermula khamis ini bagi membolehkan warga kota menuju ke Bukit Jalil bagi meraikan kemeriahan sambutan pada 31 Ogos ini.

Ingin tahu lebih lanjut bagaimana menyertainya, klik sini.

Siapa Hantu Pengacau Keamanan Ambang #Merdeka55 #JanjiBersih

Selama 54 tahun Malaysia mengecapi kemerdekaan dalam keadaan aman dan tenteram. Namun situasinya mungkin sedikit berbeza untuk sambutan ke 55 tahun Kemerdekaan Malaysia malam ini. Mana kan tidak, ada pulak sekumpulan monyet² yang begitu megah sekali membuat perhimpunan yang kononnya AMAN dan BERSIH pada malam ambang Merdeka ini. 

Mungkin kerana tidak puas hati dengan BERSIH 3.0 yang telah GAGAL dan sungguh memalukan sekali, maka puak-puak Pakatan Rakyat bertekad ingin berhimpun dan berdemonstrasi lagi di ambang Merdeka.  

Perhimpunan atau demonstrasi yang dipanggil 'Janji Demokrasi' ini kononnya dianjurkan oleh 47 NGO yang merujuk kepada diri mereka sebagai Gabungan Janji.  Walaubagaimanapun, semua rakyat sedia maklum bahawa dalang di belakang demonstrasi ini adalah Pakatan Rakyat.  

Tujuan mereka tidak lain tidak bukan sekadar ingin mencipta keadaan yang tidak tenang di samping mengganggu serta menghalang rakyat menghayati kemerdekaan.  Selain itu, ia juga adalah bertujuan untuk mengaburi tema Hari Kebangsaan yang amat menggusarkan PR, iaitu '55 Tahun Janji DiTepati'.  

Nampaknya penganjuran demonstrasi kali ini tidak lagi diketuai oleh Ambiga, yang telah mengaku kalah setelah tidak mampu menghadapi kesukaran untuk keluar masuk ke rumah sendiri akibat tindakan segelintir peniaga yang kerugian dalam BERSIH 3.0 membuka 'pasar malam' di hadapan rumahnya.  

Ia juga tidak akan diketuai oleh A.Samad Said, sasterawan bingung yang hidup dalam dunia khayalan konon beliau seharusnya disanjung dan dijulang bak negarawan terbilang.  

Tetapi, kali ini demonstrasi akan diketuai oleh Marina Chin Abdullah dan Hishamudin Rais.  Seperti yang dijangka, kedua-dua mereka juga berjanji tidak akan membuat huru-hara.

Namun, rakyat bukannya bodoh seperti yang mereka harapkan. Rakyat tidak pernah lupa bahawa janji yang sama telah dilafazkan sebelum BERSIH 3.0 tetapi apa yang berlaku ialah kecederaan parah dan kemusnahan harta benda awam.  

Kononnya, himpunan Janji Demokrasi ini hanya akan turut menyambut hari kemerdekaan, cuma bezanya, mereka akan memakai baju kuning sebagai tanda menyokong tuntutan agar kerajaan melunaskan janji ke arah kerajaan demokratik berprinsipkan keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang dengan mendukung hak sivil dan kebebasan bersuara, mansuhkan akta zalim dan kebebasan media serta pilihan raya yang adil dan bersih.

Soalnya, apakah asas untuk kita mempercayai manusia seperti Hishamudin Rais dan Marina Chin, perkakas kepada PR sedangkan PR itu amat sinonim dengan tidak menepati janji?  Jika tidak, kenapa mereka begitu fobia dengan tema Hari Kebangsaan tahun ini?

Marina Chin sebelum ini terlibat dalam BERSIH 2.0 di mana para peserta demonstrasi telah dengan sengaja mengingkari arahan polis untuk bersurai.   Beliau juga adalah pendokong perjuangan menuntut hak LGBT.    Hishamudin Rais pula tidak perlulah diulas lagi kerana telah diketahui umum bahawa 'memberontak' adalah hobinya.  Jadi, elok beliau diabaikan saja.  

Namun begitu, kalau pun kita boleh mempercayai Marina bahawa segalanya akan berjalan dengan aman, kita ingin bertanya beliau demokrasi yang bagaimana yang beliau tuntut?   Dengan menjadi alat kepada PR, Marina tidak layak bercakap mengenai demokrasi.  

Parti-parti di dalam PR semuanya mempunyai masalah yang kronik berhubung demokrasi dan hak kebebasan bersuara.  Pemilihan parti PKR misalnya, penuh dengan tipu muslihat, manipulasi, pergaduhan, malah kronisme yang nyata.  

Parti DAP pula ditunjangi oleh Setiausaha Agung yang sombong, angkuh, kukubesi, chauvinis lagi rasis.  Dan seperti juga PKR, kronisme dalam DAP juga amat nyata dan tidak mampu disangkal oleh sesiapa.  

Oleh kerana tiadanya demokrasi sebenar dalam PKR dan DAP maka saban tahun, ada saja pemimpin-pemimpin mereka yang keluar parti dan seringkali memilih untuk menjadi BEBAS serta mesra BN.  

Parti PAS juga tidak ketinggalan di mana sesiapa sahaja yang berani meletakkan agama lebih tinggi dari politik, akan dicantas, dihina dan difitnah semahu-mahunya.  

Ketiga-tiga parti ini juga terkenal dengan memboikot media apabila saja dikritik atau terkantoi sendiri.  

Inikah puak-puak yang Marina wakili untuk bercakap tentang Janji Demokrasi, hak kebebasan media atau keadilan?  

Sekiranya PR bijak, mereka pasti sedar bahawa di kala Pilihanraya semakin hampir mereka seharusnya menumpukan seluruh tenaga dan fikiran mereka untuk menunaikan janji-janji yang belum mereka tepati di negeri-negeri yang diperintah mereka, dan bukannya sibuk berdemo, menuntut janji atau membuat janji baru.  

Memilih untuk menjadi hantu polong membantutkan semangat kemerdekaan serta mengganggu ketenteraman di malam keramat adalah satu tindakan yang amat tidak bijak dan tidak bertanggungjawab bagi PR dan juga Marina, khasnya.  Tidakkah mereka belajar dari kesilapan dari BERSIH 3.0 di mana semakin ramai yang meragui atau semakin muak dan jelak dengan PR apabila ia berakhir?

Kita percaya, selepas Janji Demokrasi, nama Marina juga pasti akan dicemuh dan disumpah sepertimana yang dialami Ambiga kerana mencemarkan kesucian kemerdekaan.  

Wednesday, August 29, 2012

Berapa Ramai Menteri Sanggup Menari #Merdeka55

Adakah Menteri Kabinet hari ini hebat menari poco-poco dan berapa ramai antara mereka yang HEBAT menguasai tarian tersebut.

Saya rasa mulai saat ini, Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak sudah boleh mentransformasikan daripada tarian poco-poco kepada tarian Oppa Gangnam Style.

Seperti yang disarankan oleh Presiden MCA, Chua Soi Lek mungkin boleh dicuba dahulu dan lihat keberkesanannya sama ada ramai Menteri urut dada atau tidak hehe..

Mungkin ramai yang menyedarinya akan trend terkini yang menjadikan tarian Oppa Gangnam Style.

Kalo rajin, cuba pi search dalam youtube dan anda pasti akan menyukai klip video nya.

Hehehe..
Update via My BlackBerry® Smartphone Powered By Barisan Nasional

Tuesday, August 28, 2012

Siaran Akhbar Perkhidmatan LRT Free !! #Merdeka55

Selasa, 28 Ogos 2012

Perkhidmatan LRT dilanjutkan bersempena sambutan Hari Kemerdekaan

Bersempena Hari Kemerdekaan ke 55 pada Jumaat ini, RapidKL, pengendali perkhidmatan LRT dan monorel di Lembah Klang, akan melanjutkan operasi untuk dua malam berturut-turut mulai Khamis ini bagi memberi kemudahan kepada wargakota meraikan kemeriahan sambutan hari bersejarah itu.

RapidKL juga akan memberikan perkhidmatan LRT dan monorel percuma kepada para peserta yang bertugas dan orang ramai yang menghadiri acara 'Perhimpunan 55 Tahun Merdeka, Janji Ditepati' yang akan diadakan di Kompleks Stadium Nasional Bukit Jalil pada Jumaat ini.

"Seperti jutaan rakyat Malaysia lain, kami di RapidKL turut berbangga dengan kejayaan negara meraikan Hari Kemerdekaan yang ke 55 tahun ini. Ini adalah sebahagian daripada sumbangan kami kepada negara bagi meraikan hari bersejarah ini," kata jurucakap RapidKL, Puan Masnizam Hisham dalam satu kenyataan hari ini.

Bersempena dengan sambutan Ambang Merdeka pada 30 Ogos ini, perkhidmatan LRT di stesen terpilih dan semua stesen monorel akan dilanjutkan sehingga jam 1.00 pagi keesokan harinya. Stesen LRT Ampang yang terlibat adalah Bandaraya, Masjid Jamek, Hang Tuah dan Titiwangsa. Sementara Stesen LRT Kelana Jaya adalah KL Sentral, KLCC, Masjid Jamek dan Dang Wangi. 

"Stesen-stesen lain akan tutup mengikut jadual biasa. Bagaimanapun, tren akan berhenti untuk menurunkan penumpang dan mereka ada akses untuk keluar stesen. Kami menjangkakan ramai wargakota akan turun ke Dataran Merdeka untuk sambutan Ambang Merdeka.

"Kami juga difahamkan terdapat banyak acara-acara sambutan lain di sekitar bandaraya termasuk sambutan besar-besaran di KLCC yang menghidangkan persembahan artis-artis hebat dan pertunjukan bunga api sempena Ambang Merdeka.

"Berdasarkan kepada pengalaman, kami menjangkakan jumlah penumpang yang besar. Jadi, nasihat saya kepada para penumpang adalah supaya mereka menggunakan Kad MyRapid supaya mereka tidak perlu beratur di mesin-mesin jualan tiket," kata Masnizam.

Untuk operasi pada 31 Ogos bersempena Perhimpunan 55 Tahun Merdeka, Janji Ditepati, beliau berkata operasi LRT akan dilanjutkan sehingga 1 pagi untuk Stesen Bukit Jalil, manakala stesen-stesen LRT dan monorel lain dibuka untuk para penumpang keluar sahaja. Sehubungan dengan itu juga, masa terakhir perlepasan bas RapidKL  di stesen-stesen terlibat adalah jam 1.30 pagi. 

Selain amanat Perdana Menteri, acara berkenaan akan turut menghidangkan persembahan artis remaja tanah air, seni mempertahankan diri, penganugerahan sijil Pencapaian Cemerlang kepada 10 ikon generasi muda, flashmob, cabutan bertuah dan pertunjukan bunga api.

"Kita akan memantau keperluan tren untuk membawa pulang pengunjung dan sekiranya perlu, operasi ini akan dilanjutkan," katanya.

Untuk perkhidmatan percuma ke Bukit Jalil pada hari Jumaat, Masnizam berkata orang ramai boleh mendapatkan token-token khas untuk perjalanan percuma pergi ke Bukit Jalil  mulai pukul 4.00 petang yang akan disediakan di semua stesen-stesen LRT dan monorel.

"Token-token ini diprogramkan khas dan hanya membenarkan para penumpang keluar di stesen LRT Bukit Jalil. Mereka yang inginkan token ini perlu mengambil sendiri di kaunter-kaunter tiket di stesen-stesen LRT dan monorel pada hari Jumaat.

"Untuk pulang, mereka perlu mengambil token pulang di Stesen LRT Bukit Jalil. Kita akan mempunyai notis-notis khas untuk membantu penumpang dan para petugas di semua stesen," tambah beliau.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus Hal Ehwal Media Azhar Ghazali di 019-3837865.


Ulasan :

ALHAMDULILLAH
Kerajaan Prihatin, Kerajaan Dipilih.

Update via My BlackBerry® Smartphone Powered By Barisan Nasional

Prasarana Launched RM 2 Billion Sukuk



Malaysian state-owned public transport operator Syarikat Prasarana Negara Bhd has opened books on its dual-tranche 2 billion ringgit sukuk Murabahah on Tuesday, according to IFR Asia.

The issue is already 100 per cent oversubscribed and pricing is expected to be finalided at the end of the day, said IFR. CIMB Group Holdings Bhd is managing the 1 billion 15-year Malaysian ringgit portion, while Kenanga Investment Bank and RHB Investment Bank Bhd are the joint lead managers on a 1 billion ringgit ten-year tranche.

Funds raised from the sukuk will go towards extending part of the country's light rail transit (LRT) network. The project is listed as one of the National Key Result Areas (NKRA), aimed at transforming public transport services.

Prasarana had issued contracts worth of 4.5 billion ringgit as of March for this purpose. It recently awarded a 955 million ringgit contract to a joint venture comprising George Kent (Malaysia) Bhd and Lion Pacific earlier this month. — Reuters

Tiada Kebenaran Berhimpun #JanjiBersih Padan Muka !! #Merdeka55


Inilah yang dikatakan perangai manusia yang takder otak dan tak faham bahasa. Dari sini boleh kita lihat mereka ingin cuba membuat provokasi yang akan menjadi tahap yang melampau jika permintaan mereka tidak mendapat sebarang perhatian. Baca DI SINI

Sehingga sekarang pihak Polis masih tidak memberi sebarang permit kepada penganjur Himpunan Janji Bersih ini yang akan dilakukan pada malam 30 Ogos 2012. Pendapat GR senang saja, buat apa bagi muka pada petualang negara yang akan membuat negara huru hara. Janji mereka perhimpunan akan diadakan secara aman. Itu semua BOHONG! PENIPU!!!!

Lihat saja JANJI mereka pada Bersih 1.0 hinggalah Bersih 3.0, apa jadi?? Perhimpunan diadakan secara aman atau pun tidak. Siapa mereka nak adakan sambutan ambang merdeka yang dicabuli dengan memfitnah fikiran rakyat Malaysia dengan segala penipuan yang mereka berikan semata-mata ingin menanam kebencian rakyat kepada Kerajaan yang memerintah sekarang. Fikir-fikirkanlah wahai pembaca yang budiman....

Pada seluruh rakyat Malaysia yang ingin turun ke Kuala Lumpur menyambut malam Kemerdekaan negara kita, jangan layan apa yang mereka lakukan pada malam tersebut di Dataran Merdeka....lakukan aktiviti rutin biasa menyambut Merdeka bersama keluarga dengan melihat persembangan bunga api dan sebagainya. Teruskan kehidupan aman yang kita kecapi selepas Merdeka dan jangan biarkan fikiran kita DIJAJAH oleh puak Haprak nie.

Baca lagi di sini.

Monday, August 27, 2012

Bagaimana Nak Sertai #Merdeka55 ? Wajib Baca Kalau Nak Menang Cabutan Bertuah



Apa Itu Tweet Merdeka?
Tweet Merdeka adalah satu program anjuran JASA di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sempena dengan Sambutan Hari Merdeka Ke-55 yang bakal dianjurkan pada 31 Ogos 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Apakah Matlamat Tweet Merdeka?
Tweet Merdeka bertujuan untuk memecahkan rekod dunia dan menempa rekod baru di dalam Malaysia Book of Records berdasarkan kepada 2 kategori yang berikut:

A. Perhimpunan Pengguna Twitter Terbesar di Dunia
B. Jumlah Tweet Terbanyak dalam Tempoh 1 Jam Dengan Menggunakan Hashtag

Apakah Sasaran Tweet Merdeka Untuk Memecahkan Rekod Tersebut?
Untuk melayakkan Tweet Merdeka untuk menempa rekod baru di Malaysia Book of Records, Tweet Merdeka perlu mendapatkan sekurang-kurangnya:

A. 10,000 pengguna Twitter
B. 20,000 tweets dalam masa 1 jam menggunakan hashtag #Merdeka55



Siapa Boleh Sertai?
Sesiapa sahaja yang mempunyai akaun Twitter. Sekiranya anda belum lagi mempunyai akaun Twitter, masih sempat lagi untuk anda mendaftar di Twitter.com

Bagaimana Untuk Sertai?
Untuk kategori A:

1. Daftarkan diri anda di www.twtupmerdeka.blogspot.com

2. Hadir pada hari kejadian dan sahkan pendaftaran anda di kaunter pendaftaran. (Seperti rajah A)

RAJAH A

3. Pastikan anda menerima tag peserta beserta nombor siri, t-shirt Tweet Merdeka (selagi stok masih ada), topi Tweet Merdeka (selagi stok masih ada) dan lain-lain yang ada di dalam beg goodies.

4. Masuk ke dalam Stadium dan duduk di kawasan yang telah ditetapkan untuk program Tweet Merdeka. (Seperti rajah A)

5. Pengiraan peserta akan dibuat berdasarkan pengesahan yang dibuat di kaunter pendaftaran sehingga jam 8.00 malam.

6. Peserta akan turut serta menulis tweet untuk kategori B.

Nota tambahan: Peserta dinasihatkan hadir sebelum jam 6.00 ptg bagi mengelakkan kesesakan di pendaftaran.


Untuk kategori B:

1. Pada hari kejadian, tepat jam 8.15 malam, kesemua pengguna Twitter tidak kira di stadium ataupun di mana sahaja akan memulakan Tweet Merdeka dengan menulis tweet.

2. Perkara yang perlu ada di dalam tweet anda untuk melayakkan kiraan untuk kategori B adalah #Merdeka55 dan @NajibRazak. cth:

"Bersama kita jayakan #Merdeka55 bersama @NajibRazak"

3. Tweet Merdeka akan berlangsung selama 1 jam sehingga jam 9.15 malam.

4. Pengumuman akan dibuat setelah 1 jam.

 

Apakah Tarikan Lain Yang Ada Semasa Program Tweet Merdeka?

1. Selebriti tempatan seperti Fizo Omar, Lisa Surihani, Elfira Loy, Mia Sara Nasuha, Remy Ishak, Iqram Dinzly, Kamal Adli, Intan Ladyana, Adi Putra, Scha Al Yahya, Awal Ashaari, Kenchana Devi, Yana Samsudin, Amber Chia, Shaheizy Sam, Johan Asari dan ramai lagi akan turut serta bersama peserta di Stadium dan juga menulis tweet pada hari kejadian.

2. Cabutan bertuah yang sangat lumayan seperti Iphone 4s, New Ipad, Macbook, Blackberry Curve, dan banyak lagi termasuk sebuah kereta Proton Preve.

3. Sijil Pencapaian sebagai Penempa Rekod Dunia bagi kategori A.

4. Pada masa yang sama, terdapat juga sambutan hari raya peringkat kebangsaan yang diadakan di perkarangan stadium itu sendiri!

5. PM DS Najib Razak akan memilih 3 tweet bertuah pada hari tersebut untuk diberikan hadiah istimewa. (Mungkin makan malam bersama PM)


Bagaimana Untuk Mendapatkan Maklumat Terkini?

Pastikan anda follow

@TwtUpMerdeka di Twitter dan Like FanPage 55 Merdeka, Janji Ditepati di Facebook.

Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan, bolehlah e-mail kepada twtupmerdeka@gmail.com ataupun terus bertanyakan di twitter ataupun Facebook seperti link di atas.

Kalau Tak Menipu, Bukan PAS Lah Namanya #bn4wp


Selamba Haji Mohamad Sabu kelentong rakyat dengan cerita dongeng & khayalan sambil keldai-keldai PAS menyebarkan fitnah & pembohongan bahawa Allahyarham Tun Ghafar Baba akan masuk PAS jika masih hidup.

Timbalan Presiden PAS yang pernah ditangkap berkhalwat dengan bini prang tetapi terlepas dari perbicaraan mahkamah kerana kesalahan teknikal ini jelas cuba memesongkan isu Hudud yang semakin memakan diri PAS menjelang PRU 13.

Apa yang kita sedih adalah kenapa Mat Sabu sanggup menjual nama pemimpin negara yang telah meninggal dunia semata-mata kepentingan politik? Kita bersyukur kepada Allah kerana dilindungi fitnah pemimpin pembangkang ini selepas keluarga Allahyarham Tun Ghafar Baba sendiri tampil kepada media MENAFIKAN pembohongan dan FITNAH dari parti yang kononya Islam tetapi penuh dengan kemunafikannya.

Semakin lama semakin galak PAS membuat pembohongan demi pembohongan, fitnah demi fitnah selepas kantoi dalam perjuangan Islam palsu mereka semenjak berpeluk cium dengan DAP dan PKR.

Semoga Allah terus menjadi pelindung kepada rakyat Malaysia dan mari bersama kita sedekah Al-Fatihah kepada Allahyarham Tun Ghafar Baba yang telah banyak menabur jasa kepada rakyat dan negara walaupun kini hebat difitnah oleh pembangkang.

Al-Fatihah

Sumber : Minda Hijrah

Saturday, August 25, 2012

Antara #JanjiBersih Atau #Merdeka55 Mana Satu Pilihan Rakyat ??


Mungkin sesetengah pihak berpendapat bahawa himpunan #JanjiBersih dan #Merdeka55 merupakan program yang mempunyai intipati sama. Tapi malangnya kedua-dua himpunannya mempunyai objektifnya tersendiri.


Sebagai contoh #janjibersih yang dibawakan oleh Pembangkang melalui Gabungan Janji.
- memperjuangkan Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang
- mendukung hak sivil dan bersuara
- memansuhkan akta zalim
- memperjuangkan kebebasan media
- pilihanraya adil dan bersih

Baca lanjutan permintaan #janjibersih di sini.


Namun di pihak #Merdeka55 yang dianjurkan oleh kerajaan Persekutuan pula tidak membawakan apa-apa usul untuk dirasukkan ke dalam jiwa rakyat Malaysia. Tetapi program himpunan #Merdeka55 ini nanti akan terdapat beberapa unsur kecintaan kepada keamanan dan kesejahteraan negara dalam masa yang sama mengenang kembali perjuangan perajurit-perajurit tanah air yang telah berjasa meMERDEKAkan bumi bertuah ini.

Inilah dua perbezaan yang dapat dilihat dalam konteks himpunan yang hampir sama namun mempunyai intipati yang nyata sekali berbeda.

Menyelami akan perkara tersebut, saya lampirkan antara sokongan rakyat terhadap himpunan yang dibawa oleh #janjibersih.


Di bawah ini pula tweetup #Merdeka55


Dua perbezaan yang tinggi antara sokongan rakyat dan penolakan rakyat terhadap kempen himpunan yang tidak  bermoral dan dianggap sebagai tidak berfaedah untuk semua. Untuk info, hashtag di atas diambil seminggu sebelum berlangsungnya Hari Kemerdekaan.

Umum mengetahui bahawasanya sambutan ambang Merdeka bukan sekadar sambutan yang dipenuhi dengan warna warni bunga api tetapi ia merupakan sambutan kepada kesyukuran dan pengharapan kemerdekaan negara ini akan terus berkekalan sehingga bila-bila.

Namun di pihak Gabungan Janji pula beranggapan bahawa rakyat masih lagi bodoh dan tidak celik akan keadaan semasa. Bagi mereka, rakyat tidak pedulikan mengenai Merdeka sebagai perkara pokok, tetapi perjuangan menjatuhkan kerajaan menjadi target utama. Sebenarnya mereka tersilap.

Selepas kecewa dengan harapan Bersih 3.0 yang dibawakan oleh Anwar Ibrahim dan dijana oleh Ambiga, rakyat sudah mulai menilai mana satu kebaikan dan keburukan yang terdapat dalam himpunan anjuran Pembangkang. Nampak seakan-akan baik untuk rakyat namun sebenarnya ia merbahayakan keselamatan negara dan rakyat di dalamnya.

Tahniah kepada rakyat Malaysia yang bijak membuat penilaian terhadap politik buruk Pembangkang hari ini.

Sesiapa yang berminat mendaftarkan diri untuk menghadirkan diri pada malam ambang Merdeka nanti, sila klik SINI.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...