Wednesday, October 31, 2012

Mana Dia Pertubuhan Yang Perjuangkan Hak Asasi Manusia, Tuihhh !! @PDRMsia


R. Subramaniam, 52, yang cedera ditembak sekumpulan penjenayah menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) . - Foto Bernama

Nor Azlan Abu Bakar, 41, yang cedera ditembak sekumpulan penjenayah menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) hari ini - Foto Bernama


Dua anggota polis unit peronda (MPV) dari Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields yang dilaporkan parah ditembak sekumpulan penjenayah semalam berada dalam keadaan stabil dan tidak mengalami kecederaan serius.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, dua anggota berpangkat Koperal itu yang kini dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bersemangat untuk kembali bertugas.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat kedua-dua anggota polis itu di PPUM di sini hari ini.

Khalid yang diiringi Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah dan Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Wan Abd Bari Wan Abd Khalid meluangkan masa kira-kira 20 minit melawat mangsa yang ditempatkan di Tingkat 6 dan 7 pusat perubatan itu.

Dalam kejadian kira-kira 6.45 petang semalam itu, dua anggota berkenaan ditembak ketika cuba melakukan pemeriksaan ke atas sebuah kereta yang dinaiki empat lelaki di persimpangan lampu isyarat di kawasan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Putrajaya berdekatan Kuchai Lama di sini.

Tembakan tersebut menyebabkan Koperal R. Subramaniam, 52, cedera di bahagian perut dan rakan setugasnya Koperal Nor Azlan Abu Bakar, 41, cedera di leher.

Khalid berkata, dua anggotanya turut melepaskan tembakan ke arah suspek sebagai mempertahankan diri namun tidak dapat dipastikan sama ada mengenai sasaran dengan penjenayah berjaya melarikan diri.

Sementara itu, Ku berkata tiga das tembakan telah dilepaskan anggota berkenaan ke arah suspek dan dipercayai telah terkena tangki minyak kereta Proton Saga yang dinaiki penjenayah.

Tembakan itu menyebabkan berlaku kebocoran pada tangki petrol dan telah memaksa mereka meninggalkan kereta yang dinaiki kira-kira satu kilometer dari tempat kejadian sebelum melarikan diri dengan berjalan kaki, katanya.

Beliau berkata, polis belum dapat mengenal pasti identiti empat penjenayah terbabit, manakala siasatan mendapati kereta yang digunakan bukan kereta yang dicuri sebaliknya telah dijual oleh pemilik asal kepada orang lain.

"Setakat ini lima saksi yang berada di persimpangan lampu isyarat di Jalan Kuchai Lama menuju ke Lebuhraya Maju telah diambil keterangan dan usaha mengesan dan memburu suspek giat dijalankan," katanya.

Bagi Subramaniam, kejadian itu merupakan pengalaman pahit pertama yang dilaluinya sejak menyertai pasukan polis 31 tahun lepas.

"Semasa saya dan Azlan menghampiri kereta itu untuk membuat pemeriksaan, tiba-tiba saya lihat seorang daripada empat suspek di dalam kereta mengeluarkan pistol dan menembak ke arah kami.

"Kejadian berlaku sangat cepat. Kami sempat membalas tembakan sebelum rebah di tempat kejadian," katanya yang mempunyai seorang isteri dan dua anak berumur 23 dan 28 tahun. – Bernama

AES : Kenapa Buat Keputusan Popular Jika Keselamatan Rakyat Dijadikan Pertaruhan?


Saya agak kurang bersetuju dengan keputusan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia semalam mengenai kamera AES yang dilancarkan baru² ini perlu ditangguh dan dikaji semula. Desakan tersebut dibuat oleh YB Khairy Jamaluddin merangkap Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda UMNO.

Di sini saya suka memberikan ulasan terhadap kamera AES. Mungkin pandangan saya sedikit berbeza daripada Pergerakan Pemuda UMNO namun hasrat saya adalah untuk memberi maklumbalas berlainan dari kebiasaan yang pembaca rasakan.

Dalam artikel saya sebelum ini yang bertajuk AES : Jom Kita Positip Sikit Pasal Kamera Ni. Saya melihat penguatkuasaan kamera ini secara positif walaupun fikiran saya sering bermain² adakah baik atau buruk dengan adanya kamera AES ini.

Saya merujuk perkara AES ini kepada beberapa orang kenalan. Rata² antara mereka tidak berpuashati dengan pemasangan kamera yang bertujuan mendisiplinkan pemandu di jalan raya. Apabila saya bertanyakan mengapa tidak setuju, jawapan yang diberikan kebanyakkannya memberitahu pemasangan lokasi kamera tidak strategik, merbahayakan keselamatan pemandu akibat terkena flash kamera tersebut dan pelbagai lagi alasan.


Mungkin 1001 alasan boleh diwujudkan kerana tidak menggemari sesuatu perkara dan juga mungkin 1001 pujian boleh dicipta kerana menggemari sesuatu perkara. Jadi tidak hairanlah mengapa isu kamera AES dipersoalkan dan menjadi topik perbualan rakyat di sini.

Saban tahun apabila tibanya musim perayaan, banyak kejadian² kemalangan terjadi dan banyak nyawa melayang begitu saja. Ada kemalangan yang terjadi disebabkan kelalaian diri sendiri dan juga kelalaian orang lain. Disebabkan hal sebegini, satu langkah diambil oleh kerajaan iaitu menguatkuasakan penggunaan AES agar pemandu memandu lebih berdisiplin, kemalangan dapat dikurangkan, pemanduan di jalan raya akan lebih tertib dan yang paling penting, rakyat menghargai setiap nyawa di dalam negara ini.


Pengalaman saya melalui Lebuhraya Utara-Selatan pada musim perayaan baru² ini. Selama 3 hari berturut² saya melalui jalan yang sama. Pemerhatian saya mendapati, pemandu mematuhi had kelajuan jalan raya seperti yang terpapar di papan tanda. Tidak banyak kenderaan yang menggunakan lorong kanan kecuali kenderaan mewah, mungkin mereka golongan berada dan mampu bayar saman.

Saya juga mendownload aplikasi AES pada telefon pintar Android saya dan saya mendapati kebanyakkan tempat² yang ditanda mempunyai kamera AES sebenarnya tiada pun kamera tersebut. Tetapi pemandu² tetap memperlahankan kenderaan dan mengikuti had kelajuan yang ditetapkan.

Senario tersebut membuatkan saya terfikir bahawa usaha kerajaan sebenarnya berkesan secara tidak langsung. Pergerakan trafik sangat lancar pada ketika itu di mana semua kenderaan mengikut had laju yang standard dan tiada kenderaan yang memandu laju dan brek secara mendadak dan sebagainya.


Tipulah jika saya katakan, saya tidak pernah memandu laju dan melanggar had laju yang ditetapkan. Saya percaya para pembaca pun sama seperti saya. Ada masanya, tekan pedal minyak tu nun jauh ke dalam tapi apabila terbaca papan tanda Kamera Di Hadapan / Awas, Anda Sedang Diperhatikan dan pelbagai lagi tanda amaran yang melibatkan Polis & Kamera pastinya para pembaca pun memperlahankan kenderaan kerana risaukan di saman.

Namun semasa membawa pada kelajuan maksimum, adakah kita terpikir tentang keselamatan nyawa sendiri, penumpang dan nyawa orang lain di sekitar kita? Sebenarnya kita akan sedar mengenai perkara tersebut apabila melihatkan kejadian kemalangan yang berlaku di hadapan mata sendiri. Ketika itulah bagaikan ada satu azam di dalam dada untuk lebih berhati².


Cuma apa yang kerajaan lakukan di sini ialah langkah pencegahan dari berlakunya perkara yang tidak diingini. Bayangkan tiba² yang menjadi mangsa kemalangan dan mati tersebut sebenarnya seorang Doktor yang merupakan pakar penyakit kanser. Seorang doktor yang berupaya menyelamatkan ribuan nyawa pesakit kanser yang lain.

Adakah kita terfikir, kanak² yang menjadi mangsa kemalangan jalan raya merupakan pelajar paling pintar di negeri tertentu dan mungkin menjadi pemangkin semangat buat ratusan ribu kanak² di seluruh negara. Mungkin kita tidak pernah memikirkannya namun itu adalah perkara yang patut kita sedari mulai hari ini.

Bagi saya, keputusan yang hendak dibuat hari ini hendaklah bukan berdasarkan populariti dan menjuarai rakyat semata². Undang² jalan raya yang dibuat perlu dipatuhi. Walaupun pada pukul 3.00 pagi dan lampu isyarat berwarna merah dan tidak ada kenderaan lain, kita masih perlu menunggu sehingga lampu bertukar hijau untuk meneruskan perjalanan. Tidak ada sebarang pelepasan untuk melanggar undang².

Undang² yang dikuatkuasakan releven dengan perkembangan semasa dan undang² perlu dihormati waima siapa pun diri kita dan mereka. Satu perkara yang perlu rakyat Malaysia ingat ialah Undang² TETAP Undang².

prevention is better than cure


TAK RUGI PATUHI UNDANG²
Al Fatihah Buat Mangsa² Kemalangan Jalan Raya

Sambung lagi nanti.

#Bajet2013 : Soroton Memakmurkan Negara & Mensejahterakan Rakyat #JanjiDitepati


Tuesday, October 30, 2012

@Khalid_Ibrahim Ditawarkan Atau Dikorbankan Di Bandar Tun Razak


Kenyataan yang dikeluarkan oleh Anwar Ibrahim semasa memberikan ucapan di Pekan Sungai Besi kelmarin sangat suprise bagi saya kerana ura² yang didengari sebelum ini, ada muka baru yang akan bertanding di Parlimen Bandar Tun Razak menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim namun jangkaan tersebut meleset sama sekali.

Sama ada meleset ataupun tidak jangkaan tersebut, mungkin kena tunggu tarikh penamaan calon kelak. Namun apa yang saya bakal coretkan di sini bukanlah mahu menunjukkan rasa bangga dengan Khalid Ibrahim sebagai wakil rakyat Bandar Tun Razak.


Wakil Rakyat Pemalas

Kawasan Parlimen ini mempunyai kira² 90,000 orang penduduk yang berbagai kaum. Khalid Ibrahim memenangi Pilihanraya Umum - 12 pada 2008 dengan majoriti sebanyak 2,515 mengalahkan calon MCA, Datuk Tan Chai Ho.


Kemenangan tersebut telah memberikan isyarat kepada Khalid Ibrahim bahawa beliau diperlukan di kawasan ini dan jasa serta sumbangan beliau amat² diharapkan bagi kesejahteraan penduduk sekitar P 124, Bandar Tun Razak.

Namun setelah berjaya menyandang kerusi Parlimen di sini, lain pula jadinya apabila Khalid Ibrahim sangat jarang untuk turun padang melihat permasalahan yang dihadapi rakyat. Sehinggakan ada kalangan penduduk di sini pergi menjengah ke Pejabat Ahli Parlimen Bandar Tun Razak yang terletak di Bandar Sri Permaisuri, sering dikecewakan apabila tiada pekerja yang melayan mereka dan paling mengecewakan apabila dihubungi, tiada siapa yang menjawab panggilan tersebut.

Saya tidak nafikan, ada beberapa kali beliau turun ke sini tetapi semuanya atas dasar kepentingan parti dan mengambil kredit sahaja. Contohnya, Khalid Ibrahim turun di bilik gerakan PKR, Taman Mewah dan mengadakan majlis minum petang bersama kira² 50 orang penyokongnya sendiri.

Sebelumnya itu, Khalid Ibrahim membuat majlis perkahwinan &  resepsi anak beliau di Taman Tasik Permaisuri dilihat seakan² cuba mengambil hati penduduk di sini. Kesinambungan daripada itu, apa yang rakyat dapat?


Menarik Parlimen 124

Mengapa parlimen ini yang menjadi rebutan dan sebutan PR. Mungkin di bawah ini jawapannya.




Pembangunan Bandar Tun Razak

Sehingga ke hari ini, tiada apa pun sumbangan yang secara jelas kelihatan di sekitar kawasan Bandar Tun Razak. Jika ada pembangunan yang kelihatan pun, ia nya merupakan hasil usaha Barisan Nasional (BN) sebelum kekalahan pada PRU 2008.


Sebagai contoh di Bandar Sri Permaisuri berhampiran Apartment Sri Penara terdapat deretan restoran Melayu yang didirikan sebelum PRU 2008 dan para peniaga telah diberitahu, kerajaan akan membangunkan kawasan tersebut untuk dijadikan food court yang lebih tersusun. Namun malangnya apabila notis diberikan, Khalid Ibrahim memenangi PRU - 12, beliau telah membantu dan membantah cubaan DBKL memindahkan para peniaga tersebut sementara waktu.


Projek tersebut tertangguh sehingga akhir tahun 2011, barulah ia disambung setelah mendapat persetujuan pihak² terbabit untuk dianjakkan sedikit ke belakang dari kawasan restoran² sedia ada.

Selain daripada itu, tiada langsung pembangunan yang dibawa oleh Khalid Ibrahim selain daripada meneropong Bandar Tun Razak dari negeri Selangor.


Retorik Anwar Ibrahim

Barangkali statement daripada Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim memang melucukan ataupun mungkin mempunyai maksud tersirat yang mana Khalid Ibrahim sendiri bengong memikirkannya.

Persoalannya, mengapa daftar pemilih Khalid Ibrahim diletakkan di DUN - Bukit Melawati dan Parlimen Kuala Selangor? Lihat di bawah,


Pelik bukan?
Nama didaftarkan di DUN & Parlimen yang sama di Selangor tapi bertanding di Kuala Lumpur.

Apa yang cuba Anwar Ibrahim sampaikan, adakah untuk mengaut 'sokongan' rakyat Selangor atau memberi jaminan dan janji 'kosong' kepada penduduk Bandar Tun Razak?

Baca sini mengenai kebarangkalian Khalid Ibrahim bertanding di Kuala Selangor.


Sabotaj Khalid Ibrahim

Kemungkinan Anwar Ibrahim mempunyai percaturan dan game plan nya tersendiri. Bagi Khalid, beliau merasakan ia satu penghormatan kepada dirinya untuk terus menerajui Parlimen yang mempunyai hampir 55% penduduk berbangsa Melayu.

Tetapi dalam 'keihklasan' Anwar menawarkan Khalid untuk terus menerajui Bandar Tun Razak, sebenarnya Anwar tidak mengkaji sikap penduduk di sini yang bakal melakukan transformasi undi. Mungkin tahun 2008, terjadi tsunami politik di mana rakyat memberontak secara senyap namun kali ini rakyat tempatan mulai yakin dengan usaha UMNO dan BN Bandar Tun Razak.


Jika Khalid Ibrahim terus bertanding di sini, maka kesudahan kisah Khalid Ibrahim mungkin akan menjadi korban 'kasih' Anwar Ibrahim di Bandar Tun Razak. Bahkan jika Khalid Ibrahim diletakkan sebagai calon di Ijok sekali pun, beliau akan tetap menjadi korban di sana kerana rekod beliau sudah terlalu busuk untuk kedua² tempat seperti yang saya sebutkan.


Madu Ku Beri, Tuba Kau Balas

Kasihan kepada Khalid Ibrahim.

Telah banyak yang telah beliau korbankan untuk Anwar Ibrahim dan PKR. Beliau sanggup melompat terjun ke dalam parti jahanam dan mengorbankan sejumlah wang untuk membeli menyewa sebuah bas untuk siri Jelajah Merdeka Rakyat.


Namun Anwar tetap meletakkan beliau di kawasan yang sukar untuk menang pada PRU akan datang. Baca di sini, artikel mengenai status milik bas tersebut.


Tahniah Azmin Ali

Meletakkan Khalid Ibrahim di kawasan yang sememangnya bakal kalah umpama memberikan isyarat kepada rakyat bahawasanya Menteri Besar Selangor selepas PRU 13 akan datang akan bertukar kepada orang lain.

Desas desus konflik antara Azmin Ali dan Khalid Ibrahim yang bakal mengambil alih tampuk kepimpinan negeri semakin jelas dan kebenaran mengenai semakin ketara kelihatan.

Maka tidak hairanlah mengapa Anwar melebihkan Azmin Ali berbanding Khalid Ibrahim sekarang ini hehe. Ada kesah dulu² kala Anwar & Azmin hehe.

Apa² pun tahniah kepada Khalid Ibrahim kerana berjaya dicalonkan sekali lagi di Parlimen 'maut' hehe.

Innalillah, @Khalid_Ibrahim Mangsa Korban Anwar Ibrahim Di Bandar Tun Razak


Nantikan artikel mengenai Khalid Ibrahim di Bandar Tun Razak pada jam 9:30 malam ini di blog REZQEEN HILL

-Selamat Maghrib-

Peneroka Jadi Mangsa Kerakusan Kerajaan 'Israel' (Selangor)

Kesian tengok peneroka² yang telah bersusah payah dari muda berusaha memajukan tanah milik masing² dan akhirnya dirampas oleh kerajaan negeri Selangor sesuka hati.

Dah macam kerajaan Israel pula Selangor ni.

Saya membayangkan apa tindakan anak² peneroka ini jika mereka sendiri memangkah Pakatan Rakyat pada pilihanraya yang lepas.

#Bajet2013 : Inisiatif Kerajaan Manfaatkan 100,000 Wanita Malaysia Cegah Kanser Payudara

Setiap tahun bulan Oktober akan diingati sebagai Bulan Kesedaran Kanser Payudara di kebanyakkan negara di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Kanser payudara sering menghantui setiap wanita tidak kira bangsa mahupun etnik dan sebab itulah kerajaan telah melakukan pelbagai kempen kesedaran kanser payudara melalui pelbagai inisiatif.

Untuk itu, saya mahu berkongsi infografik yang mempunyai maklumat berguna termasuk statistik, pengesanan dan juga cara untuk mendapatkan pemeriksaan mammogram secara percuma yang telah disediakan kerajaan.


@TengkuAdnanReal Akui Terima Dokumen² Penting PR


Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mendedahkan bahawa parti itu sudah mengetahui calon-calon yang akan dinamakan oleh komponen Pakatan Rakyat (PR) pada Pilihan Raya Umumke-13 (PRU13).

Malah ujar beliau,"tiap-tiap dokumen mereka pun kita ada.”

“Siapa calon mereka pun kita tahu, tapi kita diam sahaja lah.

“Hari ini baru saya sebut," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas menerima penyerahan buku 100 Wira Negara daripada Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak).

Tengku Adnan berkata demikian apabila diajukan soalan berhubung satu dokumen Barisan Nasional (BN) yang didakwa terlepas ke tangan komponen PR Pulau Pinang.

“Kita juga ada dokumen daripada puak pembangkang. Tapi kita tidak buat bising tak macam mereka. Mereka buat bising.

“Kalau ada mereka akan cerita, kita pun tahu apa yang ia (pembangkang) laksanakan tetapi kita diam sahaja,” kata Tengku Adnan.

Menurut Tengku Adnan lagi, dokumen yang didakwa bocor itu hanya mengandungi butiran tentang kesiapsiagaan parti dalam menghadapi pilihan raya umum.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan agar barisan kepimpinan di semua peringkat agar menyimpan dengan sebaiknya dokumen yang diberikan dan menganggapnya rahsia supaya tidak jatuh ke tangan pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Saya sudah tulis surat kepada 13 parti komponen Barisan Nasional supaya mereka berhati-hati dan anggap setiap dokumen yang diedarkan sebagai rahsia,” ujar Tengku Adnan lagi.

Menurut beliau, siasatan kini sedang dilakukan untuk mengesan bagaimana kebocoran dokumen itu boleh berlaku dan akan menyerahkan kepada presiden parti untuk mengambil tindakan lanjut sekiranya nama individu terbabit sudah diperoleh kelak.

“Barangkali ini dia terletak di merata-rata, barangkali beliau tidak berniat, dalam pejabat itu, rambut sama hitam, hati lain-lain,” ujar beliauyang juga Setiausaha Agung BN.

“Barangkali pada dia ini bukan dokumen rahsia sebab kita tidak cop rahsia, tetapi yang pembangkang, dia cop rahsia pun kita ada,” katanya disambut gelak tawa wakil media.

Monday, October 29, 2012

Van UMNO Disabotaj, Mangsa Tampil Beri Penjelasan


Artikel sabotaj Van UMNO di sini.

Berhubung dengan artikel sebelum ini mengenai Van Skuad Sayang Wanita UMNO Bandar Tun Razak disabotaj dan diconteng dengan kata² kesat kelmarin, 'mangsa keadaan' telah tampil membuat kenyataan.


Credit : Pistol Nakal

Blogger Prihatin : Anak Ini Perlukan Wang Untuk Tampung Kos Pembedahan Jantung Berlubang


Tenang Muhammad Nursyamir Iqbal Bin Mohd Najib 
walaupun mengidap Jantung Berlubang.

Melihat pada wajah kanak-kanak ini seolah-olah tiada penderitaan yang dialaminya. Pada hakikatnya kanak-kanak ini mengalami komplikasi Jantung Berlubang dan Injap Jantung tersumbat yang boleh menganggu sistem pernafasan.

Sedih hati ini apabila mendengar keluh resah anak ketiga rakan Ritz yang sedang mengidap penyakit jantung berlubang dan kini memerlukan bantuan segera bagi menampung kos pembedahan. Kelewatan menjalani pembedahan akan menyebabkan pernafasannya terganggu.

“Mana saya hendak mencari wang RM40,000 untuk menampung pembedahan Muhammad Nursyamir Iqbal, sedangkan pendapatan kami seisi keluarga yang bekerja sebagai Operator kilang tidak begitu besar.”Demikian luahan seorang ibu, (Suzaidah Binti Silaiman  36),  mengenangkan nasib yang menimpa anaknya.  
Kini keluarga ini merayu simpati orang ramai agar dapat menghulurkan sumbangan ikhlas bagi menampung kos pembedahan anaknya itu yang berusia setahun. Semoga dengan bantuan dari masyarakat yang perihatin dapat meringankan beban kewangan keluarga ini.

Sumbangan boleh disalurkan melalui :-

Maybank
Suzaidah Binti Sulaiman
112026735224


Atau untuk mendapat pengesahan anda boleh menghubungi Suzaidah Binti Sulaiman (ibu) ditalian 0133394531

P/S : Harap anda semua dapat share info ini ke FB masing2, bagi membantu keluarga ini, bantuan anda amatlah dihargai . Terima Kasih Ritz ucapkan.









Sedikit Penerangan mengenai Penyakit Jantung Berlubang

Masalah ini terjadi sekiranya dinding yang memisahkan atrium kiri dan atrium kanan tidak bercantum ketika lahir. Akhirlnya, akan wujud satu lubang di mana darah boleh mengalir daripada bahagian kiri jantung yang lebih tinggi tekanannya ke bahagian kanan jantung. Lubang yang lebih besar akan menyebabkan lebih banyak pengaliran darah dari bahagian kiri ke kanan. Akibatnya bahagian kanan jantung akan menjadi bengkak dan tekanan di dalam salur darah pulmonari atau paru-paru akan menjadi tinggi.


Simptom ini akan berlaku lebih awal jika saiz lubang ASD itu lebih besar. Jika saiznya kecil (kurang dari satu sentimeter (sm padu), masalah ini biasanya dikesan secara kebetulan ketika pemeriksaan kesihatan kerana seseorang itu tidak akan merasa gejala seperti sukar bernafas dan lain-lain yang disebut di atas.

MOHON DIKONGSI & DISEBARKAN

Sunday, October 28, 2012

Van UMNO Disabotaj, Pasti Bukan Babi Punya Angkara

Kesian betol UMNO Bandar Tun Razak, KL ni. Sudah beberapa kali disabotaj, baik dari segi kerja-kerja usahasama dengan penduduk, kain rentang, sepanduk dan juga harta benda milik UMNO.

Kali ini yang menjadi mangsa, van skuad sayang UMNO Bandar Tun Razak.


Mungkin van ini banyak jasanya kepada penduduk sekitar Bandar Tun Razak sehingga dicemburui oleh si pelaku.

Ketua Sayap Wanita UMNO, Zaleha Najmuddin berkata kejadian itu dimaklumkan oleh seorang awam kepada setiausahanya yang secara kebetulan melalui kawasan kejadian iaitu di hadapan Ibu Pejabat UMNO Bandar Tun Razak.

"Saya cukup kecewa dengan pihak yang melakukan tindakan sabotaj ini dan cuba mematahkan semangat pergerakan Wanita Umno yang banyak berkhidmat kepada masyarakat di sini.


"Ini merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab yang sama sekali tidak akan mematahkan semangat pergerakan Wanita Umno," katanya kepada pemberita di pusat pergerakan Wanita tersebut hari ini.
 
Saya masih lagi tidak mampu menuduh sesiapa yang disyaki atau membuat spekulasi rambang tentang siapa yang terlibat dengan perbuatan jahat ini. Tapi apa yang boleh saya pastikan ialah si pelaku bukanlah seekor babi walaupun nama babi jelas terpampang di dinding van tersebut.


Tidak memeranjatkan hari ini UMNO disabotaj begitu teruk di Bandar Tun Razak kerana parti ini sangat disenangi oleh rakyat di bahagian ini dan jika hendak dibandingkan dengan parti yang mendominasi kawasan Parlimen 124 ini, sememangnya seperti jauh panggang dari api.

Artikel akan datang, UMNO Pembela Rakyat Yang Tegar Disabotaj.

Thursday, October 25, 2012

Edisi Khas : Selamat Hari Raya Aidiladha Orang Kelantan

Saya pasti suasana sambutan Hari Raya Aidiladha di Kelantan jauh lebih meriah berbanding negeri² lain dan Hari Raya Aidilfitri. Perkara ini turut diakui oleh sahabat² saya yang berhijrah ke Kuala Lumpur mencari rezeki.

Oleh itu, suka saya share kan video untuk ditonton oleh segenap warga Kelantan dan para pembaca sekalian sempena Hari Raya Qurban ini. Meh tonton bersama sanak saudara semua.



Sudah masa nya PAS & PR dikorbankan di Kelantan. Insyallah, ini raya terakhir rakyat Kelantan bersama PAS.

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA


@n_izzah Mana Janji Duit Bantuan Pada Penduduk Lembah Pantai #IzzahPenipu


Mana mau lari wahai Nurul Izzah oi. 

Dulu masa sebelum PRU 12, satu Parlimen Lembah Pantai dijajanya macam² janji untuk diberikan pada rakyat setempat selepas PRU 12.

Tapi sampai ke la ni, haram takda pun janji yang ditepati. Habis semua janji dicapati Nurul Izzah. MP Lembah Pantai ni pernah berjanji mahu berikan bantuan berbentuk elaun sara diri kepada penduduk sekitar RM600 sehingga RM1,500.

Itu janji Nurul Izzah sebelum berjaya merampas kerusi Lembah Pantai tapi kini apabila sudah memegang posisi selaku Ahli Parlimen, janji ke mana, dia pun terus menghilang diri dan sub kepada UMNO untuk menjalankan khidmat sebagai wakil rakyat di sana.

Janji tersebut dikatakan menjadi punca pengundi ‘terpaksa’ beralih arah kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) di Lembah Pantai ketika itu tidak mampu untuk menjanjikan perkara sama.

Perkara itu didedahkan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, yang juga pesaing Nurul Izzah bagi kerusi Parlimen Lembah Pantai pada 2008.

Shahrizat berkata, perkara itu antara perkara utama yang dijanjikan ketika kempen dibuat.

Menurutnya, beliau masih ingat ia antara yang ditanya pengundi adakah BN juga dapat menjanjikan hal sama.

“Ketika saya melawat rumah ke rumah, wanita dan warga emas di Lembah Pantai memberitahu yang mereka dijanjikan pemberian elaun sara diri sebanyak RM600 hingga RM1,500 mengikut kawasan, dan mereka tanya adakah saya boleh janjikan hal sama. Saja kata saya tidak mampu untuk berjanji kerana ia mustahil.

“Sehingga kini janji tersebut tidak dilunaskan. Janji untuk menjual unit-unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) juga diusahakan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, selaku Pengerusi BN Lembah Pantai,” katanya pada sidang media selepas Majlis Minum Petang dan Ramah Mesra Jentera Wanita Umno Lembah Pantai, bersama Raja Nong Chik, di sini, kelmarin.

Pertemuan antara Shahrizat dan Raja Nong Chik pada majlis tersebut sekali gus menolak dakwaan berhubung kekeruhan hubungan antara mereka yang didakwa pihak Pakatan Rakyat (PR) disebabkan perebutan calon bagi Lembah Pantai.

Malah pada pertemuan tersebut, Shahrizat turut menyatakan sokongannya terhadap Raja Nong Chik sebagai calon BN untuk kerusi Parlimen Lembah Pantai pada PRU13.

“Beliau bersama-sama saya di Lembah Pantai sepanjang tiga penggal saya menjadi Ahli Parlimen di sini (Lembah Pantai).

“Saya bersama jentera Wanita akan memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada beliau sebagai calon Parlimen Lembah Pantai seterusnya merampas kembali kerusi tersebut,” katanya.

Raja Nong Chik dalam pada itu berkata, beliau tidak terkejut dengan sokongan yang dinyatakan Shahrizat kerana telah sedia maklum sejak awal lagi.

Katanya, hubungan mereka tidak seperti digambarkan pihak pembangkang yang sememangnya menginginkan perpecahan dalam Umno.

“Semasa dalam Kabinet, saya duduk sebelah Shahrizat. Saya akui kadang-kadang saya ada perbezaan pendapat, tapi saya tidak pernah bergaduh dengan beliau,” katanya.

Sebelum cau dari Lembah Pantai, make sure kasi clear dulu janji² yang pernah dijaja sebelum ini. Jangan sampai jadi orang MUNAFIK, janji tak dikotai.

Wednesday, October 24, 2012

Inilah SEBAB nya AES Diperlukan @PDRMsia

Saya tak nak cakap banyak pasal kamera AES yang sedang hangat diperkatakan hari ini tapi secara logikalnya dan mentalitinya saya menyokong penggunaan kamera AES walaupun ia dikatakan merbahayakan keselamatan pemandu apabila terkena flash kamera.

Lihat di sini, satu contoh mengapa perlunya kamera AES.



Para pembaca mungkin beranggapan lelaki dalam video di atas sebagai seorang yang pakar dalam fizik tetapi sebaliknya kita tak tau apa yang dia kelentong seorang anggota Polis trafik yang gagal menyamannya kerana kekurangan ilmu pengetahuan dalam bidang tersebut.

Bayangkanlah kalo setiap kejadian langgar lampu trafik lite dikatakan 0.05% lampu tersebut bertukar dari hijau - kuning - merah, apa yang Polis Trafik tu boleh buktikan selepas itu. Padahal kalo diikutkan undang² jalan raya seperti di bawah ini.


Jika alasan yang digunakan bimbang keselamatan pemandu @ kereta belakang tu adalah logik sikit tapi secara dasarnya pasti pemandu di belakang sudah bersedia memperlahankan kenderaan kerana kedudukan lampu isyarat yang terletak tinggi bukannya serendah kepala lutut.

Kecuali lah lampu isyarat di sana seperti di bawah ni, barulah boleh dikategorikan sebagai tak perasan, kompius, 0.05% lampu bertukar dan lain² lah.


Lebih memalukan ialah video tersebut turut disenaraikan sebagai pilihan Code10 (minyak rambut).

Meh baca pasal perkara positip pasal AES, klik sini.

Tuesday, October 23, 2012

AES : Jom Kita Positip Sikit Pasal Kamera Ni


1. Sistem AES adalah bertujuan untuk mendidik masyarakat. Ianya bertujuan supaya pemandu memperlahankan kenderaan dan juga tidak melanggar lampu isyarat. Objektifnya mudah iaitu supaya pemandu mematuhi peraturan terutama yang berkaitan dengan hadlaju dan lampu isyarat.

2. Sistem ini bukan bertujuan untuk menyaman atau mengutip duit. Ini hanya helah pakatan pembangkang yang lumrahnya suka menabut fitnah dan memanipulasi setiap perkara yang baik untuk rakyat.

3. Sekiranya ianya bertujuan untuk mengutip duit, maka lebih baik suruh polis menyorok di bawah jambatan dan rakam had laju. Confirm sekejap jer berpuluh-puluh juta boleh dikutip. Betul tak..??

4. Oleh kerana ianya bertujuan supaya pemandu memperlahankan kenderaan menyebabkan lokasi kamera ini diwar-warkan siap dengan koordinat sekali. Kameranya juga jelas terpampang dan papan tanda amaran juga diletakkan. Malah, sistem pengesan seperti menggunakan GPS navigator untuk memberi amaran pun boleh digunakan. Kalau pasal nak kutip duit, takkan diberitahu sedemikian rupa. Cuba gunakan akal tu sikit.

6. Sistem AES ni bukannya baru. Dah lama diamalkan di negara-negara maju dan ianya jelas terbukti boleh mengurangkan kadar kemalangan dan kematian.

7. Di UK misalnya, ada lebih dari 6,000 kamera seperti AES. Kamera-kamera ini dipasang di lebuhraya yang mempunyai had kelajuan 70mph dan 60mph, di jalan-jalan yang mempunyai kelajuan 40mph malah di jalan yang mempunyai kelajuan 30mph pun dipasang. Di Malaysia, baru pasang di 14 tempat dah ada yang bising. Kalaulah dipasang di kawasan 40 km/h, mungkin berlaku rusuhan. Malu sungguh melihat mentaliti masyarakat macam ni di Malaysia.

8. Ada yang mempersoalkan kenapa had laju di lebuhraya hanya 90km/j ? Di Malaysia, hadlaju lebuhraya secara umum adalah 110km/j. Tetapi di lebuhraya yang menghampiri pusat bandar, had lajunya adalah 90km/j dan dalam kawasan yang lebih hampir ke pusat bandar, had lajunya adalah 80km/j. Perubahan had laju ini sepatutnya mudah difahami kerana semakin hampir dengan pusat bandar, bilangan kenderaan akan bertambah, bilangan susur keluar juga mungkin bertambah oleh itu pemanduan perlu lebih perlahan dan berhati-hati.

9. Di UK juga mempunyai sistem yang sama. had laju lebuhraya secara umum adalah 70mph (~ 110 km/j). Bagi kawasan yang hampir ke pusat bandar (contohnya London), hadlajunya adalah 60mph (~90 kkm/j) dan bagi kawasan yang lebih hampir ke pusat bandar, hadlajunya adalah 40mph (60 km/j). Bagi kawasan yang hampir dengan perumahan,sekolah,hospital, hadlajunya adalah 30mph (~45 km/j).

10. Ada yang bising kerana kamera ini dipasang di lebuhraya. Mereka ini tidak tahu bahawa kamera ini dipasang dikawasan `hotspot' untuk kemalangan jalan raya. Sebab itulah, kamera ini dipasang di jalan bandaran lebih banyak dari lebuhraya. Dari 14 kamera yang telah dipasang, hanya 4 dipasang di lebuhraya dan dari 561 kamera had laju yang akan dipasang kelak, hanya 63 ataupun 11% yang dipasang di lebuhraya. Sebahagian besarnya dipasang di jalan bandaran atau jalan biasa. Ini membuktikan sekali lagi, sistem ini bertujuan untuk mendidik supaya kemalangan dapat dikurangkan.

11. Undang-undang jalan raya yang dibuat perlu dipatuhi. Walaupun pada pukul 3.00 pagi dan lampu isyarat berwarna merah dan tidak ada kenderaan lain, kita masih perlu menunggu sehingga lampu bertukar hijau untuk berjalan. Tidak adak sebarang pelepasan untuk melanggar undang-undang. Di sinilah sekali lagi kita boleh lihat betapa tingginya sikap pemandu di UK (sbg contoh). Mereka tidak akan melanggar undang-undang walaupun terpaksa berhenti di lampu isyarat pada jam 3.00 pagi.

12. Memang benar, akan ada dikalangan masyarakat yang hanya memperlahankan kenderaan di kawasan berkamera sahaja dan kemudianya memecut semula. Ini tidak apa kerana sekurang-kurangnya, dia telah memperlahankan kenderaan terutama di kawasan-kawasan hotspot. Untuk memperlahankan kenderaan supaya tidak melebihi had laju yang ditetapkan, mereka tidak boleh memandu terlalu laju, kalau tidak...tak sempat. Oleh itu, ini juga mendidik masyarakat agar tidak memandu terlalu laju. Apabila sikap ini berulangkali dilakukan, maka lama kelamaan ianya akan menjadi satu rutin harian.

13. Walau dalam hanya beberapa hari sistem AES ini dilaksanakan, kita sudah boleh melihat perubahan sikap pemandu. Kita dah boleh lihat, kenderaan memperlahankan kenderaan di kawasan kamera sehingga tidak ada yang mahu menggunakan lorong laju. Kita boleh lihat bagaimana semua kenderaan memandu dengan penuh berhemah di kawasan berkamera. Masyarakat juga semakin peka dengan papantanda had laju. Kalau sebelum ini, mungkin ada yang tidak tahu dengan had laju 90km/h, tapi kini dah tahu dan dah boleh peka dan ambil tahu mengenai hadlaju sesuatu kawasan.

14. Perubahan yang positif ini dapat dilihat hanya selepas beberapa hari perlaksanaan sistem ini. Lama-kelamaan mungkin nak nampak kamera ini mengeluarkan flash pun susah sebab semua pihak memandu dengan berhati-hati. Bukankah ini satu perkembangan yang baik?

15. Harapnya sistem ini dapat diperluaskan kepada kesalahan-kesalahan yang lain seperti memandu di lorong kecemasan, memotong di kawasan garisan berkembar, membuat pusingan U-turn di kawasan yang tak boleh dan lain-lain. Supaya satu hari nanti masyarakat di Malaysia akan terkenal sebagai pemandu yang berhemah dan berbudi pekerti tinggi.

16. Harapnya, janganlah ada mereka-mereka yang menentang perkara yang membawa kebaikan ini. Kalau pembangkang yang menentang, itu adalah perkara biasa kerana mereka memang tak mahu berfikir dan mereka tiada kerja selain daripada membangkang sahaja apa yang dibuat oleh kerajaan walaupun perkara yang baik. Tapi, kini ada juga mereka dari penyokong kerajaan yang turut sama tidak mahu berfikir dan menentang perkara yang baik ini. janganlah terikut-ikut dengan sikap pembangkang.

17. Sistem ini bertujuan baik. Ianya boleh mendidik sikap pemandu di Malaysia. Ianya boleh mengurangkan kemalangan dan kematian. Ianya menggalakkan masyarakat supaya mematuhi peraturan. Kenapa masih ada yang tak suka dengan kebaikan-kebaikan ini ? Kemanakah hilangnya nilai masyarakat yang mahukan kebaikan ?

Baca lagi di sini.

Anwar Kata @Khalid_Ibrahim MB Awesome? Hihi


Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor paling berjaya kerana kekuatan integriti beliau, sepanjang hampir lima tahun menerajui negeri itu.

Anwar berkata, tuduhan bahawa sesetengah individu yang terlibat dalam bidang politik mengundang kekayaan untuk kepentingan peribadi diakui berlaku di negara ini, namun kebanyakannya dikaitkan dengan pemimpin Barisan Nasional (BN).


“Bagi saya, ukuran pertama yang penting (sebagai pemimpin) ialah integriti. Ada jawatan, dia tidak akan ambil tanah, balak, syarikat dan komisen daripada projek negeri. Orang boleh kritik dia (Abdul Khalid) kedekut, itu saya setuju, tetapi kekuatannya ialah integriti. Selangor mempunyai lebihan wang negeri RM2 bilion.

“Sebab itu integriti moral perlu ada dalam politik negara dan antarabangsa. Masalah kita dalam negara apabila orang masuk politik untuk cari kekayaan. Bila pemimpin ada integriti, dia mampu mentadbir negara,” katanya pada majlis Makan Malam Keadilan Selangor 2012, kelmarin.

Ulasan :

Tapi macam mana pula tentang isu pemilikan BAS JELAJAH MERDEKA RAKYAT tu wahai Anwar Ibrahim & Khalid Ibrahim oit??

Tindakan Tan Sri yang seolah² cuba membuat bodoh akan pertanyaan tersebut telah mengundang rasa marah rakyat Selangor khususnya yang merasakan ada sesuatu perkara yang tidak kena dengan milikan status bas ini.


Cuba kita tengok gambar di bawah ini.

Saya merasakan jika Khalid Ibrahim ingin terus menerajui kepimpinan negeri Selangor, maka sikap ketelusan mengenai sesuatu perkara perlu diperjelaskan secara baik dan terperinci. Lihat bagaimana kerajaan Persekutuan hari ini memperjelaskan kepada rakyat mengenai sesuatu perkara yang sengaja dilontarkan oleh Pembangkang dengan niat memburukkan reputasi Barisan Nasional (BN).

Berbalik kepada isu pemilik bas tersebut.


Dalam kenyataan yang disiarkan dalam akhbar SelangorKini (31 Ogos 2012 - 7 Sept 2012), Khalid menjelaskan bas ini disewa khas olehnya untuk kegunaan PR menjelang Pilihanraya Umum 13 akan datang. Khalid juga turut menegaskan membayar sewa bas tersebut menggunakan duit poketnya sendiri.


Baca di bawah ini.


Persoalan yang mudah untuk dilontarkan kepada Khalid Ibrahim. Mengapa keterangan dalam akhbar tidak sama seperti yang terdapat pada geran bas tersebut.

Saya mengandaikan jika seseorang ingin menyewa sesuatu kenderaan, sudah tentu namanya tidak akan ditukar pada geran kenderaan tersebut kerana ia sudah menyerupai seperti memiliki kenderaan itu atau dalam bahasa sekolahnya, membeli / memiliki kenderaan tersebut secara mutlak.

So seperti yang ditegaskan oleh Ketua Pemuda UMNO Selangor, beliau menggesa Menteri Besarnya supaya kelihatan lebih telus dan rakyat yakin dengan kerajaan Selangor.



Rakyat Selangor berhak membuat penilaian dengan ketelusan kerajaan Selangor hari ini. Mereka memperjuangkan kerajaan yang transparent tapi hakikat sebenarnya mereka sendiri dalam diam menyeludup kekayaan negeri tanpa disedari rakyat.

Yb Puad Zarkashi Sanggup Turun Padang Perangi LGBT



Fenomena golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) bukan isu baru di kalangan masyarakat kita.

Namun, fenomena ini seakan-akan menjadi ‘duri dalam daging’ dan satu “penyakit” senyap melanda negara.

Sama ada ramai yang tidak mahu ambil tahu atau merasakan fenomena ini masih lagi ‘taboo’ di kalangan masyarakat, hakikatnya fenomena ini semakin serius dan jika ia tidak dibendung dari akar umbi, penyakit ini mampu menjadi semakin parah.

Ke mana hilangnya nilai moral rakyat Malaysia kini? Soal moral dan akidah sudah ditolak tepi, jalan yang lurus juga seakan-akan sudah hilang dari pandangan mereka.

Ikuti wawancara Sinar Harian Online bersama Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi yang sanggup turun padang mengikuti setiap seminar yang dijalankan bagi membendung fenomena yang semakin menghantui negara ini.

SINAR HARIAN ONLINE: Bagaimana timbul idea menjelajah sekolah seluruh negara bagi membendung fenomena LGBT di negara ini?

DR PUAD ZARKASHI: Sebenarnya seminar keibubapaan menangani gejala LGBT ini bukanlah anjuran Kementerian Pelajaran. Ia dianjurkan oleh NGO, Majlis Permuafakatan PIBG Putrajaya dan Yayasan Guru Malaysia. Pada mulanya, saya hadir hanya sebagai perasmi sahaja, setiap seminar yang mereka anjurkan.

Tidak ada kena-mengena dengan Kementerian Pelajaran, jadi oleh kerana, saya dijemput merasmikan, selepas itu mereka rasakan nak terus jemput saya untuk setiap seminar mereka adakan. Seperti baru-baru ini, di Perlis seminar mereka yang ke-13 dan yang terdekat pada 16 Oktober ini di Kota Bharu, Kelantan.

Saya difahamkan setakat ini, di negeri Perlis baru-baru ini, hampir 11,000 orang yang menghadiri seminar ini yang melibatkan ibu bapa dan juga guru-guru terutamanya guru-guru kaunseling, guru pendidikan Islam, Moral dan juga Guru Hal Ehwal Murid. Jadi ini anjuran NGO pada mulanya.


SINAR HARIAN ONLINE: Jadi apabila timbulnya idea ini, adakah YB rasa mahu teruskan misi jelajah?

DR PUAD ZARKASHI: Ya, pada saya seminar ini bagus. Sebab ia memberi pendedahan kepada ibu bapa terutama guru kaunseling gejala LGBT. Sebab selama ini orang ramai melihat LGBT sebagai satu ‘taboo’ di kalangan masyarakat untuk bercakap mengenai LGBT.

Sama juga mengenai isu seks untuk kita cakap di hadapan anak-anak kita, kita anggap satu ‘taboo’ satu ketika dulu, macam satu yang tidak bermoral pula. Tapi sekarang ini, ramai ibu bapa, ramai yang berani berbicara isu seks kerana kalau tidak berterus terang dengan anak-anak, ditakuti anak-anak mereka terlibat dengan seks bebas. Begitu juga dengan isu LGBT ini. Masih ramai yang tidak mahu membicarakannya.

Sebab itu, kita dapati ramai yang tidak faham apa itu LGBT. Mungkin ada yang faham mengenai lesbian dan gay tetapi mereka ada yang tidak faham mengenai biseksual, transgender, bahkan pada saya sendiri, setelah saya hadir mendengar ceramah yang disampaikan oleh kaunselor bertauliah dan mendengar dua orang yang pernah terlibat dengan kes LGBT menceritakan pengalaman mereka dan mereka sudah bertaubat.

Jadi, maksudnya, ia lebih berkesan dengan cara begini kerana seminar diadakan berdasarkan kes orang yang pernah terlibat dan bertaubat, pernah bergelumang hampir 20 tahun sama ada sebagai transgender atau sebagai gay.

Jadi maksudnya guru dan ibu bapa mudah faham mengenai simptom, mengapa ia boleh berlaku dan adakah kita tidak mampu untuk lakukan pencegahan dari awal lagi terhadap gejala ini? Sebab itu, pada saya seminar ini penting untuk dihadiri oleh ibu bapa dan guru-guru.


SINAR HARIAN ONLINE: Jadi, bagi orang yang berpengalaman terlibat dengan LGBT ini juga akan meneruskan siri jelajah mereka?

DR PUAD ZARKASHI: Ya, setiap kali seminar diadakan, mereka akan hadir. Tapi mereka hadir atas dasar dakwah dan mahu buktikan kepada masyarakat di luar sana, orang yang terlibat dengan LGBT boleh kembali ke pangkal jalan, boleh dipulihkan dengan syarat, mereka mestilah dipulihkan melalui proses kaunseling dan mesti ada keazaman yang tinggi.

Sebab itulah mereka sanggup datang dan sanggup dedahkan identiti mereka kerana mereka menganggap usaha mereka ini sebahagian dari dakwah dan sebahagian daripada tanggungjawab untuk mencegah supaya gejala ini tidak berleluasa.

Mereka yang melibatkan diri dalam siri jelajah seminar ini pernah terlibat dalam gejala LGBT, seorang menjadi gay dan seorang lagi terlibat dalam transgender ialah seorang guru.

Sebenarnya lelaki, tetapi memilih menjadi wanita. Tetapi sudah berubah menjadi lelaki, saya sendiri terkejut lihat gambar beliau semasa berubah jadi perempuan, memang nampak sebagai seorang perempuan tetapi personaliti sekarang ialah lelaki. Sebab itulah pentingnya seminar ini.

Kalau sebelum ini, kita dengar kes seorang profesor berkahwin dengan perempuan dan mempertikaikan jantina isterinya... tetapi saya tak mahu campur kes ini. Tetapi isunya sekarang ini ialah, LGBT merupakan isu yang amat besar berlaku di negara kita. Sebab itu, seminar yang diadakan ini penting.

Pertama, untuk kita memberi pendedahan kepada ibu bapa dan guru tentang gejala ini. Kedua, untuk yakinkan kepada mereka yang pernah terlibat bahawa penyakit ini boleh diperbaiki dan dipulihkan dan yang ketiga, memberi kefahaman kepada ibu bapa dan guru bagaimana untuk melakukan langkah pencegahan iaitu kita mesti melakukan langkah pencegahan sejak awal lagi.

Jika kita tak lakukan pencegahan awal ini, ia akan menjadi sukar untuk kita pulihkan walaupun sebenarnya gejala ini boleh dipulihkan. Ini kerana dalam setiap siri jelajah, kita mempunyai penceramah yang bertauliah bahkan mempunyai klinik mereka sendiri, jumlah pesakit 800 hingga 900 orang dan ramai yang dapat dipulihkan.

Sebab itu bila timbul isu ini, ramai yang mengkritik saya. Mereka menuduh saya sebagai yang tidak rasional dan ada yang sanggup berkata saya ini tidak layak menjadi timbalan menteri kerana mereka sendiri salah faham.

Salah faham ini terjadi apabila ada pemberita dari sebuah media ini, hadir ke seminar yang dikendalikan NGO ini dan memberi laporan bahawa kementerian mengeluarkan tatacara mengenai LGBT dan mendakwa kementerian menyokong tatacara yang dikeluarkan. Apa yang saya mahu tegaskan di sini ialah, perkara ini bohong.

Kementerian tidak pernah mengeluarkan garis panduan dan tidak pernah menyokong tatacara ini. Saya sendiri ada bertanya kepada penganjur adakah mereka ada terbitkan tatacara mengenal golongan LGBT ini dan mereka sendiri nafikan. Tatacara itu hanya bahan ceramah yang digunakan oleh penceramah undangan setiap kali seminar dijalankan.

Kementerian sendiri tidak pernah menyebut untuk menyokong tatacara itu untuk digunakan di sekolah. Akhirnya timbul salah faham dan ada pihak yang menyerang dan menuduh saya macam-macam. Ada yang mengatakan saya tidak bertamadun dan sebagainya.

Dari sinilah menggambarkan bahawa gejala LBGT ini berleluasa di negara kita. Kalau kita selidik, golongan ini mempunyai blog dan website mereka sendiri.

Jadi apabila saya diserang sebegitu, hinggakan golongan ini sanggup menganjurkan perhimpunan “V Neck” baru-baru ini, ini menjadi bukti kuat gejala inilah yang sedang kita hadapi. Senario yang terjadi seperti ini yang meyakinkan saya pencegahan awal mesti dilakukan.

Pencegahan yang kita mahu buat ini bukanlah bermaksud apabila ada garis panduan ini, kita pergi ke jalan raya dan tangkap mereka yang terlibat dalam LBGT ini, tidak sama sekali. Ini yang saya katakan salah faham hingga ada yang sanggup mempertikaikan saya melalui blog, menyerang saya mengatakan gejala ini bukan penyakit tetapi ia merupakan kejadian ‘biological’ atau anugerah Tuhan tetapi pada saya gejala ini merupakan penyakit iaitu penyakit sosial kerana berdasarkan fakta, gejala LGBT ini juga menjadi penyumbang kepada HIV, selain daripada dadah.

Kedua, LGBT juga menjadi penyumbang kepada masalah keruntuhan rumah tangga. Pada saya ini merupakan penyakit. Jika ada yang berkata ia merupakan masalah keturunan atau kecenderungan yang tidak boleh disekat, sedangkan mereka yang pernah terlibat dalam gejala ini, mereka sendiri telah buktikan kepada masyarakat di luar sana, mereka boleh diperbetulkan.

Sebab itu saya kata tadi isunya ialah melalui pencegahan dan ibu bapa, kalau mereka tidak sedar gejala ini dari awal, akan jadilah seperti kes yang ada ibu bapa buat laporan polis mengatakan anak mereka hilang dan tidak dapat dihubungi ketika di luar negara, apabila disiasat, baru mendapat tahu yang anak lelaki mereka sudah berkahwin dengan kaum sejenis.

Maksudnya di sini ialah, jika ibu bapa lakukan pencegahan dari awal. Jadi, adakah ibu bapa mahu melihat senario ini berlaku di masa akan datang.

Jika satu hari nanti anak lelaki mereka pulang bawa menantu lelaki dan anak perempuan bawa pula menantu perempuan? Saya tidak fikir ibu bapa di negara ini mampu menerima anak-anak mereka melakukan perkahwinan sesama jenis.

Masalahnya pula LGBT ini melibatkan pelbagai isu seperti HIV, keruntuhan rumah tangga, gejala sosial, kehidupan yang tidak bermaruah dan sebagainya. Sebab itu saya kata seminar ini penting bagi memberi pendedahan dan usaha yang kita boleh lakukan untuk membendung gejala ini dari terus berlaku. Contohnya jika anak lelaki kita selalu dan kerap minta kebenaran untuk tidur di rumah rakan lelaki, jadi kita mesti siasat, kenapa kerap sangat minta kebenaran? Kalau tiada apa-apa, tidak mengapalah, tetapi kita bimbang berlaku sesuatu dan risau jika mereka terpengaruh.

Sebab itu, saya mahu katakan di sini, gejala ini timbul bukan sekadar kecenderungan seks semata-mata, tetapi ia juga melibatkan pengaruh rakan sebaya. Terutama sekali pengaruh internet sekarang ini. Golongan LGBT ini, ada blog mereka sendiri, ada pesta tersendiri, mana tahu anak-anak kita baca blog seperti ini lalu terpengaruh, akhirnya mereka juga terlibat. Sebab itu saya katakan perlunya pencegahan awal.

Golongan ini juga mengecam hingga sanggup membuat tuduhan liar mengatakan kementerian mengisytiharkan LGBT ini merupakan musuh nombor satu. Ini tidak betul dan kita sendiri tidak pernah mengatakan perkara sebegitu.

Cuma pada saya, tujuan mereka ini hanyalah untuk memburuk-burukkan seminar ini semata-mata dan memberi persepsi negatif dan satu lagi mereka katakan kita memberikan mesej yang amat berbahaya antaranya menimbulkan kebencian, yang kedua ‘intolerance’, yang ketiga ialah ‘homophobia’, yang keempat ialah ‘violence’.

Ini antara mesej yang mereka katakan apabila kita adakan seminar tetapi semua ini tidak betul. Kita mengadakan seminar ini bukanlah bertujuan apabila kita tahu ciri-ciri golongan LGBT, maka kita pergi ke jalan raya, nampak saja ciri-ciri LGBT, kita tangkap atau pukul, kita tidak akan buat begini.
‘Intolerance’, maksudnya jika kita tahu mereka yang bersifat ‘lembut’. Kita tidak terima mereka untuk menjadi seorang guru, tapi stigma ini tidak betul. Kita tidak pernah ‘discriminate’ seseorang walaupun mereka lembut.

Hakikatnya, kementerian sendiri memang ada guru yang ‘lembut’ tapi kita tak pernah pun buang mereka kerana mereka ‘lembut’. Cuma, kita hanya akan ambil tindakan jika ada seorang guru yang terlibat dalam pertandingan seperti ‘Ratu Pondan’.

Jika melibatkan kes sebegini, memang kita akan ambil tindakan kerana menyertai pertandingan ‘Ratu Pondan’. Maksudnya, mereka telah melanggar etika seorang guru tetapi jika mereka berpewatakan lembut, itu bukan soal kementerian untuk ‘discriminate’ mereka sebagai seorang guru. Jadi, tidak timbul soal ‘intolerence’, ‘violence’ atau homophobia.

Sebab tu kita buat seminar, supaya sesiapa yang terlibat dengan LGBT ini, mereka boleh diberi kaunseling. Orang yang membuli pun kita boleh beri kaunseling supaya mereka tidak membuli lagi golongan LGBT ini. Ini sebenarnya tujuan kita jadi, tidak timbul soal mesej bahaya yang mereka tuduh hingga mereka gelarkan saya seorang Timbalan Menteri Pelajaran yang tidak bertamadun.


SINAR HARIAN ONLINE: Jika seminar ini dimulakan oleh usaha NGO, ada atau tidak usaha kementerian dalam menangani fenomena LGBT ini?

DR PUAD ZARKASHI: Setakat ini memang tiada lagi. Sebab itu kita mengalu-alukan seminar ini kerana mereka menjemput VIP dari PIBG kerana jawatankuasa ini bercampur dengan guru-guru. Jadi kita perlulah memberi sokongan atas usaha-usaha murni seperti ini.

LGBT ini berlawan dengan etika manusia yang dianugerahkan oleh Tuhan iaitu hidup berpasangan lelaki dan perempuan. Kenapa pulak lelaki kena kahwin dengan lelaki? Perkara ini yang kita nak tangani kerana jelas ia memang salah.


SINAR HARIAN ONLINE: Adakah YB akan panjangkan atau usulkan perkara ini ke pihak kementerian atau terus bergerak secara sendiri?

DR PUAD ZARKASHI: Sebab itu saya cakap tadi, isu ini harus ditangani bersama. Sebab itu, pada saya apabila ada pihak lain terutama sekali orang politik (pembangkang) yang cuba mempolitikkan isu ini, dalam perkataan lain, ada pemimpin yang menyokong Seksualiti Merdeka.

Apabila mereka menyokong Seksualiti Merdeka, atas isu ‘human right’, pada saya ini adalah satu tindakan yang melampaui batasan nilai masyarakat Malaysia.

Mereka seolah-olah melihat kita mesti memberi kebebasan kepada golongan ini secara terbuka, sedangkan hakikatnya kita lebih suka menggunakan pendekatan untuk melakukan sesi kaunseling, bukannya kita mahu buat kekacauan atau sebagainya. Jadi apabila ada pemimpin yang mempertahankan isu seksualiti merdeka ini, saya melihat tujuan mereka lebih kepada politik. Mereka mempolitikkan isu ini, seolah-olah kita ini mendiskriminasi sedangkan ia tidak timbul sama sekali.

Jadi maksudnya, bukan saja kita harus menolak pemimpin yang terlibat dengan gejala ini, tetapi yang menyokong pun, pada saya amat keterlaluan. Kita di Malaysia cukup jelas yang kita tidak akan lakukan sebarang diskriminasi, apa yang kita mahu lakukan hanyalah pembetulan.

Iaitu jika ada golongan seperti transgender terlibat dengan pelacuran dan benda seperti ini bukan menjadi satu rahsia lagi. Kita sendiri boleh lihat di iklan-iklan yang menawarkan perkhidmatan seperti ini, maka kita sendiri perlu betulkan.

Sebab itu, kita sendiri tak pernah lihat mana-mana pegawai agama atau penguatkuasa yang pergi ke tepi-tepi jalan tangkap orang jika mereka lesbian atau gay, tidak pernah sama sekali.

Seksualiti Merdeka ini tidak seharusnya timbul kerana jika ada pun sesuatu kes, jika ada penguatkuasa tempatan majlis perbandaran melakukan tangkapan jika golongan ini terlibat dalam aktiviti pelacuran. Golongan bukan LGBT juga ditangkap jika terlibat dengan pelacuran sebab melacur tanpa lesen. Bukan mereka ditangkap kerana mereka ini golongan LGBT.


SINAR HARIAN ONLINE: Sejauh mana keberkesanan usaha bendung LGBT melalui seminar-seminar di sekolah atau siri jelajah ini?

DR PUAD ZARKASHI:
Saya cukup yakin usaha ini berkesan terutama kerana ini merupakan pendedahan yang murid-murid sekolah tidak pernah dapat. Mereka juga berpeluang untuk bersoal jawab dengan golongan yang pernah terlibat dengan LGBT ini dan mereka juga boleh faham sepenuhnya yang gejala yang tidak pernah didedahkan. Sebelum ini orang akan beranggapan yang gay ini merupakan lelaki lembut sedangkan gay ini juga kadang-kala akan berperwatakan seperti lelaki normal yang lain.

Seperti golongan yang pernah terlibat dalam fenomena LGBT, untuk melindungi dirinya supaya tidak dikenali sebagai gay, jadi dia pun berkahwin. Jadi orang luar tidak akan tahu yang dia ini gay.

Tetapi pada waktu malam, dia akan keluar dan cari lelaki. Saya sendiri pernah berhadapan dengan kes, seorang guru lelaki berjumpa dengan saya, minta tolong kerana digantung tugas sebagai seorang guru. Lalu saya bertanya mengapa sampai digantung tugas? Dia berkata yang dia didakwa di mahkamah majistret dan dia tunjukkan surat bukti dia didakwa di mahkamah.

Jadi saya pun bertanya, mengapa sampai didakwa? Maka, dia kata yang dia didakwa atas kesalahan merangsang seks. Kemudian saya bertanya, adakah sudah berkahwin dan dia menjawab sudah tetapi bercerai dengan isterinya.

Jadi kita dapat lihat, gejala ini juga boleh menyebabkan keruntuhan rumah tangga. Kemudian saya tanya dia ada anak atau tidak? Kemudian dia kata, tiada anak. Lalu saya pun bertanya, merangsang seks kepada pelajar lelaki atau perempuan dan dia mengaku merangsang seks pada pelajar lelaki. Maksudnya mungkin cikgu ini gay.

Maksudnya di sini ialah kita tidak boleh melihat secara luaran saja dan jangan pandang ringan masalah ini. Ini bukan nilai kemanusiaan. Sebab itu, saya berani membantah jika mereka mengatakan gejala ini melibatkan keturunan atau biologi.

Ada juga pihak yang bertanya saya, adakah perkara ini begitu serius terjadi di sekolah? Masalahnya sekarang ini, bukan soal serius atau tidak perkara ini hingga terpaksa adakan seminar ke sekolah, tetapi soalnya ialah perkara ini semakin serius di kalangan masyarakat kita.

Maka atas sebab itu, kita mesti lakukan pencegahan awal kerana segalanya akan bermula di sekolah. Sama juga jika kita mahu mencegah orang ramai terlibat dengan gejala dadah, kita mesti mulakan langkah pencegahan dari sekolah supaya mereka sedar.


SINAR HARIAN ONLINE: Bagaimana pula sambutan yang diterima di kalangan murid-murid sekolah?

DR PUAD ZARKASHI: Alhamdulillah, mereka tidak berganjak dan tidak sedetik pun mereka bising apabila mendengar pendedahan sebegini. Guru-guru juga menunjukkan minat untuk bertanyakan soalan dan apabila mereka tidak berganjak untuk mendengar seminar, saya menganggap yang mereka juga merasakan perkara (LGBT) ini merupakan perkara yang serius.

Seperti juga diri saya, saya sanggup pergi menjelajah ke semua tempat untuk menyampaikan mesej ini sebab kalau saya baca dalam blog, menurut blog LGBT Malaysia, menyebut bahawa dianggarkan negara kita ini menjelang tahun 2015, terdapat lebih kurang 300,000 pengidap HIV. Saya kurang pasti dari mana data itu diperoleh. Jadi maksudnya, pengidap HIV di negara kita ini meningkat. Ini kerana bukan soal dadah semata-mata tetapi juga melibatkan gejala LGBT.


SINAR HARIAN ONLINE: Setakat ini adakah kementerian mempunyai statistik sendiri berhubung fenomena ini?

DR PUAD ZARKASHI: Setakat ini tidak ada lagi. Saya juga tidak ada lagi statistik.


SINAR HARIAN ONLINE: Apakah kekangan yang terpaksa dihadapi dalam menjayakan misi ini?

DR PUAD ZARKASHI: Tidak ada halangan. Halangan yang kita terpaksa hadapi cuma ada pihak lain terutama golongan LGBT ini yang memberi gambaran yang salah, mereka mengadakan perhimpunan V-neck, ada juga sebuah restoran beriani yang beri makanan percuma kepada sesiapa yang memakai baju V-neck. Mereka memperolok-olokkan seminar ini. Isu ini juga mendapat perhatian antarabangsa.

Sebab itu, saya melihat ada pemimpin yang membuat kenyataan mengatakan akta sodomi ini perlu dipinda, sudah ketinggalan zaman. Pada saya, kenyataan ini seperti fahaman liberal.


SINAR HARIAN ONLINE: Sejauh mana tahap serius fenomena LGBT di negara ini?

DR PUAD ZARKASHI: Memang serius. Cuba buka blog LGBT, baru kita akan tahu sejauh mana seriusnya fenomena LGBT ini di negara kita. Apabila mereka mengecam saya dengan mengadakan perhimpunan V-neck, maksudnya mereka memperlekehkan seminar ini, mereka juga timbulkan persepsi yang salah. Ini yang kita anggap perkara ini serius.

Mereka ada blog sendiri, ada perhimpunan mereka sendiri, buat perjumpaan jadi dari sini kita tahu perkara ini memang serius.


SINAR HARIAN ONLINE: Apakah langkah seterusnya selain road tour di sekolah-sekolah? Ada misi atau jalan lain untuk perangi LGBT?
DR PUAD ZARKASHI: Saya harap, lebih ramai pihak yang tampil ke depan bagi sama-sama menangani masalah ini. Saya harap lebih ramai kaunselor-kaunselor bertauliah yang mahir dengan isu ini, membuka klinik-klinik mereka, supaya bila ada saja kes, mereka yang terlibat mudah untuk dapatkan khidmat kaunseling, saya harap lebih ramai klinik-klinik kaunseling ini diwujudkan.


SINAR HARIAN ONLINE: Bagaimana penerimaan yang diterima oleh pihak sekolah dan ibu bapa?

DR PUAD ZARKASHI: Berdasarkan seminar itu, nampaknya mereka lebih terbuka menerima seminar yang dijalankan ini. Jadi dari situ, peserta seminar ini akan timbul keinsafan, apabila banyak perkara dalam seminar ini dapat mengingatkan ibu bapa mengenai langkah pencegahan.

Ibu bapa sekarang pun sudah semain terbuka untuk menerima, kita tidak boleh menyerahkan isu pendidikan ini kepada sekolah semata-mata, ibu bapa sendiri kena lihat dan pantau anak-anak mereka. Sebab itu kita panggil seminar ini sebagai seminar keibubapaan, sebab seminar yang dijalankan ini khusus untuk ibu bapa. Walaupun sudah lama bergelar ibu bapa, tidak semestinya mereka mahir mengenai isu LGBT dan tidak semestinya mereka mahir mengenai internet. Sebab itu saya katakan yang seminar ini penting, dan ibu bapa juga bersikap terbuka untuk menerima.

Setakat ini, seminar yang dijalankan memang mendapat sambutan. Ada yang sanggup datang dari jauh semata-mata untuk menghadiri seminar yang dijalankan.


SINAR HARIAN ONLINE: Adakah YB akan meneruskan usaha ini turun ke padang bagi memberi kesedaran kepada ibu bapa di luar sana?

DR PUAD ZARKASHI: Ya, memang saya akan teruskan misi jelajah ini. Walaupun saya sibuk, terpaksa berkejar ke sana ke mari, saya akan tetap laksanakan tanggungjawab saya dan mencuri sedikit masa bagi mengikuti siri jelajah atau seminar keibubapaan ini ke setiap negeri.

@n_izzah Ketaq Lutut Lawannya @RajaNongChik Di Lembah Pantai


Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil sudah bersuara semalam untuk membawa usul Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik sebagai calon Parlimen Lembah Pantai pada PRU 13 akan datang.

Soalnya, adakah Nurul Izzah berani mempertahankan kerusi Parlimen tersebut ataupun Nurul Izzah akan angkat kaki lari ke Parlimen yang lebih selamat untuk dirinya. Dengar ura², Nurul Izzah akan bertanding di kerusi PAS sebelum ini iaitu di Titiwangsa. Sama ada benar ataupun tidak dakwaan tersebut, nanti saya akan keluarkan berita mengenai kebenaran dakwaan tu. 

Adakah kekuatan jentera 'import' Nurul Izzah sudah menyamai kekuatan jentera BN di Lembah Pantai hari ini? Atau,

Nurul Izzah sudah mula menjahit bendera putih dan akan dikibarkan di Lembah Pantai nanti? 

KUALA LUMPUR - Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini menyatakan sokongan terhadap Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk kerusi Parlimen Lembah Pantai pada pilihan raya umum ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi.

Bekas anggota Parlimen Lembah Pantai itu berkata tiada siapa yang lebih layak selain Raja Nong Chik yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno kerana kerja kerasnya di kawasan Parlimen Lembah Pantai selama ini.

Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat itu juga berkata: “Sebenarnya saya telah menyokong Datuk Raja (Nong Chik) sejak tiga tahun yang lalu, cuma hari ini saya umumkan.

“Ini kerana Datuk Raja Nong Chik telah bersama saya selama 15 tahun ketika saya menjadi ahli parlimen Lembah Pantai selama tiga penggal,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Raja Nong Chik yang juga Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar turut hadir pada sidang akhbar itu.

Raja Nong Chik berkata hubungan beliau dengan Shahrizat tidak pernah putus walaupun terdapat dakwaan bahawa beliau menjadi punca karier politik Shahrizat berakhir.

“Semasa dalam kabinet, saya duduk sebelah menyebelah dengan Shahrizat. Saya akui kadang-kadang saya ada perbezaan pendapat, tapi saya tidak pernah bergaduh dengan Datuk Seri.

“Sebenarnya yang nak sangat kami gaduh cuma pembangkang, mereka seboleh-boleh mahu Umno berpecah supaya mereka menang dengan mudah. Kalau parti Umno ini bersatu padu, mustahil mereka akan dapat menang,”
katanya.

Sementara itu, Shahrizat juga menuntut Nurul Izzah menunaikan janji untuk memberikan elaun saraan dari RM600 hingga RM1,500 kepada suri rumah jika menang pilihan raya umum 2008.

“Semasa kempen 2008, beliau menjanjikan elaun saraan kepada suri rumah, sekarang sudah empat tahun, mana dia janji-janji mereka?

“Ternyata ini adalah janji kosong mereka, asalkan mereka dapat menang pilihan raya, mereka tidak lagi mempedulikan rakyat,”
katanya. - Bernama


Monday, October 22, 2012

Inisiatif Bantuan Lesen 1Malaysia, Tahniah SHEB #BL1M


Kejadian kemalangan jalan raya yang sering saja terpapar di dada akhbar hari ini kian membimbangkan terutamanya sekali kepada penunggang² motosikal. Kebanyakan mangsa terdiri daripada penunggang² yang tidak mempunyai lesen memandu. Acap kali juga sekatan jalan raya yang dijalankan oleh pihak berkuasa Polis DiRaja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendapati kalangan mereka yang ditahan sebenarnya merupakan pesalah berulang, yakni mereka yang sudah dua tiga kali ditahan pihak berkuasa.

Alasan yang kerap didengari oleh pesalah jalan raya ini adalah masalah mendapatkan lesen seperti nama yang telah disenarai hitam, mempunyai rekod di Mahkamah dan tidak mampu membiayai kos perbelanjaan mengambil ujian memandu ditambah pula tidak semua mereka ini mempunyai tahap kemahiran komputer yang baik.


Menyedari akan pentingnya kesedaran pengetahuan undang² jalan raya, Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) telah memperkenalkan sebuah program perintis Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) dengan tujuan untuk meningkatkan pengetahuan undang² jalan raya dan etika pemanduan dalam kalangan golongan sasaran. Bertepatan dengan itu, SHEB bersama Kelab Anak Wawasan Pekan Pahang (KAWAN) telah memulakan program ini pada awal Mei yang lepas di sekitar Pekan, Pahang.

SHEB dan KAWAN mendapat lebih 800 permohonan daripada golongan sasaran di kawasan tersebut dan hanya 234 peserta sahaja berjaya mendapatkan lesen kelas B2 ini kerana mempunyai kelayakan seperti yang dikehendaki. Apa yang menariknya, kos pembiayaan mengambil ujian memandu ini dibiayai secara percuma.


Perdana Menteri, YAB Dato Seri Najib Tun Razak ketika berucap, beliau berkata;

"Ini merupakan salah satu daripada bantuan yang dapat kita berikan kepada golongan belia".

Semoga program yang mengambil kira kepentingan golongan sasaran ini dapat diperluaskan secara menyeluruh. Secara tidak langsung, program sebegini dapat membantu agensi² kerajaan serta penguatkuasaan dan dalam masa yang sama dapat mengurangkan kadar kemalangan dan pematuhan undang².


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...