PM

 photo IMG-20140720-WA0036.jpg

Monday, December 31, 2012

Kantoi Blogger OmakKau Kaki Fitnah UMNO #1Malaysia #TolakPR #TolakFitnah

Malam tadi telah diadakan ceramah umum 'Awas Gelombang Fitnah' yang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (ILMU), Ustaz Fathul Bari Mat Jahya di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.

Tajuknya saja Gelombang Fitnah tapi hari ini Pembangkang menerusi blogger @ pencacai mereka terus menfitnah jumlah kehadiran penonton pada ceramah tersebut.

Lihat gambar di bawah.



Jadi apa yang diucapkan oleh Ustaz Fathul Bari mengenai merbahayanya fitnah ni memang ada kewajarannya. Inilah bentuk fitnah yang dijaja oleh Pembangkang demi memalukan program² UMNO.

Dalam keriuhan ceramah semalam yang diselangi dengan hujan renyai, beberapa orang PR yang berada berhampiran kawasan berkenaan telah memasang ceramah Ustaz Azhar Idrus di speaker milik mereka dengan kuat dengan niat mungkin ingin mengganggu ceramah Ustaz Fathul Bari.

Namun provokasi yang dilakukan PR, tidak sedikit pun membuatkan orang ramai tergugat dengan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Fathul Bari.

Terima kasih Ustaz Fathul Bari kerana sudi hadir ke program anjuran UMNO Bandar Tun Razak.

@ngehkooham Mahu Cetuskan Tragedi Seperti 13 Mei? #1Malaysia #TolakPR #TolakFitnah



Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham disifatkan semakin melampau dan langsung tidak menghormati sensitiviti umat Islam berikutan tindakannya menyamakan al-Quran dengan Bible berhubung penggunaan kalimah Allah.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahya berkata, tindakan Koo Ham itu juga sengaja mahu mencabar maruah dan kesabaran umat Islam di negara ini di samping menyokong prinsip pluralisme.


"Apa yang dia (Koo Ham) faham tentang Islam dan al-Quran? Bagaimana dia boleh menyamakan al-Quran dengan Bible sedangkan dia sendiri tidak mendalami mahupun mengamalkan bacaan al-Quran dalam kehidupan sehariannya," katanya Fathul Bari.

Dalam laman sosial Twitter kelmarin, Koo Ham yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sitiawan mengeluarkan kenyataan berbunyi:

 “Just like the Quran, the Bible also use many names to describe God into different circumstances to describe the attributes of God"
(Seperti al-Quran, Bible juga menggunakan banyak nama untuk menjelaskan tuhan dalam keadaan yang berbeza untuk menggambarkan sifat-sifat tuhan)

PART 3.1 : THE LIES, DISTORTION AND MISREPRESENTATIONS OF @rafiziramli #1Malaysia #TolakFitnah #TolakPR

Rafizi insists that 330,000 heads of cattle was the production number for the NFC project. Rafizi also insists that this target must be achieved in 2009. Rafizi also believes in a lot of other things. All these beliefs are as he claims, based on his premise of a paper that he has from the Department of Veterinary Science (DVS).

Rafizi told the Malaysian Insider (“PKR disputes government claim, says cattle project is a failure”, 1 November 2011), the ministry had aimed to produce 50,000 tonnes of beef annually by 2009, which will hit 40 per cent of the country’s demand.

“So the 50,000-tonne target means there must be at least 330,000 cattle slaughtered a year,” Rafizi said.

“Yet, the minister declared the project a success. He clearly failed to refer to these details. We are not cows, we can count,” Rafizi told a news conference in Parliament.

Rafizi fails to realize that what he has in his hands is nothing but an outdated concept paper mooted for a beef valley project. Nowhere in this concept paper was there any mention of 330,000 heads of cattle as a production target claimed by Rafizi. And even then, the production target for the Integrator of the NFC Project is 60,000 heads of cattle.

So Rafizi’s rant that 330,000 heads of cattle was the production target for NFCorp, was nothing but a big wild lie on his part to stir the minds of the ordinary man. If one examines the concept paper, one will find that it is preliminary idea designed for an entire beef valley project mooted for the National Meat Policy (Ruminant Sector) 2006. Let’s take a look at the DVS concept graphic for the truth –



In this concept graphic, the cumulative annual production target is 276,000 heads of cattle (60,000 from the Feedlot Integrator + 30,000 from three commercial farmers + 186,000 from 310 satellite contract farmers). Does this add to 330,000, one would need to ask trained accountant Rafizi?

And if you examine this graphic, one will find that NFCorp is not even mentioned in the equation. This underscores how preliminary this concept paper was. We can only assume that NFCorp takes the role of Integrator of Feedlot, Lamberts Agricultural Trade (M) Sdn Bhd is one of the commercial farmers, and the 310 others are the contract farmers who would be called in once the Export Quality Abattoir is built by the Government.

In reality, what was finally agreed in the Implementation Agreement signed between National Feedlot Corporation and the Government of Malaysia in March 2010, is entirely different from the preliminary concept paper.

To be continue...

HAPPY NEW YEAR RAFIZI LEMBU !!

Masuk PAS Untuk Melepaskan Geram Je

BOHONG lah sekiranya artis² yang masuk ke dalam PAS tu mempunyai agenda lain selain daripada niat kembali ke pangkal jalan.

Dua kesilapan yang terlalu bodoh jika difikir²kan semula.

1- Masuk PAS untuk mencari sinar Islam di dalamnya.
2- Masuk PAS kerana mudah untuk melepaskan geram kepada kerajaan.

Mengapa saya berkata demikian?

Adakah orang-orang di dalam PAS berani katakan bahawa PAS adalah parti Islam sebenar-benarnya? PAS bukan Islam sebaliknya hanyalah sebuah parti yang mengambil kesempatan menggunakan nama Islam padanya.

Perbezaan PAS dan parti lain?
Di dalam PAS, orangnya memakai serban, jubah dan bertudung labuh. Itu saja, selebihnya tetap sama seperti parti lain.

Kita lihat perbezaan yang simple antara PAS dan UMNO.
Pentadbiran PAS di Kelantan & Kedah - Tiada satu pun Masjid didirikan kerajaan negeri PAS. Sebaliknya Madrasah pula yang ingin diroboh di Kedah.
Pentadbiran UMNO - Masjid dibangun seimbang dengan peningkatan penduduk dan dipelihara dengan baik. Tiada campur tangan dalam urusan jawatankuasa Masjid namun tetap dipantau oleh Majlis Agama negeri.

Berbalik pada soal artis melompat ke dalam kandang harimau PAS. Saya ingin bertanyakan soalan.
Siapakah di kalangan artis yang melompat ke dalam PAS, langsung tidak pernah berdiri di atas pentas PAS?
Mengapa naik atas pentas?
Mengapa tidak menggunakan platform media yang lain seperti blog, twitter dan facebook untuk menyatakan pendirian politik?

Kesimpulannya mudah, artis² yang berada di dalam PAS sebenarnya teruja ingin popular dan menggunakan PAS sebagai batu loncatan kepada sesuatu yang lebih baik untuk diri mereka. Lihat bagaimana Abby Abadi selepas bertudung, perangainya tidak menunjukkan peribadi sebagai seorang Muslim yang jauh berubah kepada kebaikan.

Banyak teriakannya menyalahkan dan mengecam kerajaan dalam pelbagai perkara. Mungkin Abby hanya nampak keburukan di dalam UMNO sahaja padahal keburukan yang sebenar, jelas kelihatan dalam PAS.


Sunday, December 30, 2012

Awas Gelombang Fitnah #1Malaysia #TolakFitnah #TolakPR Malam Ini !! @NajibRazak


Fitnah dan Pembangkang sememangnya tidak boleh dipisahkan lagi. Tambahan pula dengan pergolakan politik semasa tanah air yang mana rakyat dapat melihat bagaimana Pembangkang begitu terdesak menduduki kerusi empuk Putrajaya.

Fitnah sudah menjadi makan dan minum Pembangkang terutama sekali semenjak Pilihanraya Umum 2008.

Sasaran utama fitnah Pembangkang adalah UMNO iaitu parti yang kuat menerajui kerajaan hari ini.

Malam ini, Ustaz Fathul Bari yang merupakan Ulama Muda UMNO (ILMU) akan merungkai persoalan mengenai politik dan fitnah.

Ucapan beliau pada Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini mengenai FITNAH juga telah memberi impak yang terbaik buat UMNO untuk hari ini dan masa akan datang. Pembangkang juga kini merasa tempias kebimbangan akan fitnah yang direka oleh mereka.

Kepada rakyat yang mempunyai kelapangan malam ini terutama dari sekitar Bandar Tun Razak, jom turun beramai-ramai di Jalan Jujur, Taman Mewah untuk mengikuti ceramah umum 'Awas!! Gelombang Fitnah' pada jam 9malam ini.

Jom hebahkan.

Update via My BlackBerry® Smartphone Powered By Barisan Nasional

Saturday, December 29, 2012

Tanah Jadi Gadaian Kuasa DAP ! #1Malaysia #TolakPR #TolakFitnah

Sebagai seorang wanita, saya mengucapkan sekalung tahniah kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Rapat, Datuk Hamidah Osman yang lantang membongkar isu syarikat Upayapadu yang berkait dengan Kor Ming dan Kor Ham.

Selama ini kita banyak tertanya-tanya kenapa DAP sanggup bersengkonkol dengan PAS dan PKR, adakah ianya sekadar pejuangan murni yang mahu menghacurkan penguasaan Melayu didalam Malaysia? atau adakah ianya satu perjuangan mahu asal sebagai parti politik kerana perjuangan dasar mereka?

Syarikat Upayapadu telah membuktikan segalanya, ada barter tread didalam perjuangan Pakatan Pembangkang. Di Perak, menghalalkan Nizar untuk menjadi Menteri Besar, tanah Kelantan yang dipenuhi hasil peribumi di gadaikan kepada DAP.

Gambar ini sempena meraikan DAP berkuasa di Selangor, Perak, Pulau Pinang!

Menurut kenyataan Nik Aziz, ianya adalah satu Fitnah, saya tidak menyalahkan Nik Aziz dalam perkara ini kerana beliau sendiri tidak tahu tentang perkembangan di dalam Syarikat kerana faktor usia.

Namum penjelasan daripada Yayasan Islam Kelantan amat jelas apabila mereka mendapat 1.5 juta akibat daripada pertukaran Pengarah syarikat Upayapadu!

"Pertukaran komposisi pengarah dan pegangan saham dalam Upayapadu Plantation Sdn Bhd telah dimaklumkan kepada Yayasan Islam Kelantan pada Mei 2012, di mana ekoran pertukaran tersebut, pihak syarikat dikehendaki membayar sumbangan kepada YIK sebanyak RM1.5 juta," katanya.

Adakah kerajaan Negeri dan EXCO juga macam tak tahu ianya akan bertukar tangan kepada Ngeh dan Kor? atau adakah ini dianggap secara tidak sengaja Kor dan Ngeh mendapat tanah lebih dari 10 ribu Hektar?

Tahniah kepada www.pisau.net yang secara konsisten mendedahkan rahsuah politik diantara Pakatan Pembangkang demi untuk mengekalkan kuasa diantara mereka, dan ini sudah pastinya akan membuka mata rakyat yang selama ini mengharapkan perjuangan DAP, PAS dan PKR adalah murni.

Saya juga ada mendengar perkhabaran dari Selangor yang mana jawatan Menteri Besar yang sepatutnya di sandang oleh DAP tetapi bertukar kepada PKR mempunyai nilai GADAIAN yang tinggi.

Ini menjawab kenapa mejoriti EXCO Majlis Daerah dikalangan DAP dan ini juga menjawab kenapa Teresa Kok mendapat jawatan penting dan banyak di Selangor. Khabarnya beliau melobi mahu menjadi Menteri Besar mewakili DAP namun tidak kesampaian kerana beliau bukan Melayu.

Saya menunggu lagi berapa banyak sebenarnya harta digadaikan semata-mata mahu memelihara DAP oleh Pakatan Pembangkang!!

Sumber : Suara Razlan

Friday, December 28, 2012

Rumah Disimbah Cat Sebab Menegur Penceramah #1Malaysia #TolakPR #PRSamseng


Gara-gara menegur penceramah yang menghina Yang di-Pertuan Agong dan pemimpin negara, rumah seorang penduduk disimbah cat merah.

Mangsa, Ab Halim Tuah Rahmat, 44, berkata, perbuatan khianat tersebut dipercayai dilakukan beberapa pihak setelah dia menegur seorang penceramah di sebuah surau berdekatan dengan rumahnya di Seksyen 5, di sini pada Khamis, minggu lalu.

Menurutnya, dia menyedari rumahnya di simbah cat pada Selasa lalu oleh jirannya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) sewaktu dia dan keluarganya berada di Melaka.

“Saya percaya dan mengesyaki perbuatan ini ada kena mengena dengan pertikaman lidah antara saya dengan penceramah serta jawatankuasa suara setelah mempertikaikan tindakan penceramah menghina Yang di-Pertuan Agong dan pemimpin negara dalam kuliah maghrib.

“Saya juga percaya tindakan mereka ini cuba untuk menakut-nakutkan saya dan keluarga supaya saya berdiam diri dalam perkara ini,” katanya yang baru tinggal di Seksyen 5 Wangsa Maju pada tahun ini.

Halim yang juga Pegawai Khas kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, dia tetap akan mempertahankan tindakannya bagi menjaga nama baik institusi Raja dan pemimpin negara daripada sebarang tohmahan.

Katanya, dia akan memberi tempoh seminggu kepada pelaku yang menyimbah cat ke rumahnya untuk membersihkan rumahnya.

“Kejadian menghina Yang di-Pertuan Agong ini juga adalah kali kedua di surau sama setelah saya pernah membuat laporan polis mengenainya pada 15 November 2012,” katanya.

Jelasnya, dia turut difahamkan oleh orang ramai bahawa penceramah tempoh hari bukanlah seorang ustaz yang layak memberi ceramah agama tetapi merupakan bekas anggota tentera dan polis yang dipecat.

Menurutnya, perbuatan penceramah itu jelas secara terang-terangan bermotifkan politik untuk menyerang kedudukan institusi Raja-raja Melayu dan memfitnah pemimpin negara.

Sementara itu, jiran mangsa, Wan Ahmad Wan Ngah, 56, berkata, dia menyedari kejadian berlaku pada pagi Selasa apabila tingkap rumahnya pecah dan bengkok setelah dipercayai terkena balingan batu.

“Bagaimanapun, saya terkejut apabila mendapati rumah jiran saya disimbah cat merah dan saya segera menghubungi tuan rumah selepas itu,” katanya.

Akibat Amanat Hadi Awang #1Malaysia #TolakPR #TolakFitnah


Apa nak dikata

THE LIES, DISTORTION AND MISREPRESENTATIONS OF @rafiziramli #1Malaysia #TolakPR #TolakFitnah

@rafiziramli – mess with the bulls, you’ll get the horns


At the height of the National Feedlot Centre (NFC) drama, every news story that was churned by the pro opposition news portals following statements given by PKR Strategy Director Rafizi Ramli and his gang, would reverberate NFCorp described “in a mess.” Citing the Auditor-General’s 2010 Report without any verification, portals like MalaysiaKini, Malaysian Insider, Malaysia Chronicle and Free Malaysia Today went at length on this hook-line to induce readers into believing so. Their almost daily echo was the work of Rafizi who had orchestrated a massive propaganda campaign against NFC the project and NFCorp the company. To be honest, National Feedlot Corporation was never in any mess. In the first place, the company was never audited by the AG. But these news portals stood by a belief that Rafizi had the facts. Well, Rafizi didn’t. It was never a fact that there was a “mess”. Fabiani Azmi looks up more of the lies and brings out the truth for all to see.

Even the Auditor-General had had enough of the nonsense by the opposition to warrant a statement to be issued to affirm that the AG’s 2010 Report had never said the National Feedlot Centre was ever “in a mess”. Tan Sri Dato’ Setia Haji Ambrin Buang in a media statement and in a letter to NFCorp on 25 January 2012, explained that the Jabatan Audit Negara did not audit private limited companies. NFCorp, Ambrin said, was never audited by his department. And he underscored the fact that he had never said NFC was “in a mess” (see pic).




i. “Perkara yang menjadi fokus utama pengauditan prestasi yang dijalankan oleh JAN ialah pencapaian projek Pusat Fidlot Nasional (PFN) sejak penubuhannya pada tahun 2006 dan bukannya National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFCorp) sebagai sebuah syarikat.”

ii. “NFCorp adalah syarikat yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia di mana Kementerian Kewangan Diperbadankan memegang satu golden share bernilai RM1. Manakala modal berbayar berjumlah RM1.11 juta telah disumbangkan oleh Agroscience Industries Sdn. Bhd.”

iii. “Jika dibaca keseluruhan LKAN 2010 itu, tidak ada pun disebut perkataan-perkataan seperti kucar-kacir, ‘in a mess’ atau pun penyelewengan. Perkataan ini digunakan oleh pihak-pihak lain di luar kawalan Jabatan Audit Negara. Perkara ini telah saya jelaskan dalam kenyataan akhbar saya pada 25 Januari 2012.”

However, despite the media clarification and a letter from Tan Sri Ambrin, PKR Ampang MP Zuraida Kamaruddin in an interview with Malaysian Insider on the following day, insisted “NFC still a mess”. She was quoted to have said in defiance of Ambrin’s clarification, “The entire national cattle-farming project is still in a ‘mess, regardless of who said it.”

Zuraida’s display of arrogance speaks volumes of her character. It would appear a lie had become the truth for Zuraida and the opposition.

At the high court, lead counsel for Wanita UMNO Chief Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Datuk Seri Dr Muhammad Shafee Abdullah brought crates of evidence on the malicious and scathing lies fabricated by Rafizi and Zuraida. Shahrizat testified that she believed the Opposition calculated and designed to make her the primary target of their attacks. It had never been about getting to the truth of the NFC matter, she said.

“This kind of collateral culpability is simply an abuse to take ‘pot shots’ at the Barisan Nasional party,” she said of her political enemies.

Rafizi Ramli has an amazing zeal to see to the downfall of the current government. It has been expose after expose. And whichever way he does it, whether legitimate or illegitimate, straight or crooked, does not seem to matter. He dismissed Prime Minister Datuk Seri Najib Razak’s rationale that charging him over the BAFIA contraventions had been necessary as he had not gone through the proper channels with his revelations.

Well, even if Rafizi did go through the proper channels, the confidential bank documents would not show any wrongdoing by NFCorp or its directors. The purported loans on eight KL Eco City Properties never existed. What Rafizi had in hand in violation of BAFIA are loan summaries and personal accounts unrelated to NFCorp. They were personal loans taken in 2005, years before NFCorp was established, and in 2008, years before KL Eco City went on sale in 2011. In the next episode, this writer will provide evidence of a bank correspondence dated 4 January 2012 that confirms no loan was ever subscribed for KL Eco City properties.


As always, Rafizi was seeking drama for his expose actions, chalking up political points for Anwar Ibrahim’s goal to Putrajaya. His rationale to the public was that the authorities were slow and suspect. But seriously, meticulous investigations do take time. They are never hurried if one is to be thorough, especially when one has to sieve through volumes of information to gather solid evidence. The BAFIA investigations by Bank Negara Malaysia that began after a report was filed in April, took months before Rafizi was charged on 1 August.

When arrested in a dawn raid, Rafizi expressed shock as he had thought the case was so long ago. Well, ultimately the law catches up with you.

Investigations did take time. There was evidence to be gathered, witnesses to corroborate with, statements to be recorded, and so on. Bank Negara Malaysia would be thorough and not work at reckless ‘Mat Rempit’ speeds. But Rafizi had been an investigator, prosecutor, judge and executor – all four-in-one at speeds that break the law. He had been quick to adjudicate without verification and correctness. In fact, Rafizi was never for the real full truth or the full picture. His hasty ways had been merely for political gain in bad faith.

Communication experts call this propaganda. According to Wikipedia, “propaganda is a form of communication that is aimed at influencing the attitude of a community towards some cause or position by presenting only one side of an argument. Propaganda is usually repeated and dispersed over a wide variety of media in order to create the chosen result in audience attitudes.”

“Propaganda often presents facts selectively (thus possibly lying by omission) to encourage a particular synthesis, or uses loaded messages to produce an emotional rather than rational response to the information presented. The desired result is a change of the attitude towards the subject in the target audience to further a political agenda. Propaganda can be used as a form of political warfare.”

Rafizi lied when he told a MalaysiaKini reporter,” I don't think they ever meant to do the cattle rearing business as their main business, you know.”


How would Rafizi have arrived at this conclusion? NFCorp supplies to over 160 anchor customers from various sectors. These include hypermarkets, supermarkets, wet markets, beef product manufacturers, hotels, restaurants and cafés. Had Rafizi spoken with these customers? NFCorp’s sale of beef peaked double digit millions in 2010. But no, Rafizi would have us believe otherwise through his lies that the project was not as intended. Rafizi fails to realize that there are at least 160 anchor customers who would gladly testify that they receive regular supplies of beef from NFCorp for their retail business.

This writer believes it is long overdue that NFCorp sues the pants off Rafizi Ramli and the opposition for their lies, gross distortions and misrepresentations. The lies fielded by Rafizi and the subsequent media coverage have caused hefty damage to not only the businesses of NFCorp and its group of companies but to the reputation of individuals as well. Even facilities from a bank for the company were withdrawn from concerns arising out of these perpetuated falsehoods.

In Islam, “fitnah, the act of lying, is considered worse than killing”, reads the Surah Al-Baqarah Verse 191 below.



The Almighty has his ways. The truth will prevail. And the guilty shall face His retribution.

Sunday, December 23, 2012

Esok Sekali Lagi @rafiziramli Akan Panas Punggung #1Malaysia #TolakFitnah #TolakPR


Blogger KL Chronicle dengan kerjasama informer dalaman PKR akan membuka lagi satu bukti PEMBOHONGAN oleh Rafizi Ramli Lembu berhubung isu yang boleh dipanggil sebagai 'skandal' National Feedlot Corporation (NFCorp).

Artikel sebelum ini telah dipaparkan pada 19 Disember 2012 yang lepas, klik sini untuk membaca artikel tersebut.

Untuk memenuhi permintaan dan hajat pembaca, kami akan terus membongkar beberapa lagi PENIPUAN, PENYELEWENGAN FAKTA dan KENYATAAN SALAH Rafizi minggu hadapan. Artikel kedua ini akan memperincikan fakta yang lebih mendalam oleh Ketua Audit dalam laporan beliau di mana turut menjelaskan isu NFCorp yang dipanggil "in a mess' seperti yang didakwa oleh Rafizi Lembu.

Tunggu artikel 5 ini esok

Rafizi Lembu berulang kali dalam statement beliau di Twitter menggelarkan bloggers BN sebagai penipu tetapi sebenarnya kami sebagai rakyat juga mahukan pembaca menilai sendiri apa yang kami paparkan dan melihat dakwaan palsu Pembangkang yang secara jelasnya mempunyai agenda politik yang busuk.

Untuk memastikan kredibiliti kami terhadap artikel akan datang, kami akan sertakan dokumen yang mempunyai hubungkait dengan NFCorp. Mungkin Rafizi akan mempertikaikan kewibawaan kami memaparkan artikel tersebut yang dirasakan terlalu sulit namun politik hari ini yang dimainkan Pembangkang sendiri membenarkan ianya terus berlaku sedemikian rupa.

Baca sini dakwaan Rafizi Lembu di Twitter miliknya.

Kami tak perlu jelaskannya sekarang tapi artikel tersebut akan dipaparkan pada hari Isnin, 24 Disember 2012 jam 9.00 pagi.

Selamat menunggu wahai Rafizi Lembu !

Pembangkang Mulai Main Kotor #1Malaysia #TolakFitnah #TolakPR


Hebat PR sekarang ni.

Dah boleh dah buat kerja-kerja fitnah pemimpin-pemimpin Barisan Nasional. Seperti biasa, isu 'pergolakan' antara Najib & Muhyiddin berulang kali dimainkan media Pembangkang.

Pembangkang dah takda isu, itu pasal depa dok pulun habis cakap merapu-rapu. Sedangkan hubungan antara Najib & Muhyiddin sangat baik. Tiada pun persengketaan dan permusuhan antara mereka berdua.


Saturday, December 22, 2012

Amanat Hadi Awang Menjahanamkan PAS Secara Perlahan-lahan #1Malaysia #TolakPR #TolakFitnah


Buku bertajuk Kafirkah Aku karya C.J Al Afghani seorang aktivis Pas menarik minat banyak pihak. Ia mengingatkan kita kembali mengenai perbuatan Haji Abdul Hadi Awang mengkafirkan UMNO dan membawa perpecahan yang parah di kalangan umat Melayu.

Ia berlaku pada tahun 1982, di Ulu Peradung, Terengganu sewaktu Revolusi Iran berada di puncaknya. Haji Hadi amat tertarik dengan kejayaan Revolusi Iran dan Pas kelihatan amat radikal pada waktu itu.

Pada tahun 1982 juga Anwar Ibrahim menyertai UMNO dan ia memberi kesan kepada Pas. Haji Hadi suatu ketika dulu pernah menjadi Yang Dipertua ABIM Trengganu di zaman Anwar menjadi Presiden ABIM, mungkin dia berasa amat kecewa dengan keputusan yang diambil oleh Anwar.

Apakah ini menjadi antara sebab Haji Hadi menjadi lebih radikal kerana sebahagian orang ABIM yang mendukung Pas menganggap keputusan Anwar menyertai UMNO tidak syarie kerana ia tidak dibincangkan dalam syura.

Keradikalan Haji Hadi dan populariti yang ada padanya menyebabkan dia tergamak mengambil pendekatan hitam-putih dalam memperjuangkan "politik Islam" sehingga mengkafirkan UMNO.

Akibatnya perpecahan yang serius berlaku di kalangan umat Melayu kerana dalam kalangan yang taksub dan tegar dengan sikap radikal ini memilih jalan takfir untuk mencapai cita-cita politik dan "Negara Islam".

Pulau-memulau, solat dua imam, enggan memakan daging sembelihan orang UMNO, nikah dua kali, perkuburan yang tidak sama dan banyak lagi yang terjadi membayangkan sikap politik orang Pas yang terlalu 'tajam' terhadap orang UMNO.

Sebagai manusia Muslim, orang UMNO seperti juga orang Pas mempunyai kelemahan di samping kekuatan. Orang UMNO beriman kepada Allah, melakukan solat seperti orang Pas juga. Apakah layak mereka dituduh kafir semata-mata berbeza faham politik?

Mengkafirkan pihak lain semata-mata berbeza faham politik adalah sesuatu yang tidak syarie. Al-Quran secara jelas memberikan batas iman dan kufur serta menuntut kebijaksanaan dalam dakwah dan tarbiyah untuk disampaikan peringatan kepada mad'u atau sasaran.

Malah hadis Rasulullah SAW mengingatkan kita supaya jangan mengkafirkan orang lain, bimbang kekafiran itu akan kembali kepada diri kita sendiri.

Ternyata Haji Hadi mengkafirkan UMNO kerana lonjakan nafsul amarah yang tinggi, dendam kesumat yang mendalam dan mencetuskan rasa kebencian yang berlarutan terhadap musuh politiknya yang beragama Islam.

Suatu kenyataan yang tidak boleh dinafikan oleh Haji Hadi, UMNO yang menjadi teras kepada kerajaan Malaysia sekian lama tidak menolak Islam.

Walaupun UMNO dan Barisan Nasional yang memerintah kerajaan ada kelemahannya tetapi kekuatan UMNO dengan agenda Islamnya dalam kerajaan tidak boleh dinafikan.

UMNO dan kerajaan tidak sekadar menjadikan Islam sebagai sumber retorik atau Islam sebagai agama rohaniah yang sempit. Kerajaan di bawah kepimpinan UMNO menghasilkan program Islam yang bercorak institusi dan lembaga yang mengembangkan pendidikan Islam hingga ke universiti, program patuh syariah dalam perbankan, takaful, suku', wakaf, industri halal dan banyak lagi.

Zaman UMNO memerintah kerajaan juga Tabung Haji dibangunkan, kebebasan melakukan dakwah dan tarbiyah terjadi, TV Hijrah dan Radio IKIM dibangunkan.

Apakah dengan agenda Islam yang banyak dilakukan oleh UMNO dan kerajaan ini layak Haji Hadi menuduh UMNO kafir sedangkan faedah daripada agenda ini dirasakan sama oleh orang Pas.

Tidak ada pula orang Pas yang menolak sistem perbankan Islam, khidmat Tabung Haji, menonton TV Hijrah dan mendengar siaran radio IKIM di samping terus menerima bantuan biasiswa untuk anak-anak mereka belajar di dalam dan luar negara.

Logiknya kalau UMNO adalah kafir, produk kerajaan dukungan UMNO yang banyak membela orang Islam sepatutnya juga dianggap produk kafir. Orang Pas juga memanfaatkan kemudahan ini.

Salah satu faktor yang menyebabkan Haji Hadi mengafirkan UMNO ialah kerana berkawan dengan orang kafir dalam pemerintahan.

Apa beza dengan Pas sekarang berkawan dengan DAP yang cauvinis. Tidak pula Haji Hadi mengatakan perbuatan itu kafir. Apakah kenyataan Haji Hadi dengan amanatnya pada tahun 1982 sedang memakan diri.

YB Samseng Ugut : "You Dedah You Watch Out I'll Go After You!!" @NajibRazak #1Malaysia #TolakPR #TolakSamseng

Bukan saja rakyat yang samseng

Difahamkan Nga Kor Ming telah membuat ugutan terhadap YB Datuk Hamidah Osman (YB Midah) berikutan pendedahan Exco Kanan Kerajaan Negeri Perak itu mengenai isu tanah 10,526 ekar dengan sebuah syarikat milik Ngeh Ko Ham.

YB Midah dijangka akan membuat laporan polis pada hari ini di Balai Polis Kampung Rapat berkaitan ugutan tersebut yang disifatkan beliau sebagai mengancam diri dan keluarganya.



Exco Kanan Kerajaan Negeri, Datuk Hamidah Osman akan membuat laporan polis terhadap ADUN Pantai Remis, Nga Kor Ming kerana membuat satu ugutan yang disifatkan sebagai mengancam diri dan keluarganya. 

Hamidah berkata, laporan polis akan dibuat di Balai Polis Kampung Rapat pada hari ini.
Menurut Hamidah, ugutan itu diucapkan oleh Nga ketika di dewan semasa beliau rehat untuk minum pada hari keempat sidang DUN semalam.

Nga telah datang kemejanya lalu menuding jari dengan berkata "You dedah you watch out I’ll go after you", katanya.

"Pada saya ini merupakan satu ugutan dan saya rasa ia boleh mengancam keselamatan saya dan harus membuat laporan polis bagi melindungi diri saya dan keluarga saya,’’ katanya kepada pemberita di bilik media pada hari akhir sidang Dewan Undangan Negeri Perak petang tadi.

Ditanya pemberita bahawa Nga menafikan dakwaan itu, katanya, beliau mempunyai saksi semasa kejadian itu.

Katanya, dia mempunyai saksi yang melihat perlakuan Nga Ko Ming itu iaitu Adun Ulu Kinta, Datuk Rosnah Kassim dan Adun Pengkalan Hulu, Tan Sri Mohd Tajol Rosli Ghazali.

"Saya tidak akan membuat satu tuduhan tanpa saksi,’’ ujarnya.

Menurut beliau, Nga sebelum ini mendedahkan banyak perkara tetapi beliau tidak pernah mengusiknya.
"Dia dedah banyak perkara, kita tidak pernah usikpun, kita tidak pernah kacau pun, dia dedah dedahlah tapi bila kita dedah hal dia, dia ugut saya sampai dia kata `I’ll go after you’, kata Hamidah.

Semasa sidang Dewan kelmarin, Adun Slim, Dato’ Ahmad Khushairi Abdul Talib dan Dato’ Hamidah membuat pendedahan berdasarkan carian dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Upaya Padu Plantation Sdn Bhd dimiliki hampir 100 peratus oleh Ngeh Koo Ham.

Hamidah ketika mencelah perbahasan Khusairi mendedahkan daripada dokumen yang diperolehi Upaya Padu yang mempunyai tanah 10,526 ekar dimiliki oleh Efaktif Kirana Sdn Bhd dan Ngeh Ko Ham. Efektif Kirana memegang saham 51 peratus bernilai RM16 juta dan Ngeh Ko Ham 40 peratus bernilai RM15 juta.


Kenapa Nga Kor Ming melatah-latah bila isu ini didedahkan. Dia sepatutnya tidak perlu takut jika pendedahan itu tidak benar dan sekadar untuk mengaibkan dirinya. Tapi bila dia dah ugut-ugut macam tu, seolah-olah mengiyakan bahawa dia memang 'bersalah' dalam isu tanah terebut...!!!

Itu le tahap YB pembangkang dalam DUN Perak.... sombong, bongkak, taksub terlampau, bangga diri dan berlagak nak mampos!!!

Friday, December 21, 2012

@rafiziramli Persoalkan Dokumen Rahsia Dikeluarkan Blogger BN #1Malaysia #TolakPR #TolakFitnah @NajibRazak

Ha ha ha ha apa lah si Rafizi Ramli Lembu ni meroyan pagi-pagi kat Twitter. Mungkin agaknya baru terjaga dari mimpi indah di Taiwan ataupun baru terjumpa line internet di sana.

Selepas beberapa hari artikel mengenai pembohongan dan penipuan yang dilakukan oleh beliau dikeluarkan oleh blogger KL Chronicle, pagi ini Rafizi seakan-akan cuba mencover semula segala isu yang lemparkan sebelum ini dengan sekadar memberi reaksi yang agak lemah di Twitter miliknya.

Lihat bawah.


Saya tertarik dengan satu kenyataan di atas ini yang beliau utarakan tentang dokumen-dokumen rahsia yang dikeluarkan oleh blogger BN.


Apa yang Rafizi nak marahkan sangat tentang maklumat sulit ini dikeluarkan?

Bukankah ini perkara biasa yang dia sendiri lakukan untuk mencari kesalahan pemimpin-pemimpin BN terutamanya UMNO?

Jom imbas kembali.

Bagaimana Rafizi boleh mendapatkan dokumen sulit daripada Shangri La Hotel mengenai majlis pertunangan anak Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak pada bulan Jun 2011.


Hah macamne tu nak cerita wahai Rafizi?

Mana dapat dokumen ni? Jumpa di tepi jalan ker ataupun Rafizi terjumpa di atas viper-viper kereta yang parking di depan pejabat PKR?

Terbukti Rafizi sebenarnya membeli dokumen tersebut daripada sumber dalaman hotel berkenaan. Ternyata tindakan Rafizi sendiri melanggar etika penyimpanan dokumen-dokumen sulit yang mana sepatutnya pihak hotel tidak boleh sama sekali menyebarkan sebarang maklumat antara mereka dan pelanggan kepada pihak ketiga.

Kedua, tindakan Rafizi mengedarkan dokumen akaun sulit dan persendirian tanpa izin National Feedlot Corporation (NFCorp) telah pun melanggar Akta Bank & Institusi-Institusi Kewangan 1989 (BAFIA). Pada kenyataan media, Rafizi yang merupakan ahli Institut Akauntan Berkanun di England & Wales dan Institutu Akauntan Malaysia seharusnya lebih arif mengenai undang-undang yang tidak membenarkan pengedaran dokumen akaun sulit kepada umum.

Tindakan ini pun telah membuktikan Rafizi sebenarnya lebih teruk daripada blogger KL Chronicle dan Fabiani Azmi yang hanya mengeluarkan salinan muka depan perjanjian antara kerajaan Negeri Sembilan dan NFCorp.



Rafizi tak perlu melatah dan tak perlu bercakap apa-apa mengenai isu NFCorp kerana hari ini satu Malaysia dah tau sebenarnya Rafizi hanya perlu membuat penipuan di dalam sidang media supaya pemimpin-pemimpin  BN nampak korup dan teruk berbanding pemimpin PR.

Saya cabar Rafizi supaya berani memberikan hujah mengenai kemewahan Wakil² Rakyat dari Pakatan Rakyat terutamanya MP PKR Ampang Zuraida Kamaruddin yang hanya empat tahun yang lalu telah memandu MyVi, kini mempunyai koleksi kereta termasuk Mercedes Benz. Jika dilihat Zuraida hanya seorang Ahli Parlimen pembangkang yang mendapat gaji terkumpul dan elaun sebanyak RM12,000 sebulan.


Itu saja setakat ini. Mungkin selepas ini rakyat boleh tanyakan Rafizi mengenai isu tanah yang dimiliki oleh YB Ngeh dan Ngah di Kelantan. Hah panjang tu Rafizi nak kena jelaskan.

Part 1 : Pembongkaran Penipuan & Fitnah @rafiziramli #1Malaysia #TolakPR #TolakFitnah @NajibRazak baca sini.

Thursday, December 20, 2012

Dedah Sana Sini Pemimpin Pembangkang #1Malaysia #TolakPR #TolakFitnah


Blogger Helen Ang telah mendedahkan satu isu besar tentang Guan Eng DAP!

Di antaranya :

Mana-mana pemimpin berbakat DAP yang dianggap ada memiliki keupayaan untuk menyaingi Lim Guan Eng dalam parti akan dicantas.

Bekas setiausaha agung Kerk Kim Hock pernah mendedahkan bagaimana para pengikut Guan Eng telah mensabotajnya dalam pilihanraya umum tahun 2004.

Angkara tindakan penyokong-penyokong Guan Eng itu yang bukan sahaja memboikot malah menyebar khabar angin bahawa beliau tidak pernah memberi khidmat kepada pemilih di kawasannya,

Kerk kalah kerusi parlimen Kota Melaka yang dipegang beliau sebagai incumbent.

(Sidang akhbar oleh Kerk – yang diadakan April 2004 – boleh dibaca di sini)

Perangai para pengikut Guan Eng yang pandai memfitnah – ini tuduhan yang dikeluarkan bekas orang kuat DAP sendiri – masih tidak berubah-ubah.seterusnya

Apakah Guan Eng berani menafikan pendedahan ini?



Sumber : Dr MiM

Awat Hang Kalut Ni @Khalid_Ibrahim #1Malaysia #TolakPR

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sekali lagi memberi kenyataan mengelirukan dan bercanggah bersabit tindakan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menaikkan cukai pintu sehingga 10 kali ganda. 


Beliau menyifatkan kenaikan mendadak di Kampung Baru Sungai Buloh dan Kampung Baru Subang itu sebagai ‘munasabah’ namun mengumumkan penubuhan satu lagi jawatankuasa untuk mengkaji semula kadar itu.

Penubuhan jawatankuasa oleh Khalid juga bercanggah dengan dakwaan beliau sebelum ini bahawa kenaikan cukai pintu itu diputuskan oleh kerajaan persekutuan dan beliau tidak akan masuk campur.

Wartawan yang membuat liputan sidang media Khalid tercengang apabila Menteri Besar itu menganggap kenaikan mendadak cukai pintu oleh MBSA munasabah namun pada masa sama sebuah jawatankuasa akan ditubuhkan untuk mengkajinya.

“Maknanya kita nak buktikan cukai pintu yang kita kenakan itu munasabah mengikut kegunaan. Bukan kita nak naikkan cukai pintu, tapi cukai pintu itu munasabah untuk kegunaan. Kalau tak bayar macama mana nak membangunkan Shah Alam,” katanya kepada pemberita.

Khalid sebelum ini mendakwa isu kenaikan cukai pintu bukan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri tetapi ditetapkan oleh Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta (JPPH).

"Saya nak beritahu penentuan harga cukai pintu bukan ditentukan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Ini undang-undang yang ditentukan oleh JPPH berasaskan nilai tanah. Jadi kita tidak boleh salahkan MBSA," kata Khalid.

Bagaimanapun kurang 24 jam selepas membuat kenyataan itu, Khalid berkata sebuah jawatankuasa peringkat negeri akan mengadakan sidang pendengaran awam untuk memutuskan sama ada kenaikan itu adalah munasabah.

Ia akan dipengerusikan oleh Exco Ean Yong Hian.

Khalid berkata setelah mendengar penjelasan MBSA, kerajaan negeri berpendapat orang ramai perlu diberi penerangan mengenai rasional di sebalik kenaikan mendadak itu.

"Oleh kerana penjelasan itu tidak tersebar luas kepada terutamanya mereka-mereka yang akan menerima surat mengenai kenaikan-kenaikan cukai pintu, kerajaan negeri telah melantik satu jawatankuasa pendengaran sebelum pelaksanaan dilakukan,” katanya.

Setelah menegaskan kenaikan itu di luar bidang kuasa kerajaan negeri, Khalid berubah nada dengan mendakwa jawatankuasa yang diumumkan beliau boleh mengkaji semula kenaikan itu serta menetapkan tarikh baru untuk melaksanakannya.

“Jawatankuasa itu akan juga menilai sama ada ia munasabah dilaksanakan atau tidak..kedua berpatutan dilaksanakan atau tidak dan juga masa pelaksanaan tersebut,” ujar beliau.

Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed sebelum ini menggesa kerajaan Selangor menyatakan pendirian tentang tindakan penguasa tempatan di Selangor menaikkan cukai pintu dan bayaran lesen bagi 90 jenis perniagaan mulai tahun depan.

"Ini termasuk tindakan PBT negeri yang turut mengenakan bayaran ke atas 32 jenis premis yang sebelum ini dikecualikan di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN)," kata Mohd Zin.

Ngah & Ngeh Menggelabah Rahsia Bocoq Keh Keh Keh #1Malaysia #TolakPR #TolakFitnah


Kalau tak benar apa yang didedahkan oleh penulis PISAU DOT NET. Kenapa nak menggelabah? Kenapa nak menempelak pula pada PAS? Kenapa tak terus je berdepan dengan mereka bertanyakan hal sebenar andai pendedahan itu tidak BENAR

Kenapa ada tuduhan 'tikam belakang' walaupun sememangnya BOS Pakatan Rakyat bukan setakat suka tikam kat belakang. Depan boleh juga!

Pengerusi DAP negeri, Datuk Ngeh Koo Ham hari ini tempelak kepada pemimpin Pas yang membocorkan rahsia pemberian tanah seluas 10,526 ekar di Gua Musang Kelantan. Ngeh hairan bagaimana dokumen tersebut boleh bocor sedangkan itu adalah maklumat sulit antara mereka dan pemimpin Pas.

Sebagai rakan sekutu dalam parti pemimpin Pas sepatutnya tidak mengamalkan sifat 'tikam belakang' dan beliau enggan mengesahkan sama ada benar atau tidak beliau merupakan ahli lembaga pengarah syarikat Upayapadu Plantation Sdn. Bhd. yang dikaitkan dengan dakwaan pemberian habuan tanah bernilai lebih RM30 juta.

Koo Ham memberi alasan surat daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang didedahkan sebuah blog kelmarin merupakan dokumen yang menjadi rahsia antara beliau sebagai peguam dengan anak guamnya.

Baca lagi sini.

CAPEX : @Khalid_Ibrahim Mu Dah Checkmate ! #TolakPR

Kini Khalid tengah menggelabah dan mencari ‘drama’ lain bagi menyalahkan SYABAS ataupun pihak lain diatas kegagalannya dalam membendung isu Air Selangor yang semakin meruncing. Melihat atas dasar sudah terbongkar agenda jahat Pakatan, kini Khalid dalam keadaan mahu mendiamkan diri.

Kerapkali Khalid memberitahu rakyat dan media bahawa pengurangan kadar pengeluaran air tidak terhasil atau ‘Non Revenue Water’ (NRW) adalah tanggungjawab SYABAS dan memberi perspektif seolah-olah SYABAS gagal dalam menjalankan tugas.

Namun begitu, yang hak tetap akan berdiri mengatasi yang bathil. Ternyata kegagalan SYABAS menjalankan tugas adalah kerana kos dimana tanpa kelulusan bagi mendapatkan modal (CAPEX) daripada Kerajaan Negeri Selangor, mereka tidak akan mendapat pinjaman tersebut.

Pembongkaran oleh ADUN Permatang, YB Sulaiman Abdul Razak berkenaan perihal pinjaman yang dibekukan membuatkan Khalid berada dalam posisi ‘Check-Mate’. Bayangkan jika semua perbelanjaan modal kecuali kerja-kerja kritikal telah dibekukan sejak 2009, bagaimana SYABAS nak laksanakan tanggungjawab mereka dengan baik?

Seolah disekat dengan satu agenda yang jahat. Tanpa modal yang cukup, SYABAS tidak mampu untuk menjana usaha menaiktaraf infrastruktur air antaranya mengganti paip lama bagi mengurangkan kadar NRW di negeri Selangor.

Bukan Khalid tidak sedar dengan perkara ini namun ada sesuatu yang disembunyikan. Konsisten dalam menipu rakyat membuatkan Khalid bagai terperangkap dalam perangkap yang dipasang oleh dirinya sendiri.

Dengan menggunakan alasan tidak bijak, Khalid ingat dia dah boleh tutup aib yang telah dibuat bagi memberi persepsi negative kepada SYABAS. Namun akhirnya kini ramai sudah tahu sejak 4 tahun yang lalu SYABAS tidak menerima kelulusan bagi CAPEX dengan alasan Kerajaan Negeri Selangor mahu laksanakan penstrukturan semula industri air di Selangor.

Ada surat yang mengatakan bahawa Kerajaan Negeri Selangor dibawah pimpinan Khalid telah bersetuju untuk membekukan semua CAPEX untuk SYABAS. Difahamkan ia bermula dari 2009 sehingga 2011 dan yang terkini bagi pinjaman CAPEX 2012 sehingga 2014 juga telah dibekukan.

Khalid bekukan CAPEX ibarat menganiya rakyat Selangor. Apa tidaknya, Khalid dulu pernah cakap air yang diperolehi dari pengurangan kadar NRW sebanyak 10% akan menyelamatkan 500 juta liter air sehari. Membongkar Rahsia Krisis Air siapa ni Khalid?


Kalau kau tutup ‘pili air’ SYABAS, macam mana mereka nak ‘minum’? Sedar atau tidak kesan yang diterima oleh rakyat Selangor adalah masalah kemarau kelak dimana air akan menjadi polemik buat semua.

Bukannya Khalid tidak tahu bahawa SYABSAS perlu mengganti paip sepanjang lebih kurang 6000KM sekitar Selangor dan Wilayah Persekutuan. Tanpa kelulusan daripada Kerajaan Selangor, pihak SYABAS Cuma mampu membaiki paip sepanjang 800Km sahaja.

Tidak mahu tidak, kini rakyat Selangor sudah mula merasakan keperitan ketiadaan air setelah gangguan ketiadaan air berlaku dengan kerapnya. Namun begitu Keris masih memuji pihak SYABAS yang berjaya mengekalkan kadar NRW biarpun mendapat kekangan oleh Kerajaan Negeri Selangor yang seperti mensabotaj usaha mereka.

Sebelum CAPEX dibeku, pihak SYABAS Berjaya mengurangkan kadar NRW daripada 42.78% pada 2005 kepada 32.31% pada penghujung 2011 yang masih kekal sehingga kini. Jika modal tidak dibekukan Khalid dan tidak disabotaj, rasanya kadar pengurangan itu akan lebih proaktif. Mengapa Khalid bekukan CAPEX bagi SYABAS?

Untuk jadikan Pakatan Hero apabila keadaan memerlukan? Atau mahu menunjukkan kini siapa yang lebih berkuasa? Atau mahu SYABAS ‘serah diri’ kepada Kerajaan Negeri Selangor supaya mereka boleh jana duit melalui konsesi air?

Kini rakyat telah mula menyatakan kebimbangan kepada masalah air yang dilihat akan menjadi kritikal. Keris juga nak nyatakan bahwa Khalid sememangnya tampak sengaja mahu melengahkan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2.

Dah lah beku CAPEX Syabas, macam mana Syabas nak menambah baik infrastruktur air Selangor? Lepas tu cakap Kerajaan Selangor tolak Projek Langat 2 sebab harga air akan naik 100%. Khalid faham tak yang keputusan nak naikkan tarif air itu berada di tangan kerajaan negeri.

Kalau Khalid sebagai Menteri Besar kata tak naik, maka tak naik lah. Macam konsesi Syabas yang patut naik tarif air pada tahun 2009 dulu, Kerajaan negeri tak beri lampu hijau, jadi tarif air kekal hingga sekarang. Apa yang Khalid cerita ni? Tak habis-habis nak kelirukan rakyat.

Khalid lupa agaknya yang Loji Langat 2 tu dibiayai oleh Kerajaan Pusat.

Dengan pembekuan CAPEX bagi SYABAS serta halangan untuk pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 melalui ‘development order’, mampukah rakyat Selangor menghadapi polemik air yang mendatang?

Inilah konsekuensi yang rakyat Selangor terima apabila mahu ‘cuba-cuba’ kerajaan negeri yang baru. Penderitaan rakyat bukan satu kepentingan buat mereka. Hanya ‘perjalanan politik’ dan menyatakan siapa yang ‘berkuasa’ adalah agenda Pakatan.

Sumber : Keris 7 Lok

Henti Putar Isu Amanat Hadi, PAS Cuak Undi Bakal Memihak @barisanasional #1Malaysia #TolakPR #TolakFitnah

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali

Amanat Hadi 1981 yang menyebut Umno itu kafir selari dengan keadaan politik ketika itu bersabit penerimaan parti berkenaan terhadap Islam, kata Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali.

Oleh yang demikian katanya, tidak ada keperluan isu itu dibangkitkan semula pada hari ini sedangkan Umno juga setelah "ditegur" dengan cara itu, tidak lagi mengeluarkan kenyataan seumpama itu.

"Ucapan (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) itu kena dilihat dalam konteks pada waktu itu. Waktu itu pemimpin Umno pun kata, agama suku politik suku. Memang politik katanya tidak ada kena-mengena dengan agama. Itu ucapan pemimpin Umno dan macam-macam lagi.

"Dan penghinaan yang dibuat oleh pemimpin Umno terhadap Islam itu sendiri. Jadi untuk bendung perkara itu kena bersihkan, tak boleh cakap macam itu," ujar beliau.

Dalam perkembangan terbaru itu, Hadi digesa oleh pelbagai pihak untuk menarik balik amanat beliau pada tahun 1981 itu dengan mengatakan selagi Hadi tidak berbuat demikian, orang Melayu akan kekal berpecah sampai bila-bila.

Bekas ahli seumur hidup Pas, Zainon Ismail berkata, hakikatnya masih ramai pengikut tegas Pas percaya, pemimpin serta ahli Umno jauh lebih hina daripada orang-orang bukan Islam.

Sementara bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin pula menyifatkan amanat Hadi itu sebagai "kisah lama" dan adalah lebih baik sekiranya membuat penarikan secara rasmi amanat yang pernah diberikan kepada ahli Pas lebih tiga dekad lalu itu.

Menurutnya, amanat yang berbunyi Umno itu kafir diungkapkan Hadi sewaktu angin kebangkitan Islam kira-kira 30 tahun lalu.

“Sungguhpun ahli Pas hari ini sudah tidak mengamalkan amanat tersebut, tetapi Hadi wajar membuat penarikan semula sebagai pencerahan kepada masyarakat.

“Ini perkara lama. Amanat tersebut diungkapkan ketika zaman muda beliau (Hadi). Ketika itu angin kebangkitan Islam mempengaruhi segenap pemuda ditambah dengan ketegangan sistem Perlembagaan yang menjadi teras negara ini,” katanya.

Mustafa mengulas gesaan dua mufti pada Isnin lalu agar Hadi menarik balik amanat beliau.

Mengulas lanjut, Mustafa menegaskan, perkara ini sengaja dibangkitkan semula menjelang PRU13.

"Itu taktik merekalah, kepada Anwar apa nak cakap, mereka akan carilah. Kepada Kit Siang apa nak cakap, pada Pas Hadi apa nak cakap. Skrip pilihan raya," kata Mustafa.

"Tak ada keperluan untuk bangkit perkara itu, jangan bangkit, jadi tak adalah perkara itu. Bangkit ini kerana pilihan rayalah," tambah beliau ketika ditanya sama ada Amanat Hadi perlu ditarik sebagaimana didesak pesaing politik Pas.

Meskipun begitu kata Mustafa, ia tidak akan memberi kesan kepada Pas dan Pakatan Rakyat amnya dalam menghadapi pilihan raya kali ini.

"Tak akan jejas apa-apa. Orang sudah faham kerana pilihan raya (hampir tiba). Itu taktik mereka," katanya.


PAS Takut ?

Wednesday, December 19, 2012

PM Palestin Jemput @NajibRazak Ke Gaza #1Malaysia #TolakFitnah


Berbulu² orang Pembangkang apabila menonton video rakaman penuh pertemuan sukarelawan Kelab Putera 1Malaysia dengan Perdana Menteri Palestin semasa berada di sana minggu lepas.

Dalam pertemuan itu, PM Palestin Ismail Haniyeh menjelaskan hubungan antara Malaysia - Palestin sangat baik dan Palestin menganggap Malaysia sebagai saudara rapat yang ikhlas bersolidariti serta membantu mereka di sana.

Pembangkang mesti menyirap apabila Ismail Haniyeh menyebut beliau ada call Najib ucapkan terima kasih dan menjemput Najib (PM kita yob!) melawat Gaza dalam tempoh terdekat ini, berkemungkinan pada bulan Januari 2013.

Tengok sat rakaman penuh pertemuan dengan PM Palestin, dengar apa dia kata.


Perghhh gila mantap Perdana Menteri Malaysia turun ke Gaza melihat sendiri kemusnahan dan merasai kesedihan yang dialami oleh penduduk sana. Jika Najib ke sana kelak, ia pasti akan membuatkan Pembangkang tak senang duduk terutama Anwar Ibrahim yang berulang kali menipu rakyat Malaysia tentang hubungan baiknya dengan negara² Arab.

PM kita hebat !!

Al Syeikhhh Itu
Al Syeikhh Ini
Al Syeikhhh Hak Tuihh Hang Anwar  !!





Mai Berkenalan Dengan Orang PAS Yang TAK BOLEH DIUSIK #TolakPR #PRJahat


Dari seorang bekas kerani sekolah yang tidak berpelajaran tinggi, Yusuf Hussin sekarang ini bergelar Senator. Dari seorang yang berbelit-belit pembohongnya dengan harta yang tidak seberapa, TRAGEDI MEMALI 1985 telah membuatkan Yusuf Hussin menjadi antara orang terkaya di Daerah Baling. Sikap pembohongnya, putar belitnya dan menghisap darah selain mencabuli kedaifan dan kenaifan sebahagian besar penduduk Baling, terutama sekali di Memali.

Siapa Mohamad Yusof Hussin?

Dia adalah seorang Senator Dewan Rakyat. Dia juga adalah orang yang paling berkuasa di Baling dan boleh diletakkan dalam kategori 'TIDAK BOLEH DISENTUH'. Orang ini juga pembesar PAS terpenting di Daerah Baling. Pelbagai jawatan disandangnya. Namun orang yang sama jugalah, yang telah dimetaforakan dengan pelbagai ciri-ciri heroism, termasuklah kononnya telah menyelamatkan salah seorang pegawai polis yang sekarang ini menjawat jawatan penting dalam PAS Kedah pada hari kejadian Tragedi Berdarah Memali 1985.

TABUNG DERMA MEMALI adalah perkara yang paling sinonim dengan Yusuf Hussin. Terdapat banyak dakwaan pecah amanah, penyelewengan dan rompakan terhadap tabung yang telah digerakkan oleh PAS secara menyeluruh di seluruh Malaysia dan merupakan antara TABUNG DERMA YANG PALING BANYAK mengutip duit rakyat Malaysia, khususnya penyokong kuat PAS.

Ketika dipersoalkan tentang tabung berkenaan dan isi kandungannya yang telah ghaib begitu sahaja, Yusuf Hussin berselindung di belakang beberapa orang pemimpin PAS Pusat, termasuklah bekas Presiden PAS, Fadhil Nor yang telah meninggal dunia bertahun-tahun lalu. Yusuf Hussin telah diarahkan agar menutup mulut dan tidak bercakap langsung tentang TABUNG DERMA MEMALI padahal, dialah orang yang paling berkuasa dalam tabung berkenaan.

Dan yang paling aneh ialah apabila Hasan Abdul Razak, YDP PAS Kulim-Bandar Bharu turut bercakap tentang tabung berkenaan dengan menyatakan kononnya, audit telah dibuat dan tiada sebarang kesalahan, penyelewengan atau penyonglapan dilakukan dalam semua urusan keluar masuk wang tabung berkenaan.

Hanya kerana SPRM tidak bertindak, PAS Kedah, terutama sekali PAS Baling dan Kulim-Bandar Bharu mendabik dada kononnya mereka telah dibuktikan tidak bersalah.

Benarkah dakwaan puak-puak ini? Atau sebenarnya mereka sedang ketakutan yang amat sangat sekiranya, siasatan dibuat secara intensif oleh SPRM dari Putrajaya tanpa penglibatan beberapa orang pegawai tinggi SPRM yang diketahui mempunyai hubungan yang amat kuat dengan kepimpinan PAS Pusat dan PAS Kedah?

Bagaimana Hasan Abdul Razak boleh menyatakan bahawa urusan keluar masuk wang tabung berkenaan telus dan tidak mempunyai sebarang penyelewengan, sedangkan berpuluh malah beratus juta ringgit yang sepatutnya diserahkan kepada BALU-BALU, ANAK-ANAK YATIM dan AHLI KELUARGA mereka, tidak sampai ke tangan sepatutnya? Bahkan tabung berkenaan secara 'tiba-tiba' dan 'penuh misteri' menjadi kosong.

Berapa banyakkah wang daripada puluhan juta ringgit tersebut telah diserahkan kepada balu, anak-anak yatim dan ahli keluarga mereka yang terbabit dalam Tragedi Memali 1985? Apa yang telah diaudit dan disahkan oleh PAS Kedah dan PAS Pusat berhubung perkara ini?

Terdapat banyak penyelewengan yang dilakukan oleh Yusuf Hussin yang pada hari kejadian, 'hilang ghaib' entah ke mana tetapi tiba-tiba sahaja terpaksa menggunakan Tengku Muzaffar untuk menjadi alibinya konon, dia ada di Memali pada hari kejadian dan menenangkan kemarahan ratusan penduduk Kampung Memali. Walhal rekod dan saksi pula menyatakan sebaliknya?

Yusuf Hussin yang kelihatan sangat lantang di Dewan Negara dan seringkali diberikan publisiti oleh media-media pro-Pakatan Rakyat, seharusnya tampil untuk menjelaskan, mengapa daripada puluhan kalau tidak pun ratusan juta ringgit wang Tabung Derma Memali, tidak SATU SEN PUN YANG SAMPAI ke tangan BALU, ANAK YATIM dan AHLI KELUARGA mereka yang telah dipergunakan sebagai umpan dan modal untuk mengumpul derma di seluruh negara dari tahun 1986 sehingga tahun 2000?

Isu Memali dan Tabung Derma yang dilabelkan sebagai Tabung Jihad, bukan perkara usang yang perlu dilupakan, sebaliknya ia adalah permulaan kepada pendedahan tentang bagaimana para pemimpin PAS melakukan penipuan dengan berselindung di sebalik jubah, janggut dan serban. Yusuf Hussin adalah watak utama dalam 'ceritera' ini dan orang itu jugalah yang perlu terus didesak untuk memberitahu mengapa daripada ratusan juta ringgit yang telah dipungut, para balu yang sekarang ini hanya berjumlah 9 orang, anak-anak yatim yang sebahagian besarnya diabaikan dan ahli-ahli keluarga Tragedi Memali dipinggirkan.

PAS seringkali bercakap tentang DOSA-DOSA BESAR pemimpin UMNO. Sekarang, kita ingin tahu, adakah menggelapkan wang BALU, ANAK YATIM dan AHLI KELUARGA mereka, tidak dianggap sebagai DOSA BESAR?

Sumber : Kedahan69ers

Part 1 : Pembongkaran Penipuan & Fitnah @rafiziramli #1Malaysia #TolakPR #TolakFitnah @NajibRazak


Seperti dijanjikan, hari ini Part 1 untuk membongkar penipuan yang dilakukan oleh Pakar Strategi PR, Rafizi Ramli Lembu berhubung dengan NFC. 

Meh baca perlahan-lahan.

Pertama sekali, tiada dan tidak pernah ada 5,000 ekar tanah diberikan secara percuma kepada Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFCorp) untuk projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) seperti yang didakwa oleh Rafizi yang mewakili Pembangkang.

Lihat di bawah muka depan contract antara Menteri Besar mewakili kerajaan Negeri Sembilan dan NFCorp.


Ini antara penipuan Rafizi dalam isu NFC yang kini dibongkar :

1. Tidak ada juga sasaran pengeluaran sebanyak 330,000 kepala lembu dalam pelaksanaan projek daging lembu ini.

2. Tidak ada juga mana – mana transaksi pembelian secara tunai sebuah kereta Mercedes Benz.

3. Tidak ada juga mana-mana pinjaman yang diambil dari bank – bank untuk membeli lapan lot pejabat di KL Eco City untuk digunakan oleh NFCorp

TETAPI yang pasti adalah pembohongan yang cukup dasyat, fitnah, tohmahan dan penipuan untuk memberi gambaran yang salah terhadap Datuk Seri Shahrizat Jalil oleh Rafizi Ramli yang diketahui umum merupakan isteri kepada Chairman NFCorp.


Ini dilakukan semata - mata untuk mewujudkan kemarahan orang ramai dan menghasut kerajaan untuk mengambil tindakan terhadap pengerusi NFCorp. Rafizi dalam tweet mengesahkan tuntutan ini. Blogger journo Fabiani Azmi akan merungkai satu persatu penipuan Rafizi Ramli di dalam blog ini.

Di dalam Islam, "fitnah, perbuatan berbohong, dianggap lebih teruk daripada membunuh", sila baca surah Al-Baqarah Ayat 191 di bawah,


Rafizi perlu bertaubat atas segala pembohongan, fitnah, tohmahan dan penipuan yang telah dilakukan selama 12 bulan ini. Dalam hampir sedozen penipuan yang dilakukan oleh Rafizi, kami di KL Chronicle bersama sahabat journo Fabian Azmi akan merungkai satu persatu isu ini untuk membuktikan kepada rakyat bahawa pihak pembangkang hanya pandai memfitnah dan menipu sahaja.

Bagi mencapai cita cita politik beliau, Rafizi Ramli telah membunuh rancangan kerajaan selama 10 tahun iaitu dengan membunuh projek keselamatan makanan dalam memenuhi objektif kerajaan iaitu Dasar Daging Nasional (Sektor Ruminan) 2006.

Dasar ini akan memastikan Malaysia boleh berdikari dalam pengeluaran daging lembu dan dalam masa yang sama Malaysia mempunyai 'stok' yang mencukupi bagi menghadapi sebarang kemungkinan seperti kekurangan makanan dalam masa kesusahan, bencana, sekatan atau peperangan. Ia telah dijangkakan bahawa menjelang 2015, Malaysia akan mempunyai 40% daging keluaran tempatan.

Projek NFC telah dicadangkan oleh kerajaan dan menjelang tahun 2010, kemajuan ke arah matlamat ini telah menjadi realiti apabila 8,897 ekor lembu telah diimport yakni 11% melebihi sasaran asal.

Tetapi akibat iri hati dan penuh sifat benci terhadap kerajaan yang telah dipupuk oleh kepimpinan PR, Rafizi telah ditugaskan untuk menjatuhkan project NFCorp. Pemerhati politik percaya ia adalah cara ataupun jalan terbaik untuk menjatuhkan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Wanita UMNO yang mempunyai penyokong setia hampir 1.3 juta wanita UMNO, yang dirasakan sebagai penghalang utama Pembangkang menuju ke Putrajaya.

Rafizi berbohong kepada rakyat Malaysia apabila beliau berkata angka pengeluaran bagi projek NFC telah menunjukkan kegagalan. Rafizi berbohong bahawa sasaran pengeluaran NFC tahunan adalah 330,000 ekor lembu. Jika angka ini dinilai sebetulnya, ia terbukti Rafizi tidak pernah membaca dan melihat Dokumen Pelaksanaan Perjanjian yang ditandatangani antara NFCorp dan Kerajaan Malaysia.

Dalam keghairahan untuk dilihat sebagai a 'political juggernaut', beliau dengan sengaja telah menipu rakyat di mana 'on record' beliau telah memberitahu rakyat Malaysia bahawa NFCorp dikehendaki mengeluarkan 330,000 lembu. Walau bagaimanapun, mengikut Perjanjian Pelaksanaan yang kami telah lihat, sasaran yang dirancang untuk NFCorp hanya 8,000 ekor lembu bagi tahun 2010 yang beransur-ansur meningkat kepada 60,000 ekor lembu menjelang 2013.


Dan jika petani kontrak di bawah Program Pembangunan Usahawan diberi peluang untuk mengambil bahagian, secara kumulatif 246,000 ekor lembu dapat dikeluarkan menjelang tahun 2015.

Kenyataan Rafizi yang mengatakan NFCorp harus mengeluarkan 300,000 ekor lembu terbukti hanya merupakan satu penipuan! Target utama beliau hanya ingin memburukkan Datu Seri Shahrizat Jalil, Kerajaan Barisan Nasional dan UMNO khususnya untuk memastikan Anwar Ibrahim dapat menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Kenyataan beliau, yang boleh diklasifikasikan sebagai manipulasi politik ini sebenarnya sangat dangkal. Dalam mana – mana perjanjian, tempoh konsesi adalah 30 tahun di mana kadar pengeluaran maksimum akan dicapai. Rafizi sebagai seorang akauntan, nampak sangat kebodohanya apabila kadar optimum itu diberitahu harus dicapai pada tahun 2012 atau sebenarnya Rafizi sedar akan hal ini tetapi seperti yang dikatakan di atas, beliau mempunyai sifat busuk hati dan meneruskan agenda menjatuhkan orang² kuat kerajaan.

Mercedz Benz

Selain fitnah berkaitan production NFCorp, Rafizi Ramli juga telah menipu dalam kes pembelian sebuah kereta Mercedez Benz yang berharga RM 534,000. Rafizi telah menyebut bahawa kereta Merz ini dibeli secara TUNAI daripada dana NFCorp. Ini sebenarnya TIDAK PERNAH berlaku. Kereta Mercedez itu telah diberi dengan downpayment 10% seperti kebiasaan dan perjanjian sewa beli dengan pihak bank telah ditandatangani.

Pembayaran pendahuluan ini telah dibayar daripada keuntungan yang dijana daripada penjualan daging lembu dan bukannya datang daripada pinjaman NFC. Pendapatan RFC untuk 2010 'double digits'.
.
Terus terang, hari ini boleh dikatakan semua orang mempunyai kereta Mercedes. Jika anda melihat ke kiri atau ke kanan di lebuh raya, anda akan melihat banyak Mercedez Benz dan ia tidak pernah menjadi isu.

Yang menariknya dan dilihat hipokrasi Rafizi apabila beliau sungguh berminat berkaitan hidup Datuk Seri Shahrizat tetapi buat² tidak tahu mengenai kemewahan Wakil² Rakyat dari Pakatan Rakyat terutamanya MP PKR Ampang Zuraida Kamaruddin yang hanya empat tahun yang lalu telah memandu MyVi, kini mempunyai koleksi kereta termasuk Mercedes Benz. Jika dilihat Zuraida hanya seorang Ahli Parlimen pembangkang yang mendapat gaji terkumpul dan elaun sebanyak RM12,000 sebulan.


Apakah sumber-sumber lain yang beliau ada sehingga membolehkan beliau mempunyai empat kereta termasuk Volvo dan Mercedes Benz? Peliknya kenapa Rafizi Ramli enggan mengutarakan hal sebegini yang jauh lebih dasyat berbanding isu NFCorp? 

Dalam episod seterusnya, penulis akan menawarkan lebih banyak contoh penipuan, salah nyata dan gangguan yang dilakukan Rafizi Ramli dan geng² keji beliau. Kita dedahkan perlahan² sehingga PRU akan datang adalah penghujung nafas politik PR. Terdapat lebih daripada sedozen pendedahan akan dilakukan nanti.

Sumber : KL Chronicle

Tak Sempat Kencing Rakyat, Blogger BN Dah Tapau PR #1Malaysia #TolakFitnah #TolakPR #BN4WP @NajibRazak @

Artikel dalam MalaysiaKini (18 Disember) semalam mempersoalkan bekas Pegawai Tinggi Polis miliki beberapa rumah flat kos rendah dan PKR meminta penjelasan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkenaan hal ini.

Tak sempat DBKL jawab, meh kami tolong JAWABKAN.

Perumahan swasta berkurun lamanya

Semakin hari semakin meluat bila meilhat pelbagai PENIPUAN yang tak masuk akal oleh puak-puak Pakatan Rakyat. Malas nak layan pun ada puak-puak Pakatan nie tapi GR harus beritahu perkara yang benar pada pembaca yang budiman.

Hari ini kecoh pulak pencacai PKR nie, mengatakan ada seorang bekas pegawai Polis berpangkat tinggi mempunyai aset rumah lebih dari satu. Masalahnya ada ker bukti pembelian pegawai tinggi Polis terbabit terlibat dalam pembelian rumah tersebut. Jika beliau mampu kenapa tak boleh ker? Dan menyewakan pada golongan yang berpendapatan rendah dengan harga yang lebih murah.


Lokasi yang dimaksudkan oleh pencacai PKR adalah di Taman Miharja. GR pun terpanggil untuk menyatakan perkara sebenar. Dalam perkara ini beberapa penipuan yang ingin GR berikan pandangan yang sebenar.

Pertamanya sekali di kawasan Taman Miharja TIADA sebarang pembinaan rumah kos rendah dibina oleh pihak DBKL. Ia merupakan kawasan perumahan swasta. GR sendiri melihat dengan mata kepala sendiri petang tadi di kawasan Taman Miharja, perumahan di situ bukan Flat PPR. Ianya kawasan perumahan yang dibangunkan oleh perumahan swasta sejak dari lebih 30 tahun dulu.

Kedua, jika mengikut carian yang kononnya dicari pada tahun 1999...sumber dalam GR memberitahu kalau berkaitan dengan sewaan rumah PPR, laporan awal menunjukkan tiada sebarang tawaran dibuat kepada pegawai polis berpangkat tinggi tersebut. Kalau benar bagai dikata, mesti ada pemalsuan dokumen yang dibuat oleh puak Pakatan Haprak nie. GR mohon pihak berkuasa siasat perkara ini segera!!

Ketiganya, dalam hal pembelian rumah yang lebih dari 1 aset memang tidak dapat dikawal sekiranya ianya dibuat secara lelong atau subsales. Kita ambil contoh, kalau seseorang itu kita lihat dari latar belakangnya dia seorang yang mampu...dia membuat pembelian sewa beli ini. Rumah tersebut sudah semestinya menjadi hak milik dia. Dan jika suatu hari nanti beliau ingin menjualnya pada sesiapa saja yang berminat itu adalah mengikut keputusannya sendiri. Betul tak??

Memang lawaklah puak-puak Pakatan nie. Bila kita kata mereka nie BODOH, mereka marah. Tapi memang mereka ni BODOH. Sebenarnya mereka sudah kekeringan isu di Kuala Lumpur ini. Isu yang ingin memfitnah Kerajaan dan tanamkan persepsi buruk pada masyarakat. Manusia yang tak guna otak inilah jadinya. Jika kita lihat setiap permasalahan rakyat di Kuala Lumpur ini pihak Kerajaan sentiasa mengambil berat dan akan menyelesaikan dengan TUNAIKAN janji pada rakyat.

Syabaslah GR ucapkan pada Pakatan Haprak kerana cipta isu yang tak gunakan otak. Akal fikiran kita ni Allah S.W.T ciptakan untuk kita berfikir dengan baik dan waras kerana ianya untuk memberikan idea yang berguna pada semua pihak bukannya untuk menghancurkan sesama masyarakat di Malaysia ni.

P/s: Taman Miharja berada dalam Parlimen Cheras. Ahli Parlimennya pula dari parti perkauman DAP. Langsung tak bantu apa² di Cheras. Rakyat hanya mengharapkan bantuan Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Wira Syed Ali AlHabshi saja.

Nantikan Pendedahan Blogger KL Chronicle Pasal Kebodohan @rafiziramli Jam 9 Pagi !! #1Malaysia #TolakFitnah #TolakPR


Yang pertama dalam siri, Kuala Lumpur Chronicle dengan kerjasama “anonymous” dan ahli-ahli dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mendedahkan kebenaran Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) yang telah diputarbelitkan fakta oleh Rafizi Ramli. Satu siri artikel akan diterbitkan untuk melawan satu persatu fitnah, pembohongan, putar belit dan salah fakta pihak pembangkang terutama nya Rafizi Ramli .

Kami di KL Chronicle mahu pembaca kami untuk melihat dan menilai sendiri penipuan dan putar belit pihak pembangkang mengenai NFCorp. Mereka melakukan segala bentuk fitnah dan penipuan ini hanya untuk agenda politik mereka dan tidak lebih dari itu. Malahan, isu NFCorp ini tidak hanya patut dikaitkan dengan Rafizi Ramli dan Zuraida Kamaruddin sahaja tetapi lebih dari itu. Kami akan turut mendedahkan, semua orang yang terlibat dalam penipuan seperti Saifuddin Nasution, Tony Pua dan sudah tentu Anwar Ibrahim.

Untuk memastikan bahawa terdapat kredibiliti kepada cerita kami, kami juga akan sertakan dokumen - dokumen yang berkaitan tentang NFCorp untuk membongkar segala penipuan Rafizi Ramli. Kami tidak boleh memberitahu apa dokumen yang akan kami terbitkan sekarang tetapi esok kami akan mendedahkan dokumen-dokumen ini kepada orang ramai.


Semua mendedahkan & dokumen akan naik pagi esok pada jam 9.00 pagi. Tunggu!

Sumber : KL Chronicle

Tuesday, December 18, 2012

Peluang Kedua Ahli Perniagaan Tulen Yang Bankrap & Muflis @sohaimishahadan @NajibRazak #TolakPR


Sohaimi berucap pada Majlis Perlancaran.

Pada Perhimpunan Agung UMNO 2012 yang lalu, saya selaku wakil Pergerakan Pemuda UMNO dalam usul ekonomi telah mencadangkan agar kerajaan memberi perhatian kepada pemiutang yang diisytiharkan muflis.

Ini kerana baru baru ini, kita telah didedahkan oleh media massa bahawa betapa kroniknya fenomena muflis di negara kita dan paling memeranjatkan ia melibatkan golongan muda di bawah usia 40 tahun.

Mengikut rekod Jabatan Insolcensi Malaysia, antara punca utama kes kes kebangkrapan ini ialah hutang perjanjian sewa beli (26 peratus), hutang pinjaman peribadi (21 peratus), hutang pinjaman perumahan (14 peratus) dan hutang hutang lain, misalnya perniagaan dan sebagai penjamin.

Akta kebangkrapan 1967 yang ketat didakwa menyebabkan ramai golongan belia menjadi muflis. Lebih menyedihkan apabila golongan ini seolah olah tidak mendapat peluang kedua untuk membaiki kesilapan yang dilakukan.

Jika tiada langkah langkah pencegahan diambil, jumlah golongan belia yang muflis akibat berhutang mungkin mencecah 220,0 orang menjelang tahun 2020. Kita bimbang jika perkara ini dibiarkan, ia pasti mengancam masa depan negara kerana golongan belia merupakan sumber produktiviti negara.

Usul dikemukakan itu mendapat perhatian Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak sewaktu mengulung perbahasan pada hari terakhir dengan berkata bahawa kerajaan akan membuat peraturan baru berkaitan undang undang kebankrapan kerana undang undang adalah ketat.

Kerajaan juga akan mengkaji semuda dan membuat peraturan baru serta mencari jalan bagaimana melepaskan individu daripada kemelut kebangkrapan terutama yang berhutang dalam kos yang munasabah.

Dua tahun lalu, iaitu pada 24 Julai 2010 sebuah akhbar berbahasa Melayu ada memetik Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa kerajaan akan meminda Akta Kebangkrapan 1967 bagi memberi peluang kedua kepada ahli perniagaaan tulen yang jatuh muflis akibat faktor luar kawalan kembali meniaga.

Justeru, Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan Pemuda UMNO bertindak proaktif dalam menwujudkan jaringan media sosial untuk membantu golongan ini mendapatkan peluang kedua.

Orang ramai boleh melayari blog www.muflis-peluangkedua.blogspot.com atau Facebook dan Twitter : Muflis Peluang Kedua untuk mendapatkan respons dan menjadi platform mengenai pembelaan dan permasaalahan isu muflis ini.


Pada masa yang sama, orang ramai juga boleh menyalurkan idea dan dan pandangan mengenai kajian semula Akta Bangkrap 1967 bagi membantu golongan ini khususnya generasi muda untuk keluar daripada belenggu muflis.

Kami juga akan bekerjasama dengan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk membantu pemiutang yang diistiharkan muflis ini melalui program pengurusan kredit yang dijalankan agensi itu.

Sekali lagi Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan menegaskan bahawa suda sampai masanya Akta Kebangkrapan ini dikaji semula bagi membolehkan individu muflis mendapatkan pelepasan secara automatik selepas tiga tahun. Ini akan membolehkan usahawan muda memulakan kembali perniagaan mereka memberi peluang kedua kepada mereka yang pernah gagal sebelum ini.

Dato' Sohaimi Shahadan
Pengerusi Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

ISNIN, 17 DISEMBER 2012

Kecekalan Rakyat Palestin Harus Dicontohi Rakyat #1Malaysia #SaveGaza #Pray4Gaza @NajibRazak #TolakFitnah #TolakPR

Bagaimana satu-satunya Universiti berjaya dibina di Palestin. Semangat rakyat Palestin yang tidak pernah berputus asa membangunkan Islamic University of Gaza untuk tujuan pendidikan anak-anak Palestin seperti negara-negara lain.


Alhamdulillah, di Universiti ini terdapat 12 fakulti yang disediakan di sini, antaranya..

1. Fakulti Usuludin
2. Fakulti Syariah
3. Fakulti Sastera
4. Fakulti Pendidikan
5. Fakulti Perniagaan
6. Fakulti Sains
7. Fakulti Kejururawatan
8. Fakulti ICT
9. Fakulti Ilmu Kesihatan
10. Fakulti Engineering
11. Fakulti Perubatan
12. Fakulti ________ (tak perasan disebut)

Seramai 22,000 orang pelajar rupanya yang menuntut sekarang ini. Hebat sungguh Universiti yang berada di kawasan perang.

Jom tonton video di bawah.



Hebat semangat yang ditunjukkan rakyat Palestin untuk berjaya di dunia walaupun negara dibelenggu peperangan.

DAP Kiasu Chauvinis Menunjuk Taring #TolakPR #TolakFitnah


1. Kongress DAP baru saja berlangsung. Seperti yang dijangkakan, ianya akan memperlihatkan 'warna'nya yang sebenar. Tidak hairanlah apabila parti kiasu chauvinist itu ingin mendapatkan lebih untuk mereka sambil menafikan hak orang lain. Sebagaimana dengan Pas yang sentiasa menghalalkan apa yang mereka dapat dan kehendaki serta mengharamkan apa yang UMNO dapat dan kehendaki, DAP juga demikian. Apa saja yang mereka kehendaki dan perjuangkan untuk bangsa mereka tidak mengapa, namun bila UMNO bersuara tentang hak bangsa Melayu maka mereka akan terus melabelkan UMNO sebagai rasis.

2. Lim Guan Eng mahukan DAP diperuntukkan lebih kerusi dalam PRU akan datang, sekurang-kurangnya 3 kerusi Parlimen dan 10 DUN di Semenanjung. Maka Pas dan PKR mesti mengalah konon atas dasar semangat kepercayaan. Tidak banyak beza antara DAP ini dengan zionis? Mereka sentiasa mahukan lagi dan lagi.....Kita cuma mampu melihat Melayu PKR dan Pas diperbodohkan atau memang sebenarnya bodoh sejak azali.

3. Dalam isu pengusaha saloon di Kelantan yang disaman oleh PBT dimana pekerja wanita bukan Islam memberikan khidmat kepada lelaki bukan Islam juga, Pas diberikan amaran keras oleh Karpal Singh supaya menarik balik tindakan tersebut. (Klik Sini). Maknanya, jika hudud Pas dijalankan di Kelantan ianya hanya untuk orang Islam sahaja. Tidak akan ada kesamaan hukuman kepada rakyat kerana perbezaan agama. Jikalau ramai orang Islam Kelantan melakukan jenayah mencuri maka kita akan saksikan ramai orang yang kudung tangannya sedangkan tidak demikian kepada orang bukan Islam.

4. Karpal Singh mengaskan tetap mahukan Anu arr jadi PM jika Pakatan Pembangkang menang PRU nanti.. Itu bagi mematikan hasrat penyokong Pas yang mahukan Hj. Hadi jadi PM sebagaimana suara penyokong Pas dalam muktamar Pas baru-baru ini. Nampaknya DAP tetap tidak akan memberikan peluang kepada Pas mengisi mana-mana ruang sesuai dengan fungsi Pas sebagai parti 'pencacai' dalam Pakatan Pembangkang. DAP tetap tidak akan biarkan Pas mendapat lebih kuasa kerana bencikan perjuangan Islam. Tentu kita tidak lupa kata-kata karpal Singh, langkah mayat saya dulu jika Pas hendak tegakkan negara Islam. Nampaknya usaha Pas mentarbiah DAP hanyalah 'mimpi basah' NIk Aziz sahaja.

5. Kita juga ragu-ragu akan kejujuran Karpal yang pernah mencerca Anu arr kerana terlibat dalam skandal 'main jubur' ketika Anu arr masih jadi TPM. Karpal lah antara yang lantang bersuara supaya Anu arr dikenakan tindakan bahkan pernah juga Karpal menyarankan supaya Anu arr mesti bertaubat. Nampaknya sudah sampai masanya untuk Karpa Singh pula bertaubat kerana semakin lama lidahnya semakin bergulung-gulung.

6. Jika para pemimpin dan ahli Pas masih waras, tidak terlewat bagi mereka untuk membuat keputusan yang baik untuk bangsa dan negara iaitu kembali bersatu bersama UMNO dan memperjuangkan Islam bersama-sama. Kerana hanya UMNOlah yang konsisten dan bersungguh-sungguh memperjuangkan Islam bukan hanya dengan kata-kata sebagaimana yang dilakukan oleh Pas selama ini.

7. Para pemimpin Pakatan Pembangkang semuanya sudah berusia dan bahkan hampir-hampir hilang upaya. Tempat mereka harus diganti oleh pemimpin yang lebeh bertenaga bagi memperkuatkan parti. Selagi didalam Pas ada Nik Aziz dan Hj. Hadi, selagi didalam DAP masih ada Lim Kit Siang dan Karpal Singh, selagi itu mereka tidak akan mampu menandingi UMNO yang dipimpin oleh pemimpin yang lebih muda dan bertenaga. Apa yang dapat diharapkan kepada 'otai-otai' itu lagi? Tanaga sudah kurang dan akal fikiran juga semakin lemah berikutan otak yang semakin mengecut.

8. Kata orang sejarah akan sentiasa berulang. Jika ada Si-Kitol dan Raja Mendeliar diabad ini, mereka itu mungkinlah orang Malayu yang ada didalam DAP. Mungkin mereka itu adalah 'Aspan Alias' dan 'Suckmongkol', yang sanggup berkhianat kerana kecewa tidak mendapat kuasa. Namun mereka lupa bahawa mereka telahpun diberikan peluang, bahkan mereka sudah merasa nikmatnya semasa didalam UMNO dulu. Perjuangan apakah yang mereka perjuangkan ini?

Sumber : Braveheart

Monday, December 17, 2012

100 Hari Dari Sekarang, PR Takkan Tidur Lena #BTRMilikKita @rizalmanmokhtar @NajibRazak


Jentera Pemuda Barisan Nasional (BN) telah bersiap sedia menghadapi Pilihanraya Umum 13 akan datang yang diyakini bakal mengembalikan kerusi BN di Bandar Tun Razak.

Suara ini dinyatakan dengan laungan semangat jentera poster dan gerak gempur yang berkumpul di Pejabat UMNO Bandar Tun Razak malam minggu yang lepas. Pada program tersebut, laungan jentera yang rata²nya merupakan anak muda sebulat suara akan memberikan komitmen penuh membantu BN mencapai kemenangan pada PRU akan datang.



Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bandar Tun Razak & Wilayah Persekutuan Datuk Rizalman Mokhtar ketika berucap, beliau menegaskan mandat BN diserahkan 100%  kepada rakyat untuk ditentukan pada PRU ini.

"Saya takkan bercakap panjang kerana saya tahu semua dah tahu apa kerja² yang nak dilakukan. Saya hari ini minta 3 perkara dalam 100 hari," katanya.

1. Haruslah lupakan masalah dan sengketa yang dihadapi baik dalam parti kerana perkara yang penting adalah untuk kembalikan BN bertapak di bumi Bdr Tun Razak.

2. Jentera Gerak Gempur perlulah jumpa dengan golongan anak muda di kawasan masing-masing, yakinkan mereka kekalkan pemerintahan YAB Perdana Menteri sekarang kerana banyak Transformasi Negara bakal dilaksanakan pada masa depan.

3. Siapa saja calon yang dicalonkan bawah BN di Bdr Tun Razak harus diberikan sokongan tanpa berbelah bagi.

  
Alhamdulillah, apa yang saya lihat pada malam tersebut semangat jentera berada pada tahap tertinggi dan momentum yang dicipta bakal membuatkan PR terduduk di Bandar Tun Razak yang lama ditinggalkan Khalid Ibrahim.

Pada program tersebut, seramai 80 orang jentera bermotorsikal berkonvoi bersama Ketua Pemuda UMNO dan Pemangku Ketua Bahagian Bandar Tun Razak, Saudara Shaharudin Zainal Abidin dari Taman Mewah ke Pejabat UMNO Bandar Tun Razak.


Mantap !




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...