Monday, January 21, 2013

Bantuan Persekolahan RM100 #JanjiDitepati #1Malaysia @NajibRazak #BN4WP



Pembentangan Bajet 2013 telah memperlihatan kerajaan memperuntukkan sebanyak 540 juta ringgit sebagai pembayaran bantuan persekolahan RM100 kepada 5.4 juta pelajar sekolah di seluruh negara.

Bayaran bantuan persekolahan tersebut telah mula diberikan kepada ibu-bapa pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh Malaysia bermula 15hb Januari 2013.


Pihak sekolah telah diarahkan oleh pihak Kemeterian Pelajaran untuk menyampaikan bantuan tersebut kepada ibu/bapa pelajar dan terpulang kepada ibu/bapa sama ada untuk menggunakan wang tersebut bagi membayar yuran PIBG Sekolah atau sebaliknya.

Pihak sekolah juga turut dimaklumkan perkara tersebut. 



Selain sekolah kerajaan yang mempunyai 5 juta pelajar, bantuan tersebut turut diagih kepada pelajar sekolah lain seperti sekolah jenis kebangsaan, persendirian dan agama.

Bantuan itu diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Belanjawan 2013. Ini adalah kali kedua pembayaran tersebut dilakukan yang meliputi semua pelajar sekolah rendah dan menengah tanpa mengira pendapatan keluarga.


Sumber : Puteri Segambut

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...