Full Width CSS

Cuma Nak Tanya Skit @PMOMalaysia, Apa Tindakan Jika Pembangkang Fitnah @NajibRazak

Saya cuma nak bertanya, apa tindakan PM Office jika Perdana Menteri difitnah oleh Pembangkang? 


Semakin hari makin banyak fitnah dan penipuan yang dilakukan oleh Pakatan Pembangkang. Apa yang mereka lakukan hanyalah semata-mata untuk mengaburi mata rakyat bahawa merekalah yang terbaik dalam dunia. Mereka sanggup lakukan apa saja demi mendapat sokongan rakyat walaupun hanya dengan berbuih mulut.

Baru-baru ini hanya semata-mata untuk mengelakkan diri dari kesalahan yang dilakukan oleh kaum sekutu mereka, Nik Aziz seorang ulama' yang pada zahirnya disanjungi oleh puak PAS sanggup MEMFITNAH YAB Perdana Menteri DS Najib Tun Razak. Artikel tersebut boleh rujuk DI SINI

Apa yang ingin ditegaskan di sini kenapa sehingga hari ini pihak PM Office masih berdiam diri, janganlah berdiam diri. Pegawai yang dipertanggungjawab menjaga perihal YAB Perdana Menteri harus bertindak secara matang dan berani untuk mengutarakan perkara yang sebenar.


Sebagai rakyat yang sayangkan DS Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia, GR berasa perbuatan yang tak patut dilakukan oleh seorang yang dianggap Ulama'. Beginikah ciri seorang Tok Guru yang 'memperjuangkan' Islam? Pembaca lihatlah sendiri gambar di atas.

Apa yang ingin GR utarakan di sini ialah kenapa sehingga sekarang tiada sebarang tindakan yang diambil ke atas Nik Aziz atau pun pengendali Facebook Tok Guru ini. Seorang pemimpin Islam menghina dan memfitnah pemimpin Islam, perkara ini tidak boleh dianggap remeh. Memang jelas surat di atas adalah PALSU dari segi keasliannya.


Lihat contoh surat rasmi di bawah :


Pejabat Nik Aziz keluarkan ucapan terima kasih pun menggunakan surat rasmi yang mempunyai LETTERHEAD. Inikan pula surat rasmi yang kononnya PM Najib Razak mempersetujui Bible boleh dikeluarkan dalam Bahasa Melayu.

Mohon pegawai-pegawai PM Office buka mata seluas-luasnya, jangan semua perkara YAB PM nak buka mulut baru kita semua nak bertindak. Gunakan akal fikiran kita demi membantu YAB Perdana Menteri dan mempertahankan Putrajaya terus kekal di bawah pucuk pimpinan DS Najib Razak dan BN.

Harus bertindak berani, kalau pembangkang boleh buat dengan MENYAMAN pihak lain walaupun perkara tersebut benar dan terbukti pembangkang salah. Kenapa kita tidak boleh SAMAN Nik Aziz yang terang-terang FITNAH YAB Perdana Menteri DS Najib Razak??

SUMBER : GOSSIP RAKYAT

Post a Comment

2 Comments

  1. Bagi saya terdapat banyak 'loophole' dalam undang-undang kalau YAB PM nak saman kenyataan yang dikeluarkan dalam Twitter..mungkin Nik Aziz takkan mengaku beliau menulis, mungkin menyalahkan orang lain.banyak kemungkinan..sekadar pendapat

    ReplyDelete
  2. byk dosa nik aziz ni....sbb fitnah melingkari disetiap bait2 kata2nya...

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..