Full Width CSS

Divide & Rule : Strategi Anwarinas #1Malaysia #TolakPR

Dalam kemelut perdebatan khalimah Allah yang dicetus oleh Pakatan Pembangkang, satu lagi peristiwa penghinaan kepada agama dilakukan demi kepentingan politik PR.

Dalam isu penggunaan khalimah Allah, ternyata DAP menunjukkan mereka konsisten kepada keputusan yang diambil apabila Majlis Tertinggi Pakatan Pembangkang, bersetuju untuk memberikan kebenaran penggunaan khalimah Allah kepada semua agama.



Ini diulangi apabila Karpal mendesak Hadi untuk mengkaji semula keputusan Majlis Syura, manakala Lim Guen Eng pula tidak mahu mengulas keputusan Majlis Syura dan menggangap kekal dalam keputusan yang diambil oleh Pakatan Pembangkang.

Saya percaya, rakyat Malaysia sudah muak dengan permaianan Pakatan Pembangkang yang sering menggunakan Agama untuk kepentingan mereka sehingga melepasi sempadan menghormati diantara agama-agama yang lain.

Permainan pecah perintah oleh DAP, PKR dan PAS yang menggunakan formula kepentingan emosi Agama sememangnya sudah melampaui batasan bagi rakyat Malaysia.

Bagi Anwarinas, yang merupakan pemikir stretegik PR, agama dan budaya kehidupan rakyat Malaysia merupakan senjata yang paling berkesan untuk formula pecah dan perintah.

Rentetan peristiwa-peristiwa seperti Forum Kebebasan agama Majlis Peguam, forum LGBT, demontrasi jalanan, Tuntutan Penggunaan Nama Allah, Kebebasan Agama, Pendirian oleh Nurul memberi pandangan kebebasan agama juga untuk Melayu, dan banyak lagi peristiwa yang menjurus kepada pepecahan rakyat Malaysia kepada kelompok-kelompok kecil telah berjaya memecahkan Rakyat Malaysia kepada kumpulan kecil.

Semua kumpulan-kumpulan kecil yang dicipta oleh Anwarinas, akhirnya akan menyokong perjuangan Pakatan Pembangkang dengan kepentingan bagi kumpulan yang mereka sasarkan.

Bagi rakyat Malaysia yang masih belum sedar akan permainan kumpulan Anwarinas ini, eloklah kita melihat perancangan kumpulan ini sudah melampaui batasan Setiap Agama dan budaya rakyat Malaysia.

Agama Kristian, Budha, Hindu tidak pernah terfikirpun untuk menggunakan khalimah allah untuk agama mereka, mereka mempunyai kepercayaan mereka yang patut dihormati oleh semua pihak. Anwarinas membangkitkan isu ini kerana mahu menunjukkan bahawa BN tidak mesra kepada tuntutan kononya Penganut Agama Kristian.

Semua rebtetan ini adalah untuk kepentingan Pakatan Pembangkang, dan mereka sudah bernekat untuk mempergunakan siapa sahaja kumpulan yang mau menyokong mereka walaupun ianya melepasi sempadan Agama dan Budaya Rakyat Malaysia.

Saya percaya, rakyat Malaysia sudah bijak menilai kepentingan keamanan dan kepentingan menjaga budaya serta toleransi agama yang selama ini kita pegang akan tetap kita pelihara demi masa depan anak dan negara tercinta.


Sumber : Suara Razlan's

Post a Comment

0 Comments